Friday, February 14, 2014

DIAM !!!!

Kalau dulu dia riang berbicara…
kerana bicara itu mendatangkan gembira padanya
kalau dulu dia galak berkata-kata
kerana kata-kata itu mengirangkan harinya
kalau dulu hujah nya bersulam ceria
kerana hujah nya mengamit gelak tawa
kalau dulu tutur nya bersahaja
kerana tutur nya mengundang rasa kasih sayang padanya

namun kini..
bicara riang padanya telah tumpas
kata galak padanya telah padam
hujah ceria padanya telah tumpul
dan tutur bersahajanya telah bisu


bicaranya tumpas kerana mulutnya dipaksa diam
katanya padam kerana lidahnya disuruh diam
hujahnya tumpul kerana suaranya diperintah diam
dan tuturnya bisu kerana ucapnya diarah diam
hatinya di tanya mengapa bicaranya tumpas
dan dijawab oleh hati kerana dia dipaksa
jiwanya diaju mengapa katanya padam
dan dijawab oleh jiwa kerana dia dikerah
raganya di soal mengapa hujahnya tumpul
dan dijawab oleh rasa kerana dia diarah
nuraninya diseru mengapa tuturnya bisu
dan dijawab oleh raga kerana dia disuruh


mana pergi dirinya yang dulu riang
mana hilang dirinya yang dulu galak
mana arah dirinya yang dulu ceria
mana jejak dirinya yang dulu bersahaja


Dia…riangnya di ragut dari bicaranya
Dia…galaknya dirampas dari kata-katanya
Dia… cerianya direnggut dari hujahnya
Dia…bersahajanya direntap dari tuturnya


Saat ini dia masih disudut itu menangis….


Mahu mengadu pada yang simpati namun dia di kejauhan
Mahu menagih pada yang kasih namun dia dipinggirkan
Mahu meminta pada yang tulus namun dia tidak tergapai
Mahu merayu pada yang ikhlas namun dia tidak tersentuh…


Benarkah begini nasibnya kini
Benarkah ini takdirnya sekarang
Mungkinkah ini kisahnya ketika ini
Mungkinkah begini ceriteranya sampai mungkin?
Saat ini dia masih di sudut itu menangis….
Mengharap pada hadirnya kasih..
Menunggu pada tibanya sayang
Menanti pada datangnya belai
Biar sekadar cuma mengembalikan kisah gembira padanya…


( Didedikasikan kepada hati, jiwa dan perasaan yang menyulam rasa..ceritera untuk raga yang memintal manis dan pahit nya kesedihan…moga dikembalikan semula semua ceria satu ketika dulu…)

Written:

September 24, 2008 -From my Old Blog

No comments: