Tuesday, July 19, 2011

ilmu dari guru tidak ditauliahkan!

Happy tuesday peeps!

Ini kisah 5 tahun lepas, semasa mula-mula saya berkahwin. Sebagai satu-satunya menantu lelaki berlainan bangsa dalam keluarga kami, abe (suami) agak bermasalah dari segi memahami bahasa harian kami yang menggunakan dusun + melayu tangau (melayu sabah slanga dusun).

Satu petang. mungkin kerana tidak mahu merasa terasing dan diasingkan -walaupun sebenarnya tidak- sewaktu semua ahli keluarga yang tua-muda, kecil-besar termasuk bapa saya sedang bersantai di ruang tamu sambil berborak, abe tiba-tiba menyampuk, 'saya tahu satu ayat dusun, kawan ajar time di Uitm dulu..', semua mata -bersinar- tertumpu kepadanya, masing-masing menanti dengan penuh kejutan.dan kemudian......waktu itu saya cuma tersedar yang semua mata yang seperti terkaget sudah tertumpu kepada saya dan sesaat kemudian suasana riuh dengan ketawa besar.

Setelah reda, perlahan-lahan saya tanya abe 'siapa yang ajar cakap begitu', ' Ronnie' jawabnya, Ya!! saya ingat, budak Ranau tu..hahaha..dia nampak macam pendiam tapi rupanya...!!!!

Tahu apa yang ronnie ajar? Tonsi*ot = Apa khabar , yaa..Good Teacher Ronnie Samuel !!

p/s : lucu bila ingat kembali.... :)

p/s 2 : Tonsi*ot = women private part

No comments: