Ramai yang tanya aku pasal entry lepas, pasal perenggan last aku tulis tu, kebanyakannya tanya berkias tapi ada seorang tu [adik aku] tanya direct, weh, laki ko buat hal ke?
Mula-mula bingung juga aku, sebab tak tahu pucuk pangkal tiba-tiba dia tanya gitu, bila aku tanya kenapa dia cakap sebab aku tulis macam tu dalam blog, hahaha....untuk pengetahuan sekelian, last paragraph tu takde kena mengena dengan hidup dan kehidupan aku, dulu mahupan saat aku menulis entry ini, hal esok aku tak tau. Itu urusan Allah.
Jadi, jangan salah faham ya, saya, laki dan anak-anak setakat ni, alhamdulillah.
Friday, January 27, 2012
Saturday, January 21, 2012
Mabuk!
sumber : FB |
Peel orang mengandung ni ada macam-macam, ada saja yang tidak kena, kadang-kadang apa yang dia tidak berkenan itu nampak sungguh pelik tapi itulah kenyataannya, ada orang curious tanya aku, camana ek mabuk pregnant tu? sinis gila weh!
ni aku nak bagitau, kalau aku mabuk mengandung tu ialah bila 24jam-setiap minit, setiap saat, aku rasa loya, pening, nak muntah, makan -minum semua tak kena dengan tekak, tekak tu rasa pahit je, rasa letih dan nak berbaring, emm..itu in general kot, kalau nak specific, tak suka cium bau masak kari - untuk apa-apa pun jenis lauk, tak suka bau laksa, laksam ke segala bagai, tak suka bau bubur McD, tak suka bau rokok- mesti pening nak pitam, tak suka bau masak lemak, tak suka bau bedak badan, foundation muka, gincu dan pelbagai peralatan kecantikan lain, tak suka perfume badan atau bila makan makanan yang tak kena tekak, rasa nak muntah tapi tak keluar-keluar- seksa yang amat!, banyak lagi lah..
yang pasti, time mabuk mengandung, macam-macam benda pelik yang dialami, yang dulu suka boleh jadi menyampah sangat-sangat, yang dulu tak berkenan, boleh jadi suka yang amat, yang dulu pelik je kita rasa boleh jadi no problem pula, itu baru sikit belum lagi yang jenis pitam je sepanjang tempoh mabuk tu, atau yang cuma nak makan/kunyah beras, maggi time mabuk, ada juga yang tak suka bau badan laki espesially bau ketiak, ada pula yang sebelum ni nak buat 'hubungan intim' tu ala kadar je, tapi masa mengandung dialah jaguh, sampai laki punya tu kuncup keletihan pun dia gasak juga [korang ingat takde ke?]..pendek kata, macam-macam peel!
Tapi, ada juga yang langsung tak rasa apa pun time ngandung ni, dari mula sampai beranak dia rilek je, time makan-melantak apa pun tak rasa apa, bau-bauan pun dia no problem, kalau yang jenis berhias tu dia tetap akan berhias sampai masuk labour room pun mekap, aku nak sangat yang mengandung macam ni, tak rasa apa biar tengah bawa perut, kalau aku kena yang jenis macam ni, masuk labour room pun sure aku rasa rilek je, siap boleh lambai-lambai ala ratu cantik kat family, adik-beradik suma...hahaha.
Tapi itulah perempuan kan, mabuk ke, tak larat ke, sebab nak bagi zuriat untuk suami dia sanggup redah semua, yang laki pula entah kenapa, masih ada yang gatal nak buat perangai.
Sunday, January 15, 2012
Minta Maaf duluan...
kawan-kawan,
minta maaf banyak-banyak yaa...
saya sudah lama tidak menulis sungguh-sungguh
dalam ertikata lain, saya sudah lama tidak menyerahkan minda dan jiwa saya
untuk menulis seperti dulu dalam blog ini.
kawan-kawan,
minta maaf duluan..
bila saya tahu saya sudah selalu tidak membalas komen
dan juga sudah semakin jarang menjenguk,
jangan kata saya sombong, jangan kata saya malas
tapi saya sudah tidak punya banyak ruang
jangan kata untuk diri sendiri, untuk anak-anak saya pun masa saya semakin tiada
Dunia saya semakin padat, berkejar dengan masa dan keadaan
dan saya masih lagi mencari 'penyesuaian' antara saya dan keadaan ketika ini
kalau mahu saya cerita, mungkin tidak akan pernah selesai
maklumlah, detik hidup kan sentiasa berjalan.
tapi,
jika saya ada ruang
biar sedikit, biar sekejap
saya akan cuba untuk mencuri waktu
datang melawat rakan-rakan semua dan pasti akan menulis komen sebagai tatapan
juga sebagai tanda ingatan tidak pernah luput saya kepada anda, secara peribadi.
Saya akan sentiasa mengenang anda,
sebagai rakan yang saya kenal sebagai blogger,
kerana tanpa anda saya yakin, dunia blogging saya
tidak akan seceria ini.
untuk itu kawan-kawan,
minta maaf duluan untuk semua kealpaan saya,
apa yang terjadi memang bukan sengaja dan memang tidak pernah disengajakan
MINTA MAAF, duluan yaa....
minta maaf banyak-banyak yaa...
saya sudah lama tidak menulis sungguh-sungguh
dalam ertikata lain, saya sudah lama tidak menyerahkan minda dan jiwa saya
untuk menulis seperti dulu dalam blog ini.
kawan-kawan,
minta maaf duluan..
bila saya tahu saya sudah selalu tidak membalas komen
dan juga sudah semakin jarang menjenguk,
jangan kata saya sombong, jangan kata saya malas
tapi saya sudah tidak punya banyak ruang
jangan kata untuk diri sendiri, untuk anak-anak saya pun masa saya semakin tiada
Dunia saya semakin padat, berkejar dengan masa dan keadaan
dan saya masih lagi mencari 'penyesuaian' antara saya dan keadaan ketika ini
kalau mahu saya cerita, mungkin tidak akan pernah selesai
maklumlah, detik hidup kan sentiasa berjalan.
tapi,
jika saya ada ruang
biar sedikit, biar sekejap
saya akan cuba untuk mencuri waktu
datang melawat rakan-rakan semua dan pasti akan menulis komen sebagai tatapan
juga sebagai tanda ingatan tidak pernah luput saya kepada anda, secara peribadi.
sumber : FB |
sebagai rakan yang saya kenal sebagai blogger,
kerana tanpa anda saya yakin, dunia blogging saya
tidak akan seceria ini.
untuk itu kawan-kawan,
minta maaf duluan untuk semua kealpaan saya,
apa yang terjadi memang bukan sengaja dan memang tidak pernah disengajakan
MINTA MAAF, duluan yaa....
Friday, January 13, 2012
ingatan dan pengajaran untuk diri sendiri #2
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
[2 : 286]
kadang-kadang diri ini selalu lupa, selalu alpa. maka itu aku peringatkan diriku sendiri sebagai muhasabah diri, agar jangan terus hanyut. Amin.
Tuesday, January 10, 2012
Bila terlalu berkeluh-kesah
Satu perangai paling buruk aku akhir-akhir ini ialah aku amat suka membebel sedangkan satu masa dulu aku memang bukan jenis perempuan yang membebel, kemudian sekarang aku perasan yang ekoran dari kuatnya membebel itu aku mula jadi seorang yang suka mengeluh, susah sikit mengeluh, letih sikit mengeluh,penat sikit mengeluh, sibuk sikit mengeluh, anak buat perangai sikit-sikit mengeluh, laki mengada-ngada sikit mengeluh, kawan-kawan mengata belakang, aku mengeluh, pendek kata sikit-sikit aku mengeluh.
Well, aku tau itu bukan perangai yang bagus, tapi ada keadaan bila aku mengeluh tu aku rasa seperti aku sedang melepaskan beban perasaan dalam dada, cuma yang kasihannya laki aku, anak-anak aku dan keluarga aku kat kampung terpaksa tadah telinga, mungkin juga rasa rimas, maaf!
aku selalu berkeluh-kesah tentang keadaan aku, aku mengeluh kerana aku terpaksa habiskan 10 jam masa siangku dengan kerja dan perjalanan ke tempat kerja, dalam tempoh itu aku mengharap taska dan laki aku jaga anak-anak aku dan bila dhani masuk kindergarten tahun ni, aku mula rasa aku adalah failed mother bila aku tak mampu nak siapkan dia sebelum ke sekolah atau ambil dia balik sekolah, itu belum lagi dengan situasi serba-salahnya aku bila rafael tidak sihat dan aku pula terpaksa tinggalkan dia di taska bila aku kena kejar task.
itu semua buat aku jadi kuat mengeluh, satu hari tu aku call kakak Joe aku, aku mengadu macam-macam kat dia, sampai aku sebut keadaan aku yang terpaksa meredah semuanya berseorangan disini, aku mengeluh kerana aku takde adik-beradik atau siapa-siapa yang boleh bantu aku, tolong ringankan beban aku, aku takde mak-bapak yang boleh tolong jaga cucu [anak-anak aku] supaya aku tak rasa bimbang perihal anak-anak setiapkali sambil airmata berjurai-jurai.
Mungkin sebab simpati yang teramat, kakak aku suruh aku hantar dhani balik kampung, kalau nak hantar dengan rafael sekali pun boleh, biar dia jaga, biar dia uruskan semua, duit semua dia tak mahu berkira, yang penting aku datang tengok anak, itu je. Terus aku terkedu, aku sebenarnya tidak pernah terfikir sampai begitu sebab aku memang tak betah tinggal jauh dari anak, tidak pernah pun aku fikir sampai kesitu, aku tak boleh bayangkan emosi aku macamana kalau anak-anak aku tak duduk dengan aku, dan aku sendiri pun tak boleh nak bayangkan apa emosi anak-anak aku yang terpaksa tinggal berpisah dari mami dan babonya, dulu, kecik-kecik, bila mak-ayah aku tinggalkan aku dengan adik aku dengan abang dan kakak ipar, aku rasa hidup aku hampir seperti neraka, tak payah lah aku cerita, kisah tu akan buat aku sakit hati yang teramat, jangan kata sebulan, duduk dengan diorang tak sampai seminggu pun aku rasa macam aku memang dah duduk dalam neraka dah. Sampai besar ni aku masih teringat-ingat kisah tu.
Mungkin, kakak aku takkan layan anak aku macam celaka [macam aku kena layan kecik-kecik dulu], aku yakin kakak aku lagi hebat menjaga anak, apalagi bila itu anak aku, anak adik perempuan bongsu diorang, sedangkan aku marah anak aku depan dia pun mesti kakak aku tu akan hentam aku balik, kaw kaw punya. balik kampung, aku memang goyang kaki, makan, mandi, pakai, berak, kencing anak aku dia yang uruskan, time tidur je anak aku ada sebelah. Pun begitu, terus-terang aku masih tidak sanggup hantar anak aku balik kampung, bukan sebab aku tak percaya tapi aku tak sanggup berpisah dari anak-anak aku, kalaupun aku mengeluh aku letih, aku mengeluh aku penat, aku mengeluh perihal semua-semua, biarlah anak-anak aku yang lasak dan tak duduk diam tu dengan aku, cuma salahnya bila aku jadi manusia yang ralat, terlalu ralat sampaikan hal anak-anak pun aku nak mengeluh bagai, patutnya, aku bersyukur sekurang-kurangnya aku ada laki aku, yang walau penat macamanapun dia tetap bantu aku urus anak-anak tanpa pernah mengeluh.
Wednesday, January 4, 2012
Sunday, January 1, 2012
Warna - 2012!
Cerita hidup sentiasa berwarna-warni
bermacam rasa, pelbagai rupa
saat gembira ia jadi terang
tika berduka ia jadi kelam
setahun dilalui
dan kini sekali lagi ia bermula,
yang itu kata kita sebagai manusia
walau sebenarnya ia hanya bermula
saat kita lahir di dunia
dan hanya berakhir pada detik
kita menutup mata
Apapun, tutup buku 2011
dan buka lembaran baru 2012
semoga segala hanya yang terbaik
akan kita lalui disepanjang Tahun Baru Ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)