Saturday, June 11, 2011

Topik dungu!

Hola!

Dua topik menarik tapi dungu berkenaan perempuan selain daripada sinetron adindaevans yang saya 'terbaca' dalam tempoh dua-tiga-empat hari ini ialah:

1 ) Kelab Isteri Taat

Ini adalah kelab paling mengarut yang ditubuhkan setakat ini, saya tidak tahulah kalau ada kelab lain tapi Kelab Isteri Taat ini memang mengarut dan gila! sesiapapun yang mengasaskan kelab ini saya kira dia adalah psiko!..para isteri diajar bagaimana untuk melayan suami serupa pelacur kelas atasan!!..ya! lepas ni kerjaya pelacur akan pupus kerana 'isteri-isteri taat' ini telah mejadikan fantasi seks suami mereka menjadi kenyataan , lepas ini syarat untuk projek pembinaan rumah, perlu ada satu tiang di tengah-tengah master room untuk kegunaan 'isteri-isteri taat' beraksi, meliuk-liuk dan terkinja-kinja buat tarian tiang untuk suami...bullshit!

Mungkin juga selepas semua isteri join kelab ini tidak akan ada lagi drama suami 'flying-kick' isteri,tidak akan ada lagi suami drug addict, tidak akan ada lagi suami yang tiba-tiba lesap lepas tanggungjawab sebabnya semua suami jenis ini puas hatinya kerana dilayan laksana pelacur kelas atasan oleh isteri-isteri taat mereka...ciit pooodahhh!!!

Perkahwinan bukanlah berlandaskan seks semata-mata, perkahwinan sebenarnya adalah penyatuan zahir dan batin seorang lelaki dan seorang perempuan yang kemudian kedua-duanya perlu bertanggungjawab pada hubungan mereka itu, tanggungjawab bukan sekadar tuntutan nafsu atas katil saja tapi ianya secara menyeluruh, zuriat, nafkah zahir, keselesaan hidup,kegembiraan pasangan,saling memahami malahan caturan masa hadapan sekalipun adalah dasar pada hubungan sesebuah perkahwinan. Ketaatan isteri juga bukan diukur dengan 'awesome seks' sahaja, ketaatan isteri dalam erti kata sebenar ialah taat pada Allah SWT , rasul dan agama selain daripada taat kepada suami itu sendiri. 

2) Pembedahan Selaput Dara

Perlu ke pembedahan selaput dara? kalau betul, maka ini merupakan berita baik untuk para perempuan yang telah kehilangan dara termasuklah para pelacur kelas atasan, terutama sekali kepada bohsia-bohsia yang setiap malam berpesta seks diluar sana,  walaupun kisah yang dilaporkan bukan berlaku di negara kita tetapi tidak mustahil satu hari nanti pembedahan 'versi' ini akan mendapat tempat dipasaran termasuklah negara kita, maklumlah...ramai sangat yang telah 'lompong' dan koyak-rabak....

Penentuan dara atau bukan sebenarnya bukan atas selaput dara semata-mata, memang kebanyakan dara pecah kerana hubungan intim tetapi ada juga dara yang pecah kerana hentakan ataupun aktiviti lasak malahan ada juga perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara !(nak tau lebih lanjut..cari dalam google atau buku-buku berkaitan, saya tak baca pun!)....

Jadi daripada memberi harapan akan adanya alternatif  selaput dara 'palsu', adalah lebih baik memberi kesedaran akan kesan buruk kepada hubungan intim yang 'pelbagai rasa, warna dan size' yang aktivitinya semakin menjadi-jadi sekarang, bukan dengan menyiarkan kisah penyanyi dangdut negara seberang yang telah menjanda sebanyak 3 kali tapi perasan dirinya macam anak dara lepas pembedahan selaput dara sebagai tatapan umum terutamanya generasi muda yang mudah terjerumus...Okay!

1 comment:

.dida mumin♥ said...

blogging hjung minggu ba sis...full swing kunun biar 1 entry ja..hahahah!