Wednesday, May 11, 2016

Sanah helwa siri 3pulohnam

Eh, aku dah tua dah.

Duduk - duduk sambil menyusukan Eleanor aku dok hitung - hitung journey aku sepanjang 3pulohnam taun ni.

Mungkin takde kejayaan duniawi sangat tapi pikir-pikir balik. Ya, i've been tru a lot. Banyakkk sangat sampai aku tak pasti mana yang jadi dulu dan kemudian. Yang pasti aku ingat up and down aku selama tu.

Ada sesetengahnya yang aku mampu senyum sambil geleng-geleng kepala. Perkara yang aku rasa tak patut jadi.Dan selebihnya adalah perkara yang buat aku menangis, terharu aku pada diri sendiri bila i can get tru the toughest path in my life. Kalau bukan kerana Allah entah aku hanyut sampai kemana pun tak tau lah.

Tahniah untuk diri sendiri hari ini Hamidah.
Tahniah untuk apa yang kau buat untuk kau masih lagi stand still.

Terima kasih pada mereka-mereka yang pernah ada berdiri di kiri dan kanan 'laluan' hidup aku selama 3pulohnam taun ni. Percayalah sekecil mana pun ingatan aku pada kamu, tapi kamu tetap ada untuk jadi sebab pada apa yang berlaku pada aku ketika itu.

Syukur dan terima kasih tak terhingga kepada Allah wa Jalla atas setiap kurniaannya selama ini. Alhamdulillah.

Hasbi allahu la illaha illa.

Friday, April 8, 2016

Anak patung

Dulu kecik-kecik aku memang suka main anak patung. Konon-konon feeling ada anak patung ni jiwa halus, dalam,sensitif.

Sebabnya, anak patung ni bawa kemana saja,dengar semua perkara dan boleh diberitahu apa saja.

Tapi bila dah dewasa lagi-lagi lepas jadi mak, anak patung sudah tidak nampak indahnya. Ia sekadar satu objek tidak bernyawa yang tidak tahu dan tidak faham apa-apa.Bongok!

Menyesal aku percaya pada anak patung dulu-dulu. Kalau aku tau aku akan rasa begini besar nanti aku campak habis anak patung yang aku pernah ada.

Muktamad, anak-anak aku memang tak akan terjebak dengan segala macam ilusi bahagia anak patung biar diorang juga tahu chucky yang jahat tu pun anak patung juga.

Kesimpulannya;
Jangan pernah percaya kisah yang sweet-sweet macam kat TV tu. Kerana semua cerita sweet akan buat kamu berkhayal banyak benda bodoh.

Percayalah, dunia dan hidup kita bukan sekadar seperti anak patung je. Berpuluh ganda susahnya dari itu tau.

Siapa percaya anak patung. Jahanam lah perasaan. Tak payah nak percaya sangat. Tak guna pun.

Sunday, March 27, 2016

Rela

Kalau saat ini katanya mahu pergi. Aku redha. Dan mungkin sudah terlalu lama untuk merelakan kepergiannya.

Terbang lah kamu sejauh yang mampu. Aku sudah lama bukakan pintu sangkarmu seluas luas.

Lari lah kamu sepantas mungkin. Aku sudah tidak mampu untuk mengejar.

Pergi berlalu lah dan tinggalkan aku. Aku sudah lama mengaku kalah.

Terima kasih. Aku rela.

Thursday, January 28, 2016

Kuat

Makin complicated dunia hari ini. Makin serabut manusia yang makin melata.

Aku harap, aku dan sekiannya akan terus diberi kekuatan untuk terus berhadapan.


Insha Allah.