Baruku sedar kamu manusia bukan hak aku
Tidak sedikitpun kamu itu kepunyaan aku
Maka, aku rela dan redha.
Kalau kamu pergi begitu sahaja kerana aku tahu aku perlu melepaskan kamu begitu sahaja.
Baruku sedar kamu manusia bukan hak aku
Tidak sedikitpun kamu itu kepunyaan aku
Maka, aku rela dan redha.
Kalau kamu pergi begitu sahaja kerana aku tahu aku perlu melepaskan kamu begitu sahaja.
Betapa aku tidak pernah menyangka dalam pada aku berdiam berhadapan dengan ulahmu.
Dalam pada aku meredam rasa menelan semua kesakitan dengan pengkhianatanmu.
Dan setelah aku sudah tidak meletak apa-apapun nilai pada rasa yang ada.
Perlahan aku sedar, akhirnya aku sudah tidak punya apa-apa rasa nilai padamu lagi.
Bukan sekadar kosong, tapi hilang- begitu saja.
P.s. lega
That bitter thing sometimes coming back and bitting me from inside it's hurt but it already happens. The feeling was just indescribable.
😔
Allah menguji dengan cara yang paling "indah". Ditegurnya dengan cara paling "halus". Disedarkan dengan cara paling "lembut".
Alhamdulillah
Nikmat Allah apa lagi yang engkau dustakan (55:13)
Ada tempat yang kau paksa hatimu untuk berpulang walau sudah terpasak tempatnya neraka.
Bodohkah kamu?
Rupanya, Allah terlalu menyayangi aku dalam apa jua bentuk sekalipun ❣
Syukur. Alhamdulillah
Mungkin ini jalan kearah redhanya aku pada satu perpisahan.
Yang aku yakin akan memberikan yang terbaik untukku dan anak-anakku kelak.
Insha Allah. Amin
Kuatkanlah aku, aku pilih untuk keluar dari semua kemelut.
Mungkin aku bukan kebahagiaan kamu, aku telah redha dan sedia untuk pergi.
Kita kuat sama-sama ya, anak-anak.
Kau biarkan aku sendiri untuk segalanya.
Kau biarkan aku seorangan untuk setiapkali.
Kau suruh aku diam, kau maki dan cerca aku.
Kau jerit kata-kata nista padaku, kau pandang remeh padaku.
Lalu, setelah kau lemparkan semua pahit dan kesat padaku kau tanya aku kenapa begini? Kau kata aku kurang hajar? Kau celakakan aku.
Tapi kau lupa barangkali, kau yang ajar aku berkurang hajar selama ini kan?
Kau yang ajar aku jadi celaka!
Kau lupakah? Atau buat-buat lupa?
Sungguh bullshit kamu!
Kau tanya apa rasaku setelah semua ulahmu yang menyakitkan?
Aku jawab, aku sudah lumat padamu. Apapun tentang kamu, sudah hancur lumat.
Dan jika kamu tanya kenapa? Kerana aku sudah luluh jiwa dan mati rasa padamu seluruhnya, luluh dan mati itu telah nyata menjadikan semuanya lumat!
Aku bosan asyik mengulang perkara sama, perkara lama.
Aku kira, dua perkara itu sama dan lama sudah tidak menterujakan aku. Aku mati rasa pada perkara yang sama. Aku hilang empati pada perkara yang lama.
Aku tidak perlu semua yang lama untuk memperbetulkan segala. Aku juga tidak mahu semua yang sama berulang-ulang menyesakkan hidupku.
Muram dan suram.
Sudahlah, aku sudah lelah. Ehh, mungkin bukan lelah tapi malas!
Aku sedang mencari punca dan cara untuk berbahagia.
Berbahagia seadanya yang tentunya untuk diriku sendiri.
Aku mulai rindu pada rasa kebahagiaan, seakan terbau-bau harumnya inti bahagia yang sehari.
Mungkin kerana aku sudah terlalu lama bertahan dari mahu merasakan bahagia, atau barangkali aku sendiri takut berhadapan dengan warna-warni bahagia kerana aku sudah lama tidak meraih bahagia dalam jiwaku.
Entah, kali ini kalau ada ruang untukku, aku mahu merasa bahagia.
Untuk diriku sendiri
aku hampir yakin, aku sudah mampu merelakan mu lepas pergi seutuhnya -Selamat tinggal kamu, berbahagialah kamu pada apa yang kamu tidak tercukupkan dariku selama ini.
Dan semoga hati mu yang baru itu benar memberikan kamu sirna untuk perasaan kamu bertumbuh bugar seperti yang kamu pinta.
Aku tidak mampu.
😊
takdir kita ini berbeza-beza
bahagia kita beza,
derita kita beza,
suka kita beza,
duka kita beza,
tidak pernah ada yang sama
begitu juga cara menghadapinya beza
kita gagah beza
kita tabah beza
kita terima juga beza
malahan kita merasa juga beza
ribut- badai yang beza-beza
cuma yang samanya, semua itu datangnya dari Tuhan. Dihamparkan pelbagai rasa untuk kita belajar, bahawasanya, dunia ini isinya memang sentiasa perlu berdayung. Menongkah semua kesulitan
Melawan semua kesengsaraan
untuk hati agar biasa lebih tegap dan tegar menghujat kesakitan
juga untuk hati supaya biasa mengerti nilai penghargaan dan mensyukuri
Ayuh diriku- gagahkan hidup untuk diri sendiri!
MidKL03022019
Berikan sayapku
Aku mahu terbang tinggi di langit
Bebas menerjah awan, membelah kebiruan Alam
Bebaskan sayapku
Aku mahu bergentayangan di udara yang redup maha menyejukkan hati
Bebaskan sayapku
Aku sudah lama dipenjara olehmu, Manusia yang tidak pernah kenal kejujuran
Manusia yang tidak pernah punya nilai rasa penghargaan dan menghargai
Manusia yang ego dan bongkak
Bebaskan aku, aku rela terus sendiri menikmati udara yang lepas bebas tanpa tantangan
Rasa itu sudah habis.
Habis ditelan perit
Habis di padam pahit
Habis kerna hati yang kau lumatkan hancur
Habis setelah hati yang kau pijak henyak
Habis-meluluhkan semuanya
Kalau kau fikir aku akan mengamuk, aku tidak.
Kalau kau fikir aku akan menggila, aku tidak.
Kalau kau fikir aku akan begitu-begini, aku tidak akan!
Aku sudah bosan pada semua renyah yang bikin serabut begini.
Aku sudah tidak ada rasa apapun pada semua perilaku mu, kau buat lah apapun aku tidak perduli.
Aku sudah tidak rasa sedih atau sakit sekalipun, sebab aku sudah lama hilang rasa itu dalam. Saat kau henyak jiwa aku sampai lumat dulu!
Buat lah apa pun, pergi lah manapun, cari lah siapapun, cakap lah apapun. Aku sudah tidak kisah apa-apa lagi.
Entah.
Entah kenapa aku masih disisi setelah sekian lama?
Entah kenapa aku masih bersama disini biarpun aku telah dihenyak lumat
Tuhan.
Mohon tunjukkan aku jalan. Berikan aku arah menuju bahagia.