Friday, October 18, 2013

kenapa bila kita cuba untuk berubah kearah kebaikan mesti akan ada manusia yang mencabar dan buat kita rasa macam nak buat perkara jahat balik?


Cuba sabar. Dicabar!
Cuba bertahan. Dikocak!
Cuba mengelak. Digertak!

Sebaik mungkin aku mencuba, sekuat mungkin aku bertahan, seboleh mungkin aku usaha untuk 'ikhlaskan' hati, tapi tetap masih ada juga yang 'menguak' istiqamah ini. Kalau diikutkan perasaan, nak saja aku balas balik kepadanya, bagi 'sebijik' biar padan muka, bagi sedar diri tu sikit.

Tapi, takpelah. orang buat kita, kita terima seadanya - susah tau, sangat-sangat susah. Nak dapatkan hati yang penuh redha tu bukan senang, kena lawan macam-macam perkara dalam kepala, kena bersoal-jawab dengan diri-sendiri, kekadang bisikan si-putih banyak logiknya, tapi tidak dinafikan kata-kata halus si-hitam juga ada betulnya.

Betullah kata orang (arwah mak aku pun pernah cakap), segalanya bermula dari dalam diri sendiri. Hati kita.
Kalau hati kau memang nak benda baik-baik untuk diri, maka jadi begitulah dia begitu juga sebaliknya. Nak dengan tidak je.

Aku? entahlah. Cuba nak timbang-timbang dulu, fikir guna akal, bukan dengan emosi. Cubalah bersabar dulu, selagi boleh, setakat yang mampu.

Harap-harap lah aku tak naik hantu.

1 comment:

cafiena said...

quote menarik yang memujuk saya hari ini,
"Syurga itu tempat orang yang sabar. Bukan tempat untuk orang yang selalu cakap “sabar aku pun ada hadnya”

dari twitter @blogakuislam