Tuesday, November 6, 2018

Renyuk

Tiada benda dah yg aku nak cakap selain dari "Aku sudah Bosan"

Aku telah lama hanyut pada kekelaman perasaan

Aku telah lama mencair pada hati yang tawar

Aku telah lama saturated dari warna cerah kepada kelam gelita

Aku  telah lama menjadi aku yang bukan seperti dulu

Jangan kau tanya kenapa? Aku cuma minta tak perlu kau pujuk dan rayu aku lagi.

Aku sudah tiada ruang untuk kamu dalam seluruh AKU!

Sunday, July 8, 2018

Bodoh, memperbodohkan,Dibodoh-bodohkan, kebodohan

Sekadar untuk kau tahu. Aku sudah tidak mahu ambil endah tentang kamu.

Tidak kiralah kamu itu bagaimanapun. Aku tidak mahu peduli.

Persetankan pada cinta dan perasaan yang kononya kau pegang sekian lama. Itu sebabnya kamu bodoh !

Bodoh kerana memperbodohkan diri sendiri. Lalu dengan kebodohan itu kau kembali dibodoh-bodohkan oleh orang yang bodohnya setara dengan kamu.

Jadi, buat apa aku terus-terusan memperbodohkan diriku merasa sakit atas kebodohan dan kebongokan kamu berdua?

Persetankan!

Pergi mampuslah kamu dengan kebodohan kamu itu!

Dasar bodoh!
😞

Tuesday, May 29, 2018

Hai 2018 yang hampir tertinggal

Setelah sekian lama baruku jengah 2018.

Banyak benar yang berubah, aku kembali kepada rutin yang ku tinggalkan dua tahun lepas. Dan diatas semuanya aku sedang mencipta diriku yang baru.

Beginilah aku.

Aku mahu reclaim myself back 
Aku mahu kembali kepada aku on my very best 
Aku mahu aku yang happy go luck tapi solid!

Aku sedang meniti hidup menuju aku yang lebih indah dan kalini bersama anak-anak.

Selamat datang dunia baru aku ☺️

Saturday, January 27, 2018

Oh! Come On Mannnnn

You didn't beg enough to make her heart flutter man.

You should try some acting skills you had. Act cry, act that you're truly sorry for what happen, Act that you cannot live without her and act that you will die for her for whatever it takes.

Takkan itu pun nak kena ajar. Awak tu kan dah biasa bermuka-muka.

Elehhhhhhhh

🤣🤣🤣

Lepaskan semua

Tolonglah.

Kali ini.

Izinkan aku pergi dengan rela

Lepaskan lah aku.......

Wednesday, January 3, 2018

Ampunkan Mami sayang

Maaf anak-anak.
Janji kita mami mungkiri

Maaf anak-anak
Kebersamaan kita mami khianati

Mami terpaksa anak-anak
Kerana mami juga perlu bernafas demi untuk kamu