Friday, March 28, 2014

idea

Aku nak sangat untuk kerap menulis, maksud aku kerap ialah bila setiapkali ada idea yabg terlintas dalam kepala terus aku boleh tulis dan tulis dan tulis sampai puas hati kemudian baru publish, kalau tanyakan aku aku mahu setiapkali idea aku datang aku nak tulis dan publish.

Aku tahu aku bukan takde idea, aku manusia yang suka dan selalu berfikir, aku manusia yang punya mainan emosi paling kuat, aku manusia yang selalu ambil kisah tentang perasaan, sekecil manapun ia. Sebab itu aku perlu untuk menulis, meluah dan bercakap dengan 'sesuatu' bila aku tidak punya seseorang untuk berkongsi telinga dan hati.

Masalahnya idea aku yang berlambak-lambak itu selalunya timbul masa aku dalam keadaan 'tersepit' maksud aku masa aku tengah terkejar-kejar memasak sebab anak aku dah merengek-rengek kelaparan takkan masa tu juga aku stop dan menulis atas kertas, atau masa aku tengah mop lantai sebab lantai melekit gila dan anak kecik aku tengah bergayut kat baju aku sambil tarik baldi mop dan aku tengah bertahan sebab tak nak dia lepas tangan lalu jatuh tergelincir atau waktu aku tengah gaduh dengan laki aku dan kemudian itu adalah turn dia untuk cakap semua benda yang ada dalam hati tapi sebab keadaan masa tu sangat-sangatlah genting amatlah tidak sesuai untuk aku ambil kertas dan pen untuk tulis atau pandang telefon sambil taip semua benda yang timbul dalam kepala saat itu, memang tak patut sangat.

Tekanan mungkin penyumbang besar kepada timbulnya idea-idea dalam kepala aku, tapi aku sebenarnya dah letih dengan tekanan, sangat-sangat letih sampai aku mengharap untuk hidup dalam dunia tanpa tekanan.

takpelah, daripada nak menunggu aku ditekan dan tertekan baik lagi aku tunggu jelah mood aku datang nk menulis dan kemudian paksa diri aku berfikir apa yang aku nak tulis sebenarnya.





Tuesday, March 11, 2014

Berkatalah untuk sebuah rindu

Rinduku..
mahu aku berbisik kepadamu
betapa aku benar-benar kerinduan
dan rinduku itu cuma hanya aku…
Rinduku..
sakit rasanya perasaan
aku mahu terus merindumu
walau aku tahu rinduku tidak berpenghujung
Rinduku..
hatiku sayu
hatiku benar-benar sayu
sayu mengenangkan kerinduanku yang tidak pernah bertepi
Rinduku..
Andai kau bisa menterjemahkan rasa ini
terjemahkanlah dalam bentuk rindu
biar aku tahu dan aku bisa mengerti
rinduku yang tak bertepi ini
Masih ada yang simpati…