Kami di sabah ada satu gelaran khas untuk orang tua-tua, tidak kiralah orang tua tu adalah orang-orang veteran yang tidak ada kena-mengena dengan kita ataupun ibu-bapa kita sendiri, mereka akan dipanggil 'beliau'.
Contohnya,
"habislah kau kalau beliau tau kau mencuri" maksudnya habislah kau kalau bapa tau kau mencuri (sekiranya ini adalah perbualan adik beradik)
atau.
'yang mana satu beliau kau ni ? maksudnya 'bapa/ayah awak yang mana satu? (sekiranya itu adalah perbualan kawan-kawan)
pendek kata, selain daripada panggilan yang kita 'address' kan kepada seorang yang sudah agak tua/berumur, beliau juga adalah panggilan general kepada mak-ayah kita, jika mak maka akan dipanggil beliau perempuan dan bapa akan dipanggil beliau lelaki untuk lebih sepisifik lagi.
Walaupun aku agak kurang menggunakan perkataan beliau untuk address ayah aku mahupun memanggil ayah aku dengan perkataan itu tapi aku tetap tidak punya masalah jika orang sekeliling aku menggunakan perkataan tersebut kepada aku. Biasanya kalau adik-beradik aku dalam wassap contohnya, mereka prefer untuk address ayah aku dengan beliau tetapi aku pula lebih selesa kekal dengan gelaran bapa.
Aku bukanlah anak yang baik kepada bapa aku, satu ketika dulu ketika aku masih muda remaja lagi aku banyak mencipta konflik antara aku dengan bapa, selalunya konflik emosi. Sebagai remaja yang dikategorikan sebagi anak rebel aku selalunya akan memberontak menggunakan perangai aku berbanding kata-kata, samada berjalan menghentak kaki, menghempas pintu bilik sekuat tenaga atau terus berkurung dalam bilik. Itu adalah contoh pemberontakan aku yang paling keras kalau sampai lari dari rumah aku memang tak pernah buat walaupun hati aku ada berkali-kali terdetik, tapi sebab aku tahu bapa aku yang panas baran tapi cerewet itu ada kaedah lebih dahsyat untuk menghukum aku jika aku lari dari rumah maka itu membuatkan aku memang tak berani nak buka satu langkah pun untuk keluar rumah.
Masa aku kahwin dulu (aku rasa aku pernah tulis tentang kisah bagaimana aku kahwin) aku memang set dalam otak yang bapa aku mesti akan mengamuk sakan kat aku, but amazingly, sebaik saja dia tahu aku mahu berkahwin (selepas disampaikan oleh abang aku sebab aku tak berani nak cakap sendiri) aku mula dapat melihat sisi 'halus' bapa aku yang aku tidak pernah sangka dia boleh ada.
Bapa aku yang selama ini aku nampak sebagai raksasa rupanya tidaklah seperti itu, aku ingat lagi sebelum nak nikah aku bercakap dengan dia dalam telefon, letak je telefon terus luruh hati aku, seram sejuk badan aku. Kenapalah sebelum ini aku tidak nampak ayah aku yang 'lembut hati?'
Sebenarnya, sampai ke hari ini aku agak terkilan kerana aku tidak punya peluang untuk membetulkan tanggapan aku kepada bapa aku sebelum ini, aku terlepas masa yang mana aku sepatutnya habiskan bersma dia, mengenali dia dan sepatutnya melayan dia. Dan rasa bersalah itu aku tanggung sampailah aku beranak 3, lebih-lebih lagi bila aku ditakdirkan untuk punya anak-anak lelaki sahaja. Aku sepatutnya ada banyak kisah tentang bapa aku, atuk mereka untuk aku ceritakan kebaikan dan kehebatan dia sebagai bapa tapi nampaknya aku tidak mampu.
Bayangkanlah apa perasaan aku bila setiapkali aku nampak wajah excited bapa aku bila cucu-cucu melayunya (anak-anak aku) yang dia sendiripun jarang jumpa tanpa hesitation datang dan duduk atas riba bapa aku, yang kemudian akan belek telapak tangannya atau pegang muka bapa sambil berkata "kesian atuk dah tua".
Sungguh, aku dihempap bertan-tan rasa bersalah yang tidak berpenghujung kerana tidak pernah mahu menghabiskan masa dengannya saat aku punya peluang satu masa dulu. Apa yang aku mampu buat sekarang ini hanyalah bertanya khabar itupun kadang-kadang aku terskip juga 4-5 hari tidak bertanya khabar. Derhaka sungguh aku.
Entahlah, setiap kali aku bercakap dengan bapa di telefon hatiku jadi sebak, terbayang mata tuanya, terbayang rambut penuh ubannya, terbayang seluar pendek ala tomoi nya, terbayang senyuman manis dengan gigi palsunya dan terbayang juga dia terbaring di atas katil biliknya keseorangan.
Janganlah cepat sangat masa berlalu, aku masih dalam proses cuba untuk 'membetulkan' kesalahan-kesalahan yang sepatutnya aku tidak patut buat pada bapa aku dulu, aku masih berusaha untuk 'mengenali' bapaku dari sisi yang aku tidak pernah kenali sebelum itu, aku masih dan sebenarnya sedang beristiqamah agar aku mampu menjadi anak perempuan bapaku yang baik kepada ayahnya yang dia banyak berdosa satu ketika dulu.
Tolong, doakan aku agar aku sempat untuk meminta ampun dari bapaku sebelum dia menutup mata. (crying)
No comments:
Post a Comment