Kehidupan pasti disulam dengan pelbagai rencah.
Saat ini, aku dalam situasi yang tersangat berantakan dan hampir tidak terbendung. Dan demi untuk menjadikan aku masih waras sebagai seorang hamba. Maka, aku pilih untuk berdiam.
Jika ini mainan yang direka, aku sebenarnya sudah letih bermain permainan yang kadang-kadang membosankan. Maka, kau mainlah sendiri. Aku harap kau seronok dan bergembira bila kau mampu naik ke level permainan yang lebih tinggi. Dan kau mainlah dengan bersungguh-sungguh biar tamat permainan itu dengan penuh rasa puas dengan perasaan 'unbeatable' itu.
Dan jika berdiam itu mampu meredakan segala lahar dan dendam. Aku berdoa biarlah aku terus kekal di garisan lurus itu. Sebab aku tidak ada alasan untuk kasi berantakan semua perkara kerana aku memang bukan pemain permainan yang amatur apalagi yang professional, aku cuma seorang pemain yang hanya akan ketuk kunci bila aku bosan bila aku sudah tidak tahu apa.
Biarlah, kita, aku dan kamu terus bergentayangan dengan pelbagai rasa yang menyatu menjadi bara atau salju yang tidak ketahuan.
Biarlah.
No comments:
Post a Comment