Sunday, May 1, 2011

Trend berSumpah Laknat

hi readers,

Seingat saya Sumpah Laknat yang pertama berlaku pada ogos 2008 dan kemudian selepas itu bersumpah dengan Wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah.... seakan-akan menjadi trend...nak lepas diri terus buat sumpah laknat, nak menganiaya orang lain pun buat sumpah laknat, nak kan kelihatan tidak bersalah pun sumpah laknat juga .....



well,saya menulis tanpa berpihak kepada sesiapa pun malah saya juga bukan golongan bijak-pandai agama untuk membicarakan isu sumpah laknat ini...tetapi, saya akan menulis secara neutral dan bercakap melalui pandangan saya sebagai seorang islam secara generalnya.

bila sumpah laknat ini jadi trend perkara pertama yang datang dalam minda & perasaan saya ialah..."mudahnya bersumpah atas nama Allah" ....memang nampak mudah pada mereka, apa-apa saja isu yang berbangkit, terutamanya isu melibatkan maruah seseorang maka bersumpah laknat la jalan penyelesaian...

Bukan tak boleh tapi daripada sibuk nak menjaga maruah diri-sendiri, tidak dinafikan menjaga maruah agama juga sama pentingnya...malah lagi penting..!jangan sampai nampak seolah-olah agama itu terlalu "Murah" nilainya.....fikirkanlah juga pandangan orang lain dari agama lain...apa pandangan mereka pada agama islam yang dikatakan Syumul lagi Suci? tapi dengan mudah  sahaja si penganiaya bersumpah laknat dengan niat untuk menganiayai orang lain??...fikirkanlah....

bacaan lanjut : disini dan SINI..


1 comment:

.dida mumin♥ said...

@Azeanthy Paiman~sumpah bukan setakat makan diri, tapi boleh menjatuhkn maruah jg...sedihnya..:'(