Hari ini rasa hati itu berbeza. Lebih berani dan tak kisah. Biarlah apapun yang dia lakukan kelak.
Yang pasti aku ada Tuhan yang disembah. Aku bertawakkal hanya kepadaMu untuk segala sesuatu.
Tiada lagi kecewa, tiada lagi rasa takut, tiada lagi rasa mahu bermati-matian kerana dia.
Kini ia lebih kepada berserah dalam cara yang paling indah. Biarlah hanya Allah yang berhak mengurusi diriku selayaknya aku.
No comments:
Post a Comment