Monday, November 27, 2017

Hurt

Jangan tanya aku sakitnya bagaimana? Kerana rasanya seperti semua urat saraf ku terasa perit setiap saat.

Jangan tanya aku sakitnya dimana? Kerana sakitnya aku rasa di setiap titisan darah yang mengalir dalam tubuhku seluruhnya.

Tapi jika kau tanya aku mampukah untuk memaafkan dan melupakan?

Aku tidak akan pernah mampu melupakan walau mungkin AKAN memaafkan tapi saat ini aku masih tidak mampu untuk keduanya.

Kerana aku masih terasa sakitnya bernafas dan peritnya menghembus.

Mid
KL 271117

Tuesday, November 21, 2017

Selit

Kini ada rasa benci menyisip masuk menyelit rasa.

😣

OFF

Aku mahu let go off everything!
Bukan mudah tapi ya, aku rasa aku mahukan itu.

ByeBye jiwa yang pecah 💜

Sunday, November 19, 2017

Maleficent

Kerana manusia mengkhianati cintanya  dia jadi kejam dan zalim

Aku.

Wednesday, November 15, 2017

Tercalar

Tercalar
Tercalar calar balar
Tercalar calar balar sampai robek

Apa yang kau tinggal untuk aku?

Tuesday, November 14, 2017

Snooping!

Privacy aku jangan kau kacau!

Aku tak sentuh privacy kamu selama ini lalu kau khianati aku. Jadi, saat aku mula simpan privacy jangan kau pandai-pandai menyisip kacau.

Aku tak hingin!

Monday, November 13, 2017

Si Hamidah

Hari ini aku setenang air di tasik. Tak terusik tak terkutik.

Mungkin ini jawaban Tuhan untuk aku selama ini.

Bertawakkal sahaja dan biar Allah uruskan segala-gala bagi pihak dirimu.

Terima kasih Hamidah kerana ada hati yang gagah untuk terus move on!

Wednesday, November 8, 2017

Dera

Tuhan,

Jangan dera perasaan aku lagi. Aku penat.

😢

Sunday, November 5, 2017

Kebal

Hari ini rasa hati itu berbeza. Lebih berani dan tak kisah. Biarlah apapun yang dia lakukan kelak.

Yang pasti aku ada Tuhan yang disembah. Aku bertawakkal hanya kepadaMu untuk segala sesuatu.

Tiada lagi kecewa, tiada lagi rasa takut, tiada lagi rasa mahu bermati-matian kerana dia.

Kini ia lebih kepada berserah dalam cara yang paling indah. Biarlah hanya Allah yang berhak mengurusi diriku selayaknya aku.

Saturday, November 4, 2017

Honesty and cheap

Honesty is a very expensive gift, Don't expect is from cheap people

Thursday, November 2, 2017

You're Not in My League

Aku telah cuba meletakkn diriku di tempatmu. Tapi akhirnya aku sedar kamu tidak layak berada di liga ku.

Kalaupun aku mampu bertoleransi, aku yakin kamu tidak akan mampu.

Kalaupun aku mampu berbagi,
Aku pasti kami tidak akan begitu

Jadinya, kamu memang akan pijak aku!

Maaf. Kamu betul-betul bukan dalam liga ku!