Friday, July 4, 2014

Lagu Kehidupan

berdirilah pada paksi yang nyata. Hidup ini sentiasa berliku jalannya, jangan diharap tiada onak dan kesakitan, jangan diminta tiada ombak dan lautan.

Begitulah alkisahnya kehidupan. Kalau kau ratap sungguh hidup akan jadi ranap. 
Jadi berhentilah meratap, bukan itu pun yang kau mahu sebenarnya, meratap tidak lebih dari sekadar lolongan hati. Lega sekejap tapi beban tetap juga tak kurang-kurang.

Percayalah Tuhan memberi kekuatan kepada manusia dengan cara-Nya yang paling unik. Bila dihenyak dugaan mungkin kau fikir kau tak mampu bertahan tapi tanpa disangka-sangka dalam rasa keputus-asaan yang kau rasa, dugaan itu perlahan-lahan hilang dan meringan, kemudian kau senyum lega selepas itu. betulkan? 

Sebenarnya disitulah sebenarnya makna dugaan, Tuhan beri kau kekuatan yang kau tak sangka kau ada. Dan mungkin kecekalan yang kau tak pernah kau tahu kau mampu. kekuatan yang belum tentu semua manusia yang diuji perkara serupa mampu bertahan sepertimana kau bertahan.

Itu alasan kenapa kau wajib untuk terus meminta, minta untuk terus diberi kecekalan dan kekuatan hati untuk terus bertahan, isikan jiwa yang serabut dengan terus meminta dan kemudian selitkan juga rasa redha dalam hati atas apa yang berlaku. Aku bukan ujub, mungkin sangat terlalu jauh dari ujub itu sendiri, tapi aku bagitahu cerita benar, aku pernah dalam keadaan itu. Yang ketika hati aku terasa seperti ada satu lubang besar di tengahnya, yang bila kau cuba untuk cari keseronokan lubang itu tetap saja besar dan semakin hitam, diri jadi semakin serabut, tidak terkata. Kemudian aku cuba raih kasihan dari manusia-manusia sekeliling tapi macam tu juga. Lubang yang bila aku tarik nafas dada aku sakit, lubang yang bila aku hembus nafas, jantung aku sakit. Rasa yang bila setiapkali aku benafas aku rasa pedih. sakit sangat.

Tapi, bila aku cuba kaedah 'back to basic' sungguh aku tak sangka aku mampu bertahan, walaupun lubang besar yang aku cakap tu masih ada tapi sekurang-kurangnya aku tidak lagi merasa perit samada bila bernafas, mendesah atau  hembus. Ringan sikit aku rasa. Kepala pun takde la rasa macam nak hantuk kat dinding sampai pecah.

Aku masih dalam proses terus istiqamah untuk mengamalkan, memang bukan senang tapi bila fikir ganjaran yang aku dapat (samada ganjaran dunia atau akhirat) aku kuatkan hati. Sampai saat ini pun aku masih minta supaya hati aku kuat dan tidak goyah, aku pun takut sebenarnya kalau aku tidak mampu meneruskan. malu pada diri sendiri, malu pada Allah.

Kalau ada sesiapa yang pernah rasa lebih kurang macam yang aku rasa, aku suggest 'back to basic' je. percayalah, kau pasti akan jumpa jalan.