Tuesday, September 2, 2014

Mangsa Keadaan 020914

Pagi tadi, aku dengan anak-anak lelaki aku yang dua orang menapak jalan kaki ke taska, jalan pelan-pelan sebab aku kesian dengan anak aku yang kena kejut bangun dan mandi terketar-ketar kemudian kena bawak beg galas kemudian berjalan kaki awal-awal pagi, aku pula kendong yang lagi seorang dengan tangan kanan dan kemudian tangan sebelah aku bawak beg galas 2 biji,  bekalan susu dan sabun cair dettol yang kehabisan di taska. Habis lenguh tangan aku lepas tu.  Anak umur 4 tahun manalah nak jalan macam kita yang tua ni, asyik-asyik dia kebelakang dan aku pun asyik-asyik berhenti dan suruh dia jalan depan aku, nanti kena langgar kereta sebab orang tak nampak atau mami tak nampak kalau kena culik orang kataku.

Sampai taska anak kecik aku meraung, nak tak nak dengan berat hati aku cium pipi dia kemudian jalan pergi tak toleh-toleh dah. Sampai rumah aku sambar beg tangan dan beg duit, tahan teksi dan bawa anak sulung naik teksi untuk dihantar ke sekolah. Sebelum nak hantar aku ke tempat kerja, kena la  rm12.70. Semuanya berlaku di waktu pagi, dengan jalan sesak, dengan kereta berpusu-pusu dengan nak kejar masa dan dengan anak-anak yang terpaksa menempuh kekalutan pagi-pagi.

Semuanya kerana jadi mangsa keadaan, orang lain buat hal aku anak beranak kena tanggung hadap semua hal. Takde daya nak mengamuk walau hati ada tersentil rasa nak meroyan. hmmmmm......

Tak ape la, aku harap setiap apa yang yang aku buat walau dengan hati terselit rasa, aku tetap dapat reward yang baik samada untuk kehidupan dunia ataupun akhirat. Aku harap anak-anak aku juga mengerti bahawa dalam hidup tidak semua mimpi indah dan angan-angan akan jadi kenyataan malah terkadang ada perkara yang sangat tidak terjangka akan ditempuhi, apalagi bila ibunya adalah aku. Manusia yang penuh dengan emosi dan rasa hati.


No comments: