Sunday, February 3, 2019

Beza Takdir

takdir kita ini berbeza-beza
bahagia kita beza,
derita kita beza,
suka kita beza,
duka kita beza,

tidak pernah ada yang sama

begitu juga cara menghadapinya beza
kita gagah beza
kita tabah beza
kita terima juga beza
malahan kita merasa juga beza

ribut- badai yang beza-beza

cuma yang samanya, semua itu datangnya dari Tuhan. Dihamparkan pelbagai rasa untuk kita belajar, bahawasanya, dunia ini isinya memang sentiasa perlu berdayung. Menongkah semua kesulitan
Melawan semua kesengsaraan

untuk hati agar biasa lebih tegap dan tegar menghujat kesakitan

juga untuk hati supaya biasa mengerti nilai penghargaan dan mensyukuri

Ayuh diriku- gagahkan hidup untuk diri sendiri!

MidKL03022019

Tuesday, January 29, 2019

Aku mahu terbang

Berikan sayapku
Aku mahu terbang tinggi di langit
Bebas menerjah awan,  membelah kebiruan Alam

Bebaskan sayapku
Aku mahu bergentayangan di udara yang redup maha menyejukkan hati

Bebaskan sayapku
Aku sudah lama dipenjara olehmu, Manusia yang tidak pernah kenal kejujuran
Manusia yang tidak pernah punya nilai rasa penghargaan dan menghargai
Manusia yang ego dan bongkak

Bebaskan aku, aku rela terus sendiri menikmati udara yang lepas bebas tanpa tantangan

Monday, January 28, 2019

Meluluh lantakkan !

Rasa itu sudah habis.

Habis ditelan perit
Habis di padam pahit

Habis kerna hati yang kau lumatkan hancur
Habis setelah hati yang kau pijak henyak

Habis-meluluhkan semuanya


Sunday, January 13, 2019

Beku II

Kalau kau fikir aku akan mengamuk, aku tidak.

Kalau kau fikir aku akan menggila, aku tidak.

Kalau kau fikir aku akan begitu-begini, aku tidak akan!

Aku sudah bosan pada semua renyah yang bikin serabut begini.

Aku sudah tidak ada rasa apapun pada semua perilaku mu, kau buat lah apapun aku tidak perduli.

Aku sudah tidak rasa sedih atau sakit sekalipun, sebab aku sudah lama hilang rasa itu dalam. Saat kau henyak jiwa aku sampai lumat dulu!

Buat lah apa pun, pergi lah manapun, cari lah siapapun, cakap lah apapun. Aku sudah tidak kisah apa-apa lagi.

Sunday, January 6, 2019

Sisa

Entah.

Entah kenapa aku masih disisi setelah sekian lama?

Entah kenapa aku masih bersama disini biarpun aku telah dihenyak lumat

Tuhan.
Mohon tunjukkan aku jalan. Berikan aku arah menuju bahagia.