Thursday, June 30, 2011

Friend-Ship

Hola peeps!
>Saya sama dengan aku<

"kau pernah cakap tak yang kau sayang kawan-kawan kau, i mean girlfriends (kawan perempuan)?"

Soalan dari kawan aku yang duduk sebelah meja, then, aku pun jawab :

"Yes, I do.." 

Dia nampak tenang walaupun nampak riak question mark di mukanya,

"kenapa?"

 aku tanya dia balik. 

 "macamana ko bagi tau yang ko sayang dorang?"

soalan aku dijawab dengan soalan pula...*sigh*

"i love you...lee, her name Juliantye, or Miss u lots jen!, her name Jasie, or miss to hug u lompog! her name maureen, or babe, u melt my heart, her name Tijah...and so on..."  

 panjang lebar aku berkias. Dia diam, and finally said..

"Aku tak pernah cakap begitu kat kawan-kawan aku"

"Kenapa?"

"aku segan.."

Aku diam, tidak tahu harus bereaksi bagaimana, tapi bagi aku sahabat baik adalah antara manusia yang selayaknya untuk disayangi dan dihargai, dan pada aku, memberitahu mereka perasaan sebenar aku pada mereka adalah caranya untuk menyatakan penghargaan ku kepada persahabatan kami, walaupun ada ketika mereka-mereka ini teramat menjengkelkan tetapi mereka juga adalah antara orang-orang paling awesome yang sentiasa menyokong, dan itu menjadikan persahabatan kami terasa indah.  

Tiba-tiba..

“err…aku nak try juga la..tak salah pun aku bagi tau kawan aku yang aku memang sayangkan dorang kan”?

“Apa pula salahnya …cubalah..” . Aku senyum.

p/s : Anda tetap di hati walaupun kita semua berjauhan dan kini mempunyai kehidupan sendiri…also to kak may-may, kak arneh, suziline  my child-hood friend, Junaidah, my old-friends, Norazian, Salizah, Surih, Lucy, Daoris, Arnie, Sheena Vienn…dan juga kepada semua sahabat yang tidak tertulis namanya di sini………I Love You…

Wednesday, June 29, 2011

Camera cikai?

Dearest peeps!


Kejadian pada hujung minggu yang berlaku tiga minggu lepas, saya dan en.hushband bawa anak-anak ke kolam air KLCC. Malas berbasah-basahan, saya duduk tepi tangga memerhatikan anak-anak dan bapanya dari jauh, si Dhani aksi baring, berguling, melompat, berlari, menyelam, berenang semua ada! rafael pula main hentak-hentak kaki sambil berpaut pada kaki bapanya, tiada sebarang aksi sebab penakut!

Di belakang saya ada sepasang 'photographer', sebabnya ada DSLR tergantung di leher kedua-dua mereka dan juga sebab saya tidak boleh menafsir samada mereka itu kekasih, suami-isteri, kawan ataupun memang hanya photographer. Kemudian secara sengaja walaupun tanpa niat saya terdengar perbualan mereka.

Perempuan :  tengok makcik pakai t-shirt oren tu gantung kamera macam pro, padahal kamera cikai je..
Lelaki : > tiada jawaban <

Langsung anak mata saya juga mencari kelibat makcik seperti yang dikatakan oleh perempuan itu tadi. ok! saya nampak makcik ..eh..akak tu sedang sibuk 'shoot' gambar anak perempuannya yang comel dan montel, si suami pun ada di sebelah akak tu. Saya bukanlah arif sangat, jauh sekali photographer hebat tapi rasanya camera akak tu taklah old fashion sangat sebab rasanya kamera akak tu canggih sedikit jika dibandingkan dengan kamera canon kepunyaan saya ni...(jangan sengih, sebab saya tahu ni camera old-fashion...hehehe)

Canon Powershoot A550

dan akak tu punya, kelihatan ala-ala seperti ini... i guess lah...(saya sempat 'intai' jenama kamera tu masa akak tu lalu tepi saya)


Dalam hati saya terdetik, tahulah DSLR dia tu hebat bagak! tapi tak payahlah nak bandingkan dengan orang lain punya, rezeki kan lain-lain..entah-entah akak tu punya yang lagi canggih tapi saja tak nak tayang..mana tahu kan??...ataupun entah-entah si 'photographer' tu kamera je gempak tapi tak reti pun sebenarnya ambik gambar dengan betul...mana tahu kan??

atau mungkin lagi hebakkk kalau ada kamera yang sedap dan menyelerakan seperti ini...kan?




p/s : Syukur, nasib baik saya tidak bawa kamera saya sekali kalau tidak mesti saya jadi mangsa kutukan 'photographer' tu..

Wordless Wednesday #5

^^

Tuesday, June 28, 2011

Ada yang suka, ada yang Kureng!

Hola peeps!

Minggu ini saya ambil banyak masa menjadi pengkomen dan menjadi silent reader semasa blogwalking, yang rasa-rasa kena di hati saya follow, yang sebaliknya saya baca sikit kemudian blah! menarik sebenarnya dunia blog kita yang tidak seberapa ini. Boleh jumpa bermacam-macam jenis manusia.

Yang ramah-tamah tu dia sapa semua orang, tidak kisah samada orang itu sapa dia balik atau tidak, yang kurang ramah tu dia sapa hanya sesetengah orang saja, terutamanya di kalangan kawan-kawan, kenalan-kenalan atau yang mereka yang satu 'klik' sahaja, yang biasa-biasa, dia hanya akan sapa bila ada orang sapa dia dan sebaliknya dan ada juga yang biar banyak manapun dia tidak akan menyapa siapa-siapa..biar orang tu komen sampai muntah sekalipun dia okayyy jee...

Sentiment begini dalam kehidupan normal sudah lama dipraktikkan,sedar atau tidak sedar je kan? contohnya, kalau berkenan dengan yang cantik, yang kureng cantik tidak dipedulikan, kalau berkenan kerana budi bahasa dan sopan -santun, yang rugged dan kasar sikit tidak dipandang, kalau berkenan yang sempoi, yang skema batak akan diabaikan..itu lumrah beb!!

Ikut nasib lah,kalau nasib baik, you'll jump into their lists, kalau kureng bernasib baik, jadilah macam orang yang meminta-minta, kalau nasib baik dapatlah habuannya, kalau tidak, gigit jarilah..dan yang paling tidak bernasib baik,merengek merayu macamana pun tetap tidak akan dilayan.....sedih....

Ok, kali ini entry memang banyak merapu, yang pasti ada yang suka, dia terima dan yang kureeeeng suka, dia "butthurt"..tapi, just make it simple...semua terpulang kepada anda sekarang...kita fikirlah sama-sama!

p/s : Don't judge the book by its cover...

Monday, June 27, 2011

Saya bukan Anti-Facebook


Hi peeps!

Entah kenapa saya sukaaaaa (sila sebut mengikut intonasi sebenar..'a' dengan sebutan yang panjang)  sangat cerita pasal FB, baru-baru ini pun saya ada buat satu entry mengutuk orang-orang yang berdoa dalam FB, walaupun saya tahu kebanyakan entry saya pasal FB asyik entry negatif saja tetapi saya sebenarnya bukan haters FB okay...LOL... tapi mungkin sebab saya terlalu melihat atau selalu melihat perkara yang negatif dalam FB menyebabkan saya berpandangan begitu dan kebetulan juga saya baru melihat status-status di FB yang 'yuck'...contohnya, "babi tul lah mamat nih!macam gampang!!!!" 

Tidak cukup dengan itu ada pula komen-komen daripada "supporters" yang menyebabkan status "babi dan gampang" diatas berterusan..maka dengan itu akan tertulislah lebih banyak lagi, ayat-ayat 'kurang sedap' dibaca dan dilihat hasil daripada perbincangan "Babi dan Gampang" .....*sigh* .

Apa sebenarnya salah babi?? dia tak tahu pun pasal FB ni..tapi tetap jadi mangsa, kesiann...entah kenapa saya pula yang terasa..meluat rasanya melihat ayat-ayat makian di status FB mereka-mereka ini.

Jadi ada baiknya kalau mahu meneruskan topik 'B & G' itu , bukalah satu closed group dan add lah sekali rakan-rakan "B dan G" anda dalam group tu..kat sana bolehlah anda & the geng terus-menerus ber'babi dan ber'gampang'!..jadi tidaklah menyusahkan orang lain yang tidak berkaitan dan tidak ada kena-mengena dengan topik "B & G"daripada merasa "butthurt" seperti saya..OK!!!

p/s : Saya bukan anti-babi walaupun saya tidak makan babi. No offense !!!
(sis yan pernah komen pasal ni dulu..) 

p/s 2 : Rasa geram dan meluat ini sama dengan 'pengguna' tandas yang tidak reti buang tisu dalam tong sampah di ofis BPSM, tkt.15 (barat)...*bongoks!!*

Sunday, June 26, 2011

Love Bitesss.............

Salam peeps!

Saya jadi penyibuk hari ini, hohohoho......semalam petang kami 4 beranak ke Giant Bt.Caves, tujuan utama ialah untuk membeli susu anak....time jalan keluar dari giant dhani singgah masuk toilet, bapanya temankan, saya dan rafael tunggu di luar toilet, jadi sambil menunggu saya layan tengok orang lalu-lalang. Kemudian tertarik pada satu view...well, bukan saya saja tau..sesiapa yang lalu depan mereka mesti pandang dengan pandangan 'semacam',hehehe.. sepasang kekasih sedang berpeluk-pelukan dan kadang-kadang bercium-ciuman pipi di depan kedai CD, kadang-kadang nampak juga si perempuan belek-belek CD, mungkin cari CD atau mungkin cover line...saya pun apalagi, fokus pada drama itu...setelah puas bergesel-gesel, sambil berpegangan tangan pasangan itu kemudian berjalan menuju ke pasaraya dan lalu betul-betul depan saya, baru saya perasan yang mereka itu sudah berkahwin sebab jari kaki dan tangan perempuan itu masih merah lagi dengan inai..kemudian apa yang buat saya 'double-trouble' tertarik ialah bila saya terpandang leher perempuan itu penuh dengan love-bites..memang obvious dan tersangat banyak!!..nampak macam sisik merah pun ya jugak!!..well, ini pun bukan saya sorang saja yang pandang tau! sebab saya dengar penjual brooch di booth sebelah saya berdiri pun cakap dengan kawan dia "mak aiii...penuh love-bites wehh leher makwe tu..." . Dalam hati saya senyum, pengantin baru katakan...kalau ya pun sedap ke, best ke, seronok ke...agak-agak ler..ye dak???...akak ni pun pernah jadi pengantin baru jugakkkk....tapi malu lah pula kalau nayang 'gigitan cinta' tu ke orang ramai..ni pula kat pasaraya...macam nak buat pop kuiz pula..nak suruh orang pilih 'gigitan cinta' mana paling besar atau paling merah/terang....hikhikhik....(ketawa malu-malu sambil tutup mulut dgn tangan)

p/s : In the mood of makcik kepochi...hahaha..

Friday, June 24, 2011

clueless..

Words can't begin to describe the loss...
but then, it's okay to grieve.

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday # 4

Dear all!

Tuesday, June 21, 2011

ala...senang jerrr....

Hi peeps!

Manusia memang ada macam-macam perangai, tapi ada satu perangai manusia yang paling-terlalu-teramat saya kondem!!!...contohnya :

Kisah 1
Aku : waaa...cantiknya..macamna ko buat header ko ni?
Jawaban :  ala...ko google je..semua ada dalam tu, ko carik je...

Kisah 2
Aku : sedapnya ko masak kek ni...ajar aku buat..
Jawaban :  ala..ko google je..macam-macam resepi ada dalam tu..

Kisah 3
Aku :Macamana nak ubah size template ni?
Jawaban : ala...google je...mesti ada..

Ya!!! semua nak kena google, itu-ini google..kenapa tak cakap direct je 'Aku tak nak ajar kau sebab aku lokek ilmu!' kan senang, takde lah kita terhegeh-hegeh tanya macam-macam..

memang ramai manusia yang begini, dimana-mana boleh jumpa, dia saja yang pandai, orang lain semua bodoh! dia saja yang hebat, orang lain semua bongok!...kadang-kadang saya kasihan bila berjumpa dengan orang begini, mungkin dia lupa yang ilmu itu adalah infinity dan bukan hak milik sesiapa....bayangkan kalau cikgu-cikgu kita dulu lokek ilmu, mesti hari ini takde lah student dia yang jadi doctor, takde jadi lawyer, takde jadi arkitek, takde jadi pilot atau bayangkan saja kalau kita yang newbie blogger ni nak cari tutorial widget untuk blog dalam google tapi tak jumpa sebab semua blogger lama lokek ilmu?? mesti dunia blogging kita tak semeriah hari ini kan? mesti dunia internet akan jadi boring...sebab tak ramai orang ada blog. Itu sebab kenapa kita perlu untuk berkongsi ilmu, berkongsi pengetahuan..bukannya luak pun...
KLIK READ MORE AFTER LIKE BUTTON.....

Sunday, June 19, 2011

Dear Dad...

To the tough man i ever know in my life
The most fierce man i ever know..^^v
The most hard-working man i ever seen in my life
The man that teach me and my siblings to be 'human'
We Love You!!!!

"Happy Father's Day"
Mr. Mumin Ing guo ng


p/s: photo's will be added soon bapa!

Friday, June 17, 2011

Facebook Lie to me!

Dear peeps!

Facebook sudah pandai bohong..yaa..!!

semalam saya curi tulang dengan login Facebook time ofis hour, mula-mula tu nampak ada tanda merah menunjukkan 1 message di top left bar facebook, kemudian saya right klik 'open link in new tab' untuk baca message tersebut..tiba-tiba..

KLIK READ MORE UTK BACA.....


New Header, New URL & macam-macam lagi...

Salam Peeps!

1st of all, saya mahu memuji seorang kaki karut berambut afro yang sangat kembang bernama si AKI kerana telah menyiapkan header cute saya dengan cepat sekali..

Ini adalah header blog si Aki karut

memang header ini tersangat simple tapi juga tersangatlah cute!....as per requested oleh saya yang perasan cute..hehehe...

Anyway, a big 'million' thanks to Aki for this cute header so, sesiapa yang berminat please don't hesitate to contact him, kerana walaupun dia kaki karut tapi dia memang cool, funny and very easy to cope with ...tidak percaya...???...jangan segan dan malu klik above link to visit his page...^^v

Saya juga berjaya tukar URL page ini, tapi nampaknya saya kehilangan pelbagai widget dan perlu install balik..aduhai...Okay, sebelum ini blog ini guna www.theycallmeburud.blogspot.com tetapi kerana nama itu kurang santek maka saya tukar kepada www.didamumin.blogspot.com...tapi nampaknya linkwithin saya masih link dengan nama blog sebelum ini and i dunno how to fix it...huargghhhh....help me??anybody...!!!!

Lagi satu, almost forget to mention...my bro and his family came for his convo and 'cuti-cuti' malaysia today...yipppiiiii...happy nya saya...!!! tidak sabar mo peluk and sepak my bro...ahaks!!!

So, im out of idea..till then! babai......

Thursday, June 16, 2011

Senarai 10 orang pertama pengguna Facebook


Selalu terfikir siapa pemilik pertama profail facebook, Mark Zuckerberg kah? . Okay, berikut ialah senarai pengguna terawal FB :

1.
2.
3.
4. Mark Zuckerberg -Ceo and Founder
5. Chris Hughes -Room-mates, Co-founder
6. Dustin Moskovitz -Room-mates, Co-founder
7. Arie Hasit - Kawan si Chris Hughes
8. Kosong
9. Kosong
10. Marcel Georges Laverdet - Jurutera terawal Facebook

Kenapa Pengasas FB sendiri di kedudukan ke-4? heran kan? mungkin tiga tempat pertama tu adalah untuk tujuan "testing power" sahaja kot....

Kalau nak tahu Profil ID facebook, tengok saja di URL facebook anda diatas. ID saya ialah yang ke - 155xxxxxxx ....erkkk???

Sumber : sini

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #3

Holaaaa!


Tuesday, June 14, 2011

Senda petang semalam

Pelakon Utama :-

Dhanie - 3 Tahun 6 bulan
Mummy - Umur dirahsiakan...
Situasi - Mummy basuh pinggan, dhani sedang main lawan-lawan ultraman dan raksasa.

Mummy : Dhani, besar nanti mo jadi apa?
Dhani : otromen..(masih serius main lawan-lawan)
Mummy : Mana boleh jadi ultraman
Dhani : kenapa?
Mummy : Ultraman tu katun laa tu dalam TV ja ada, eemm... bila besar dhani mau jadi doktor ka? cikgu ka? pilot ka? professor ka ? (trip hebat-hebat konon)
Dhani : jadi doktor otromen, nanti otromen sakit dhani taruh gamat.
Mummy : T_T

Monday, June 13, 2011

Ya FACEBOOK, makbulkanlah doaku ini.....

Hola peeps!
Okay, straight to the point!
 Apa perasaan anda bila buka FB hari ini dan kemudian nampak status friends list seperti dibawah?



 

pulak tu..ramai yang 'like' dan 'drop' komen hingga ada yang sampai beratus-ratus komen....wahhh!!! famousnya anda...!! atau hebatnya, status anda...!! tapi apa sebenarnya tujuan anda berdoa di FB?  ...apakah doa anda akan cepat dimakbulkan oleh Tuhan bila ramai orang like dan dapat banyak komment ?? my 'said' was ....Wat The Fook!!!.. kerana itu adalah salah satu perkara paling pathetic, paling  menjengkelkan dan paling annoying selain daripada gambar-gambar ala 'duck face' yang saya pernah jumpa dalam FB...


apakah anda fikir Tuhan ada akaun FB untuk approvekan doa anda diatas sana? atau mungkin anda perlukan perantara atau 'orang tengah' supaya doa anda dimakbulkan melalui laman sosial ciptaan Mark Zuckerberg? adakah anda lupa bahawa 'big boss' FB ialah seorang yahudi? atau adakah anda fikir kerana Mark Zuckerberg jutawan maka dia boleh tolong makbulkan doa anda bila anda berdoa di laman sosial yang diciptanya? duh!!!...

Ada yang berkata kepada saya dia menaip doa di status FB nya kerana dia mahukan doanya diaminkan..my answer was oooo emmmm jayyyyy!!!! (sambil tepuk dahi dengan tangan kanan dan tangan kiri atas dada). Kalau anda fikir berdoa dalam FB akan menampakkan anda tu seorang yang 'baik' dan 'alim' anda sebenarnya 'stupid-O'...kerana, jelas dan nyata anda sebenarnya seeking for attention!..terdesak, desperate, hanya mahukan simpati semata-mata, kerana anda tahu status anda boleh dibaca di seluruh dunia...anda mahu sahabat-sahabat anda yang sama jahil menekan button like dan tulis banyak comment di status anda...tujuannya?????....

Saya tidak mahu bercakap ini dari sudut hukum, saya tahu saya bukannya arif, tapi saya rasa anda tahu bahawa salah satu daripada adab berdoa ialah  khusyuk dan merendahkan diri, jadi adakah anda ini sudah cukup merendah diri dengan menulis doa di FB kemudian satu dunia tahu apa yang anda doakan?...cuba 'tilik' balik, ada tak dalam senarai adab berdoa itu dinyatakan bahawa "berdoalah melalui FB kerana setiap 'like, comment' dan 'amin' daripada kawan-kawan anda akan memakbulkan doa anda secepat mungkin.. kalau ada, saya sedia mengakui yang saya salah dan jahil tapi kalau tidak anda fikir sendiri dimanakah 'level' anda?

Jadi kepada anda yang terasa..tarik nafas, hembus dan tenung balik apa rasionalnya anda berdoa di FB, terutama sekali kepada yang beragama islam sedarkah anda yang ada dikalangan friends list anda itu beragama kristian, buddha, hindu malah apa kepercayaan sekalipun, mereka juga sama seperti kita yang muslim, percayakan Tuhan dan yakin pada medium berdoa cuma caranya saja yang berbeza, jadi janganlah sampai anda 'secara tidak sedar' telah menimbulkan ujub dan riak pada pandangan orang lain dengan bersikap 'ignorance' kepada mereka ini.

p/s : anybody can read and comment, no offense !

Sunday, June 12, 2011

Mind your words mummy!

Hola!

Ini perkara normal bagi pasangan berkahwin campur, macam saya dan en.Hushband, kami masing-masing mahukan anak-anak sekurang-kurangnya faham 'mother-tounge' kami, kalau boleh bercakap itu adalah bonus paling besar!!

Tapi selain daripada hanya setakat faham, saya selalu mengimpikan anak-anak saya boleh berbahasa dusun..di rumah saya memang bercakap 100% menggunakan bahasa sabah kepada anak dan en.hushband, jadi mereka tidak punya masalah dengan itu, malahan dhani sendiri pun sudah pandai menggunakan 'grammar' bahasa sabah dengan betul, cuma kadang-kadang bahasa dhani akan 'mix' samada dengan bahasa sabah, bahasa dusun, bahasa melayu-kelantan, english, bahasa melayu-kl (means, 'a' for 'e' sound and so on) and a bit of thai languanges. Tidak mustahil dia confuse..tapi dia harus tahu, faham dan belajar semua itu untuk kebaikan dirinya sendiri.

Saya paling gembira, bila dhani yang baru 3 tahun 6 bulan sudah boleh 'adapt some of simple dusun words' , setiapkali saya dengar dhani guna bahasa dusun, terus-terang hati saya akan rasa bangga!!.. kembang lubang hidung wei!!! ..apalagi bila en.hushband juga faham dan kadang-kadang menggunakan perkataan dusun itu, maka bertambahlah lagi kembang lubang hidung saya yang kemek ni!!..

Cuma baru-baru ini,en.hushband tiba-tiba berkata pada saya "kenapa dusun words yang dhani cakap refer to something yang pelik-pelik, try check and list it out?" ..hairan, tapi tanpa banyak soal saya terus list out dusun words yang dhani selalu cakap...and it goes like :

santut ---------> seluar dalam
dungot --------> tahi hidung
bilas -----------> tahi mata
bihis -----------> air liur
lanai -----------> tahi telinga
langou ---------> hingus
kotoh! ----------> padan muka! baru tahu!
tanak diti!-------> anak ni! (hanya bila marahkan adiknya-which means, my words time marah anak)
siou la ----------> sorry lah!
mondou---------> hantu
tulun gitom -----> orang hitam, dan
tontolou---------> ?????...

hah????...kemudian saya bandingkan pula dengan bahasa melayu-kelantan yang dhani selalu cakap,

tubik ------> keluar
ma-ke -----> makan
aye --------> ayam
lenggok ---> leher
che-tong---- > gayung/timba

see??? nampak sangat bezanya kan?....semua jenis tahi ada,malahan private part pun dia tahu... saya memang tidak perasan selama ini dan baru sedar sebenarnya saya menggunakan istilah simple tapi ada antaranya yang membawa makna kurang sopan untuk disuarakan oleh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun lebih. Berbanding bahasa bapanya, perkataan yang digunakan ialah perkataan harian yang mudah,normal dan biasa digunakan.

Nampaknya, mulai hari ini saya perlu melatih diri dan belajar menggunakan ayat mudah yang mungkin lebih sopan sebagi permulaan untuk Dhani dan Rafael. Good Luck mummy!!!

pic : Google

Saturday, June 11, 2011

Apa Motif?

Hola peeps!

En. Hushband ke stadium tengok final Kelantan vs Terengganu, walaupun IC tengah dia -71- tapi dia perasan dia orang asal kelantan since mereka sefamily berhijrah dan menetap di kelantan. Saya duduk rumah with Dhani and Rafael, mula-mula en.hushband plan bawa dhani kononnya dia tidak mahu saya susah jaga anak sorang-sorang, well, saya insist dhani stay rumah..my reason was : saya tidak mahu anything happen to Dhani kalau ada riot...Alhamdulillah, setakat ini Dhani dan rafael tidak buat perangai, jadi saya boleh duduk depan laptop berblogging-blogging.

Tiba-tiba ingat insiden semalam, saya tiba-tiba dapat SMS dari seorang kawan yang sudah lama tidak jumpa sejak dia pindah kerja.

Kawan : Hi, kak mida, lme tak sembang..apa kabar?
Saya: hi, aku ok je, ha'ah la lama dh tak sms, baby apa kabar?
kawan : baby ok  je..ni nk bgtau, ai skrg berat 58kg tau dari 70kg..jan jeles..hehehe..
Saya : (bingung)...oo..dh kurus ke? mkn apa?
Kawan : ala..x mkn apa-apa pun, jz jaga mkn time pantang aritu laa...tp ai buat btl2 tau..maklumlah nk slim knn....
Saya :oooo...
kawan : dgr2 akak berisi sikit lps bsalin, ye ke? berat brape skrg?
Saya :(mula faham niat dia sms saya..)..ha'ah berisi la jgk, tp tak pernah la sampai 58kg apalagi 70kg, skrg ni pun dalam 49-50kg je, bdn tak gemuk pun, perut je buncit..maklumlah dah beranak dua hehehe....(saya bagi terus!!!.. malas berbasa-basi sebab memang ni pun tujuan dia sms saya..hahaha...)
kawan: oo..ye ke? ok la, bby nangis la..bye..

Saya senyum sorang-sorang, rasa lucu sangat bila ada orang sibuk mahu tahu saiz dan berat badan saya, apa motif dia, ntah?

Topik dungu!

Hola!

Dua topik menarik tapi dungu berkenaan perempuan selain daripada sinetron adindaevans yang saya 'terbaca' dalam tempoh dua-tiga-empat hari ini ialah:

1 ) Kelab Isteri Taat

Ini adalah kelab paling mengarut yang ditubuhkan setakat ini, saya tidak tahulah kalau ada kelab lain tapi Kelab Isteri Taat ini memang mengarut dan gila! sesiapapun yang mengasaskan kelab ini saya kira dia adalah psiko!..para isteri diajar bagaimana untuk melayan suami serupa pelacur kelas atasan!!..ya! lepas ni kerjaya pelacur akan pupus kerana 'isteri-isteri taat' ini telah mejadikan fantasi seks suami mereka menjadi kenyataan , lepas ini syarat untuk projek pembinaan rumah, perlu ada satu tiang di tengah-tengah master room untuk kegunaan 'isteri-isteri taat' beraksi, meliuk-liuk dan terkinja-kinja buat tarian tiang untuk suami...bullshit!

Mungkin juga selepas semua isteri join kelab ini tidak akan ada lagi drama suami 'flying-kick' isteri,tidak akan ada lagi suami drug addict, tidak akan ada lagi suami yang tiba-tiba lesap lepas tanggungjawab sebabnya semua suami jenis ini puas hatinya kerana dilayan laksana pelacur kelas atasan oleh isteri-isteri taat mereka...ciit pooodahhh!!!

Perkahwinan bukanlah berlandaskan seks semata-mata, perkahwinan sebenarnya adalah penyatuan zahir dan batin seorang lelaki dan seorang perempuan yang kemudian kedua-duanya perlu bertanggungjawab pada hubungan mereka itu, tanggungjawab bukan sekadar tuntutan nafsu atas katil saja tapi ianya secara menyeluruh, zuriat, nafkah zahir, keselesaan hidup,kegembiraan pasangan,saling memahami malahan caturan masa hadapan sekalipun adalah dasar pada hubungan sesebuah perkahwinan. Ketaatan isteri juga bukan diukur dengan 'awesome seks' sahaja, ketaatan isteri dalam erti kata sebenar ialah taat pada Allah SWT , rasul dan agama selain daripada taat kepada suami itu sendiri. 

2) Pembedahan Selaput Dara

Perlu ke pembedahan selaput dara? kalau betul, maka ini merupakan berita baik untuk para perempuan yang telah kehilangan dara termasuklah para pelacur kelas atasan, terutama sekali kepada bohsia-bohsia yang setiap malam berpesta seks diluar sana,  walaupun kisah yang dilaporkan bukan berlaku di negara kita tetapi tidak mustahil satu hari nanti pembedahan 'versi' ini akan mendapat tempat dipasaran termasuklah negara kita, maklumlah...ramai sangat yang telah 'lompong' dan koyak-rabak....

Penentuan dara atau bukan sebenarnya bukan atas selaput dara semata-mata, memang kebanyakan dara pecah kerana hubungan intim tetapi ada juga dara yang pecah kerana hentakan ataupun aktiviti lasak malahan ada juga perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara !(nak tau lebih lanjut..cari dalam google atau buku-buku berkaitan, saya tak baca pun!)....

Jadi daripada memberi harapan akan adanya alternatif  selaput dara 'palsu', adalah lebih baik memberi kesedaran akan kesan buruk kepada hubungan intim yang 'pelbagai rasa, warna dan size' yang aktivitinya semakin menjadi-jadi sekarang, bukan dengan menyiarkan kisah penyanyi dangdut negara seberang yang telah menjanda sebanyak 3 kali tapi perasan dirinya macam anak dara lepas pembedahan selaput dara sebagai tatapan umum terutamanya generasi muda yang mudah terjerumus...Okay!

Thursday, June 9, 2011

Blog grunge @ Blog sepoi-sepoi bahasa

Salam Peeps!

Semalam ialah WW saya yang kedua, pagi ini saya mencari sesuatu tetapi bertemu dengan e-penis...duh!, saya ketawa...mungkin entry itu nampak bodoh dan dungu..macam sampah!!!...saya tidak kisah!..yang penting saya ketawa...hahahah.

Time tiada mood dan idea saya suka 'berjalan-jalan' ke blog lain tapi for certain blog only, biasanya saya suka melawat blog yang ala-free thinker atau blogger yang bermulut cabul atau blogger yang otak blue atau blog yang tidak sefamous BenA, HanisZ, YuyuZ, FatinL. Blog ini tidak pernah cerita pasal trafik, tidak kisah pasal BE, tidak peduli follower ribun-riban, tidak ambil pusing pun kalau orang kenal dia atau tidak. Tapi saya suka!!! mereka ada value sendiri yang menyebabkan mereka tetap dikenali.

Saya paling suka pada blog yang bahasanya sepoi-sepoi, indah dibaca dan sedap didengar, ayat-ayatnya menusuk dan seakan membelai jiwa. Klasifikasi orang seni katakan, tapi memang, kadang-kadang entry pendek , ayat cuma sebaris-dua, tapi menarik dan pembaca tertarik. Genre blog seni ini tidak ramai di 'pasaran' sebab orang seni melihat 'dunia' dalam kesenian, bukan kerana trend!

Sebenarnya, setiap hari ada saja blog dan blogger baru yang timbul, masing-masing dengan 'idealogi' blog sendiri, ada yang bertahan dan ada juga yang hangat-hangat tahi ayam, Lumrah!!!. Saya sendiripun begitu, beberapa hari ini terasa 'blog-ngok' sekali, mungkin kerana terpengaruh maka saya menjadi 'ngok' pada diri sendiri, poor me!!!

Walaupun mungkin saya tidak mampu menjadi 'grunge' mahupun ' sepoi-sepoi bahasa', saya mahu terus disini, biar lama mana pun! ...kepada yang menyokong 'japanese bow' to you all, selamat berjaya semua!!!!

Seriously LOL

Dear peeps!

Funny Thing i did today!
measure my own penis...lolllllllll (buli tahan juga!) *wink* (wonder do i really had one?)



Those who wanna measure yours : E-penis
 

Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday #2

Tuesday, June 7, 2011

Blog sampah!

Dear all,

Entah kenapa hari ini perasaan saya tiba-tiba saja terasa semacam 'smooth'..macam sentimental..macam entah!, sambil-sambil tu saya belek-belek blog saya, hmmm....overall, terlalu biasa-biasa dan sampah!
Ya! itu yang saya nampak, itu yang saya rasa, dan itu yang saya telah present kepada semua yang datang kat blog ini.

Dulu saya pernah ada blog sendiri dalam wordpress, walaupun tanpa widget follower, tanpa shoutbox, tanpa iklan, tanpa macam-macam lagi tapi dalam blog itu saya puas dan suka kerana saya benar-benar menulis dari hati dan perasaan saya, saya menulis sesuatu yang saya lihat, saya rasa dan saya fikir, cuma bila kita menulis secara 'independent' entry memang tidak banyak, maklumlah menulis bila ada perkara untuk ditulis sahaja.

Berbeza dengan blogspot ini, kerana pengaruh trafik, iklan dan sebagainya saya bertungkus lumus membuat entry, cari bahan, walaupun adakalanya saya sendiri kurang berpuas hati dengan apa yang dipostkan. Malah kerana 'desperate' mencari entri kadang-kadang saya melihat tulisan saya, ayat saya, perkataan saya, langsung tidak menarik!...itu sebabnya saya kata ini blog sampah!!

Usia nyata bukan pengukur..

Dearest peeps!

Tengahari semalam saya dan En.Hushband decide untuk having our lunch together, sebenarnya kami jarang-jarang lunch bersama memandangkan rutin masa kerja kami yang berbeza. Lebih kurang dalam jam 1.05pm En.hushband datang depan ofis untuk pick-up saya, tanpa banyak cerita en.hushband terus menuju ke salah satu restoran area chow kit, sebenarnya kami bercadang untuk makan di restoran melayu thai tapi nasib kurang baik bila restoran itu ditutup hari ini terus saja kami menujn restoran bersebelahan yang kebetulan memang ramai orang sedang beratur.

Sambil beratur menunggu giliran untuk sepinggan nasi saya perasan di belakang saya ada lima orang perempuan/wanita yang sama-sama beratur mereka berbual agak rancak dan kuat sesekali ketawa besar. Bila tiba giliran saya, seorang daripada lima orang wanita itu tiba-tiba meluru dihadapan mendahului saya, terkejut! memang itulah reaksi saya, spontan saja saya pandang en.Hushband sambil senyum.Kawan-kawannya yang ada dibelakang saya gelak-gelak, salah seorang daripada mereka menegur kawannya "eei..kau tak nampak ke orang depan?"..kakak yang gelojoh itu kemudian pandang saya, "sorry.."katanya, saya senyum dan geleng tanda saya "okay" dengan kelakuannya sebentar tadi.

Sebenarnya, kalau di ukur dari umur saya yakin kakak itu lebih tua berbanding saya, tetapi kalau di tilik dari segi kelakuan saya rasa kakak itu lebih keanak-anakan dari saya. Bukan sebab sepinggan nasi itu saya buat entry ini tetapi kerana saya merasa tidak seharusnya ada sifat "keakuan" hanya sebab sepinggan nasi. Pendek kata, semua orang beratur, sama-sama menunggu giliran, sama-sama letih berdiri dan sama-sama mahu mengisi perut, jadi apa salahnya kalau sama-sama bersabar untuk mendapatkan sepinggan nasi putih!

Masa makan, en.hushband tegur saya sebab pandang dia masa kakak gelojoh itu potong que, seolah dia pula yang rasa bersalah katanya, tapi macam yang saya tulis, tindakan saya spontan memandang dia. Tiada niat sebenarnya. hehehe....

Apapun, nyata usia bukan pengukur kepada level pemikiran seseorang, usia juga bukan penentu kepada sikap dan kelakuan seseorang, jadi untuk perkara remeh-temeh tidak perlulah terlalu bersifat "keakuan" dan selfish, lagipun adalah terlalu tidak sesuai untuk seorang yang agak matang dari segi usia berkelakuan begitu, apa pula orang lain kata.. Sekian.

p/s : Ingatan untuk diri sendiri

Monday, June 6, 2011

Amazing Lookalike!

Dear peeps!

Look at their significant similarities...interesting!!!







source :  Here

Sunday, June 5, 2011

10 Kota dengan wanita tercantik di dunia

Hai semua,


Ini adalah senarai 10 Kota / Ibukota yang mempuyai wanita paling cantik di dunia.....

1. Stockholm, Sweden

It seems like every woman in Stockholm is amazingly beautiful. You walk into 7-11 and the girl behind the counter easily would be an American model or Playboy Playmate. However this isn’t just with 7-11, it’s everywhere. Also, these women know how to party and enjoy each other. Per capita the women of Stockholm were the most beautiful. These women were also extremely educated and friendly. All of the women spoke English with English accents therefore there is no communication barrier. These women make you feel good in every way. Sweden is a must visit on a future vacation!

2. Copenhagen, Denmark 

Copenhagen’s women are probably some of the most approachable you will ever meet. Also, these women are much more liberated sexually than most other cities throughout the world. They are all over, working in all places and always ready to head to the local bar for a drink or two. The environment runs at a much slower pace and the women enjoy a wide variety of situations. In Copenhagen, during your trip, you will find yourself catching the eye of several women. Just remain cool, calm and collective and this will be a phenomenal trip.

3. Buenos Aires, Argentina

Buenos Aires is a city unlike any other. It is truly one of the most extraordinary cities in the Western Hemisphere. The city has an enormous wealth of beautiful women on a scale unlike nearly any other city. The women of Buenos Aires are beautiful, natural women who are comfortable in their amazing bodies. Nearly every women in Buenos Aires is a model waiting to be found, by you of course! The parties are legendary and the clubs and events are overloaded with beautiful, approachable, and fun women.

4. Varna, Bulgaria

Many of you may not have heard of Bulgaria, most of you may not know where to find Bulgaria on a map, but you have all experienced Bulgaria in day dreams, night dreams or just drifting off at work. Bulgaria is a land of no drug laws, cheap vodka, mechanical bulls on the beach, waterslide and some of the most uninhibited natural beauties in the world. This land has cafes with inflatable furniture, thongs and g-strings everywhere you turn your head, see through pants on every corner and topless sunbathing on every beach. What’s more, these women retain a certain level of class and sophistication and take great care of their bodies. The most important part of Bulgaria is the charm and beauty that you will find in these stunning women. Plan your trip today!

5. Los Angeles, California

 How much can be said about L.A. girls, well I think you will find upon arrival that so much can be said you’ll find yourself at a lack of words. The women of L.A. are on a level unlike most any other kind you may have ever seen. All the beautiful people from across the United States flock to this mecca, this is where the cool people come to live, to work, & to try to “make it”. This is what the Beach Boys had in mind when they sang the song California Dreamin’.

6. Moscow , Russia

Mother Russia is home to some of the world’s finest women, the Moscow subway alone has more beauties than most of the United States alone. It’s not only the regularity of tall, blonde hair, blue eyed women that make it so great, it’s also the amazing level of friendliness that you will find. It’s a definite unique experience when what seems like the world’s most beautiful woman is staring your way only to find that she is staring your way, and yes at you! Then she approaches you! Sure the first time, you will mess up, but don’t worry there will be many more on your trip!

7. Caracas, Venezuela

Caracas is the capital of Venezuela. For the record, Venezuela is the country with more Miss Universe Pageant titles than any other nation, therefore you know it’s capital is going to be teeming full of beautiful women. The women of Caracas are so beautiful that they make Brazilian women look like trashier counterparts. I speak honestly when I tell you that these women are exceptionally easy to talk to you and know how to have a great time. I can also attest to the amount of fun you will have when you take a trip to Venezuela.

8. Montreal, Canada

The exquisite taste of France but with the convenient location of Canada, Montreal is truly one of the world’s best cities filled with beautiful women. So many universities and colleges and so many women with fashion sense and a desire to take care of their bodies. One of the best parts is that the women all speak French commonly known as the language of love. I highly recommend you take a trip to Montreal, and find a beautiful leather trench coat wearing beauty that will serenade you in French all night long

9. Tel Aviv, Israel

Israel has some of the best looking women in the world. Perhaps it is something about those green eyes that are just particularly attractive. It should be noted that in Israel women over the age of 18 are required to have been in the military, this of course means that if you hook up with an Israeli girl’s best friend, she may very well kick your ass, while equipped with an Uzi. Sure it’s a longshot, but it could happen.

10. Amsterdam, Holland

Of course Amsterdam must make the list. This city has women more beautiful riding past on bicycles than other cities have going by in chauffeured cars. Dutch girls are amazing in so many ways, they’re trendy, as well as cool, they’re fun, and they are exceptionally beautiful. They’re the kind of girls that you just want to date for a very long time.

 

 

 


 

 

Ketika aku & AdindaEvans sama-sama 14 tahun....

Dear peeps!

Kisah Adinda Evans beberapa hari ini benar-benar menjadi cerita "terhangat" di pasaran. Majoriti blog bercerita mengenai Adinda Evans, kebanyakannya mengutuk dan mencaci Adinda Evans tidak kurang juga yang bersimpati pada Adinda Evans.Pengakuan Adinda Evans memang berani! mana ada lagi perempuan yang buat blog dan kemudian buat entry mengenai dia yang "sudah pernah maen" dan "sudah hilang dara" apalagi yang buat entry itu adalah seorang budak bawah umur, baru 14 tahun tetapi sudah ada pengalaman tentang seks! ...tidak hairanlah, orang sibuk nak tau, nak cerita, nak maki, nak kutuk, nak nasihat, nak tazkirah si adik Adinda Evans ni.

Jadi rasanya tidak perlulah saya buat entry pasal budak Adinda Evans ni sebab ceritanya saja ada di mana-mana, cari saja dalam blog-blog dari blog famous sehinggalah blog biasa-biasa saja, atau di Facebook, lihat saja berapa banyak Fanpage dibuat untuk Adinda Evans atau trending twitter paling Top mengenai adinda Evans, sampaikan Juliana Evans pun Tweet announced yang dia tidak ada kena mengena dengan Adinda Evans.

Bila baca entry-entry mengenai Adinda Evans, saya kenang kembali kisah saya ketika berumur 14 tahun, sama dengan usia Adinda Evans sekarang. Ketika saya berusia 14 tahun saya amat bencikan seorang lelaki Fakistani (suami orang) yang duduk rumah mentuanya betul-betul sebelah kedai runcit kampung, setiap kali pergi ke kedai itu mesti fakistani tu duduk luar rumah, sambil usha-usha dan senyum-senyum pada saya, kadang-kadang  siap main mata lagi dan saya akan balas dengan jelingan paling tajam dengan sumpah seranah dalam hati! sungguh saya benci lelaki fakistani itu dan kesannya sampai sekarang saya kurang gemar dengan fakistani.

Diusia 14 tahun juga, saya tidak pernah tahu erti "seks' yang sebenarnya, kalau saya nampak dua ekor anjing yang melekat antara satu sama lain, cepat-cepat saya ambik batu dan baling, bila terkena batu pasangan anjing itu mesti akan lari bertempiaran..lega hati saya..

Diusia 14 tahun, saya sudah pandai menonton cerita "Baywatch" Pam Anderson dengan 2 biji lemon besarnya akan bergoyang kiri-kana bila dia berlari, tapi saya sedikitpun tidak terganggu tentang itu, cuma hati saya akan rasa sebal bila bapa saya marah sebab saya tengok cerita yang "tak elok" katanya, sedangkan saya suka benar dengan cerita penyelamat itu.

Banyak benar bezanya kisah saya dan Adinda Evans ketika sama-sama berusia 14 tahun, sebab ketika itu saya tidak faham pun makna "seks" dalam ertikata sebenar, jika dibandingkan dengan Adinda Evans perjalanan hidupnya masih jauh lagi, masih banyak lagi perkara yang perlu dicapai dan digapai, masih banyak lagi harapan dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dan ditunaikan. Semoga apa yang berlaku mahupun yang dilakukan oleh Adinda Evans tidak akan menimbulkan sesalan kepada Adinda Evans dimasa hadapan.

p/s: Yg kurang pasti siapa itu Adinda Evans, minta bantuan Mr.Google sebab saya tidak akan bagi Link..sorry..*wink*wink*

Friday, June 3, 2011

is it yummy?

Dear alls,




Macam sedap ja kek tengkorak ni kan?
Rasa-rasa kalau dijual di bakery, kek ni laku tak?

Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday

Hello peeps!

superb Photograpy!

Hi Peeps!





added to my wishlist...^-^v



just amazing!!

Dear all photographer friends of mine....
Truly amazing photography, very lucky shot, Talented cameraman...
all pictures were 'cilok' from  here and here   (",)v