Hi all,
Beberapa hari ini saya kehilangan mood dan perasaan untuk menulis sebarang posting untuk di publishkan..hari ini saya tiba-tiba "rindu" untuk menjenguk kembali blog lama ...bila saja saya terbaca beberapa daripada posting saya itu, saya tiba-tiba terharu kerana ada diantaranya ialah kisah dari kejadian sebenar yang saya rasa dan alami kemudian di olah sehingga menjadi cerita untuk di kongsikan...saya terfikir kalaulah nanti blog lama yang tidak aktif ini di"delete" saya pasti terkilan..bolehkah "export" semua posting dalam wordpress ke blogspot?
Friday, May 6, 2011
Wednesday, May 4, 2011
Ada Apa Pada Nama...
Dearest all,
beberapa hari ni saya terbaca beberapa posting berkenaan nama sebenar "seseorng" yang memang dikenali di kalangan bloggers....ada yang mengatakan nama sebenarnya unik, ada yang kata macam nama perempuan, ada juga yang kata dia tukar nama samaran sebab dia segan dengan nama tu dan macam-macam andaian lagi....mungkin bagi sesetengah orang nama adalah salah satu gambaran pertama diri kita, ini bukanlah satu masalah bagi mereka-mereka yang mempunyai nama yang "cantik" dan sedap didengar...tapi bagaimana pula bila seseorang itu namanya ialah yang "biasa-biasa je"...
Okeh, nama saya Hamidah...satu ketika dulu saya juga pernah tidak menggemari nama ini...yalah..nama macam zaman dolu-dolu...tengok sajalah cerita P.Ramlee, mesti ada nama ni, kalau heroin kembang lubang hidung la jugak ini extra cast jee...kadang-kadang pula wataknya adalah makcik midah yang suka makan sirih (orang sabah panggil "suntil) sebesar syiling 50sen!...tidak cool langsung!!.....lepas tu ada pula pelakon nama Hamidah Wahab...hei..lagilah ..tak tau nak cakap apa time tu..(lainlah kalau hamidah wahab tu mcm Aishwarya Rai..heheheh)
Naik tingkatan satu, saya bersekolah di pekan yang agak jauh dari rumah...bertemu dengan lebih ramai orang bermakna saya juga mendengar pelbagai nama yang sedap-sedap belaka....bertambah-tambah lagi la saya tidak mengemari nama saya..sampai satu tahap saya pernah tulis nama lain yang ketika itu saya rasa amatlah "cantik" atas buku latihan..sampaikan cikgu kelas saya hairan kenapa ada nama budak baru tapi jumlah pelajar masih sama...tau tak saya tulis nama apa?? ...*blush**segan nak cakap...
Satu hari, balik dari hostel saya tanya my late mom kenapa saya diberi nama ini...my late mom senyum dan tanya kenapa? saya bagitahu yang saya amat tidak sukakan nama ini..malah saya merayu supaya nama saya ditukar di Jabatan Pendaftaran Negara..kemudian bercerita lah mom saya..dia memberitau bahawa sebelum ini saya ada nama lain tapi memandangkan saya sentiasa sakit nama saya akhirnya ditukar atas nasihat "orang tua" di kampung....lagilah kuat hati saya mahu ditukar nama sebabnya saya rasa nama lama saya lebih cool didengar berbanding nama sekarang...
Walaupun saya amat sukakan nama panggilan saya "dida" dirumah tetapi saya membesar dengan rasa segan pada nama sebenar saya "hamidah", saya sentiasa kagum bila tengok kawan-kawan ada nama yang best-best...sehinggalah saya menyambung pengajian di IPTA Sarawak, waktu tu saya berada di semester dua, dalam kelas UIS ( Ugama Islam) ustaznya ialah Ust.Syukri...saya lupa pucuk pangkalnya tapi apa yang paling saya ingat ialah bila ustaz ini menceritakan mengenai kejahilan orang tua yang memberikan nama "Mohd. Khinzir" kepada anaknya...tetapi rakan sekampung ustaz itu meninggal kerana demam panas ketika berusia 9 tahun..dan ustaz saya berkata "mungkin ada baiknya Allah ambil nyawanya awal-awal daripada dia hidup dengan penuh rasa malu pada dirinya sendiri satu hari nanti"..
Tahu tak, itu benar-benar menyedarkan saya bahawa walaupun nama saya biasa-biasa saja dan tidak cool didengar oleh saya tetapi nama ini mempunyai maksud yang indah.."yang terpuji"..malah saya seharusnya perlu berbangga kerana nama saya disebut-sebut beberapa kali dalam solat bagi orang islam...
Dan sehingga sekarang saya langsung tidak segan dengan nama ini, saya sedar saya telah diberikan nama terbaik oleh orang tua saya dan saya wajib berbangga kerana itu....mungkin betullah kata orang.."ada apa pada nama?"...kerana nama bukanlah cerminan pada peribadi seseorang apa yang penting ialah sejauh mana bersihnya hati yang ada pada si tuan punya nama itu sendiri. Peace!!
p/s : Mungkin ramai yang tidak tahu nama ibu kepada Osama Ben Laden ialah Hamida al-Attas tau!...jangan main-main....(",)v
beberapa hari ni saya terbaca beberapa posting berkenaan nama sebenar "seseorng" yang memang dikenali di kalangan bloggers....ada yang mengatakan nama sebenarnya unik, ada yang kata macam nama perempuan, ada juga yang kata dia tukar nama samaran sebab dia segan dengan nama tu dan macam-macam andaian lagi....mungkin bagi sesetengah orang nama adalah salah satu gambaran pertama diri kita, ini bukanlah satu masalah bagi mereka-mereka yang mempunyai nama yang "cantik" dan sedap didengar...tapi bagaimana pula bila seseorang itu namanya ialah yang "biasa-biasa je"...
Okeh, nama saya Hamidah...satu ketika dulu saya juga pernah tidak menggemari nama ini...yalah..nama macam zaman dolu-dolu...tengok sajalah cerita P.Ramlee, mesti ada nama ni, kalau heroin kembang lubang hidung la jugak ini extra cast jee...kadang-kadang pula wataknya adalah makcik midah yang suka makan sirih (orang sabah panggil "suntil) sebesar syiling 50sen!...tidak cool langsung!!.....lepas tu ada pula pelakon nama Hamidah Wahab...hei..lagilah ..tak tau nak cakap apa time tu..(lainlah kalau hamidah wahab tu mcm Aishwarya Rai..heheheh)
Naik tingkatan satu, saya bersekolah di pekan yang agak jauh dari rumah...bertemu dengan lebih ramai orang bermakna saya juga mendengar pelbagai nama yang sedap-sedap belaka....bertambah-tambah lagi la saya tidak mengemari nama saya..sampai satu tahap saya pernah tulis nama lain yang ketika itu saya rasa amatlah "cantik" atas buku latihan..sampaikan cikgu kelas saya hairan kenapa ada nama budak baru tapi jumlah pelajar masih sama...tau tak saya tulis nama apa?? ...*blush**
Satu hari, balik dari hostel saya tanya my late mom kenapa saya diberi nama ini...my late mom senyum dan tanya kenapa? saya bagitahu yang saya amat tidak sukakan nama ini..malah saya merayu supaya nama saya ditukar di Jabatan Pendaftaran Negara..kemudian bercerita lah mom saya..dia memberitau bahawa sebelum ini saya ada nama lain tapi memandangkan saya sentiasa sakit nama saya akhirnya ditukar atas nasihat "orang tua" di kampung....lagilah kuat hati saya mahu ditukar nama sebabnya saya rasa nama lama saya lebih cool didengar berbanding nama sekarang...
Walaupun saya amat sukakan nama panggilan saya "dida" dirumah tetapi saya membesar dengan rasa segan pada nama sebenar saya "hamidah", saya sentiasa kagum bila tengok kawan-kawan ada nama yang best-best...sehinggalah saya menyambung pengajian di IPTA Sarawak, waktu tu saya berada di semester dua, dalam kelas UIS ( Ugama Islam) ustaznya ialah Ust.Syukri...saya lupa pucuk pangkalnya tapi apa yang paling saya ingat ialah bila ustaz ini menceritakan mengenai kejahilan orang tua yang memberikan nama "Mohd. Khinzir" kepada anaknya...tetapi rakan sekampung ustaz itu meninggal kerana demam panas ketika berusia 9 tahun..dan ustaz saya berkata "mungkin ada baiknya Allah ambil nyawanya awal-awal daripada dia hidup dengan penuh rasa malu pada dirinya sendiri satu hari nanti"..
Tahu tak, itu benar-benar menyedarkan saya bahawa walaupun nama saya biasa-biasa saja dan tidak cool didengar oleh saya tetapi nama ini mempunyai maksud yang indah.."yang terpuji"..malah saya seharusnya perlu berbangga kerana nama saya disebut-sebut beberapa kali dalam solat bagi orang islam...
Dan sehingga sekarang saya langsung tidak segan dengan nama ini, saya sedar saya telah diberikan nama terbaik oleh orang tua saya dan saya wajib berbangga kerana itu....mungkin betullah kata orang.."ada apa pada nama?"...kerana nama bukanlah cerminan pada peribadi seseorang apa yang penting ialah sejauh mana bersihnya hati yang ada pada si tuan punya nama itu sendiri. Peace!!
p/s : Mungkin ramai yang tidak tahu nama ibu kepada Osama Ben Laden ialah Hamida al-Attas tau!...jangan main-main....(",)v
Tuala Wanita dan Mentaliti Wanita
Dear readers,
Biasanya saya akan menaiki tren balik dari kerja sebabnya saya malas menempuh "ke jammed an" jalan...kerana kebetulan petang jumaat lepas hujan memang lebat..maka, En. Hushband dengan sukarelanya datang menjemput saya di tempat kerja...dari ofis kami terus menuju ke taska, tidak mahu bertangguh untuk mengambil anak-anak...kawasan taska tempat saya menghantar anak-anak terletak di tingkat bawah Flat Perumahan (tidak tahu nama) di belakang Ong Tai Kim, Sentul...Jadi kalau sudah namanya flat maka kita tahu kawasan tersebut agak sesak..dan selalunya hanya saya seorang sahaja yang akan turun dari kereta untuk menjemput anak-anak dan En. hushband akan menunggu dalam kereta tetapi petang itu En.hushband turun sekali...
Dipendekkan cerita, sebaik sahaja kami berada dalam kereta, En.Hushband berkata pada saya...
" you step on something..." . Sambil pandang kaki dan belek-belek heels....
"apa?"...
" try tengok luar.." saya jenguk...tahu apa yang saya nampak??? it's a Pad!...juga dikenali sebagai tuala wanita or some say kotex!...dan apa yang paling teruk lagi? tuala wanita itu berdarah!! dan bayangkan kain yang basah bila diperah, pasti perkara sama terjadi semasa saya terpijak pad yang berdarah itu!!??.. euuuuwwwwww....gelinyaaa....
Saya tidak tahu apa perasaan En. Hushband ketika itu tapi terus-terang hati saya terdetik rasa malu...malu dek perbuatan perempuan lain yang senag-senang je sepah-sepah pad dia yang berdarah....walaupun saya juga seorang perempuan tapi pad orang lain yang penuh darah disepah-sepahkan untuk jadi tontonan umum....memang menjijikkan dan memalukan...!!
Apalah punya jenis perempuan?? takkan perkara macam tu pun tak boleh fikir, Kalau pun malas sangat atau geli sangat nak basuh pad tu.. apa lah salahnya kalau masukkan saja pad itu dalam plastik ke, balut dgn paper ke, sebelum buang?? bukannya susah pun... ini tidak, ikut sedap hati je buang-buang...
Saya tertanya-tanya, apakah jenis mentaliti perempuan yang tidak sensitif pada perkara begitu....sekurang-kurangnya jagalah "maruah" perempuan lain dan elakkan dari bersikap sambil lewa begitu..kalau pun ada yang mengata..paling tidak pun mesti dia akan berkata begini " perempuan manalah yang tak tahu malu ni..?"...tak pasal-pasal semua makhluk berjantina perempuan terkena tempias...
Hmm...saya terus mandi sebaik saja sampai rumah, heels pun saya basuh sekali...nasib baik En. Hushband tak cakap apa-apa...
( Ini adalah kisah benar ...)

Monday, May 2, 2011
Kenapa aku tak suka MATH!
Morning all..
Tengok tajuk diatas nampak sangat saya ni bukan dari golongan budak terrer kan? ..hahahha..well, saya memang tidak sukakan matematik...dan apa yang menarik, ketidaksukaan kepada matematik juga disebabkan oleh satu penyakit dinamakan Dyscalculia...
Ianya adalah seakan-akan penyakit Dyslexia tetapi untuk matematik, bezanya cuma penyakit Dyslexia ini boleh diketahui melalui diagnosa tetapi Dyscalculia lebih rumit dan compliated berbanding Dyslexia..
Jadi,bukan salah siapa-siapa saya tidak sukakan matematik..sebabnya saya memang simply dislike math!...mungkin juga disebabkan Dysalculia kan???...hahaha...
Bacaan lanjut mengenai Dysalculia
Tengok tajuk diatas nampak sangat saya ni bukan dari golongan budak terrer kan? ..hahahha..well, saya memang tidak sukakan matematik...dan apa yang menarik, ketidaksukaan kepada matematik juga disebabkan oleh satu penyakit dinamakan Dyscalculia...
Jadi,bukan salah siapa-siapa saya tidak sukakan matematik..sebabnya saya memang simply dislike math!...mungkin juga disebabkan Dysalculia kan???...hahaha...
Bacaan lanjut mengenai Dysalculia
Sunday, May 1, 2011
Trend berSumpah Laknat
hi readers,
Seingat saya Sumpah Laknat yang pertama berlaku pada ogos 2008 dan kemudian selepas itu bersumpah dengan Wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah.... seakan-akan menjadi trend...nak lepas diri terus buat sumpah laknat, nak menganiaya orang lain pun buat sumpah laknat, nak kan kelihatan tidak bersalah pun sumpah laknat juga .....
well,saya menulis tanpa berpihak kepada sesiapa pun malah saya juga bukan golongan bijak-pandai agama untuk membicarakan isu sumpah laknat ini...tetapi, saya akan menulis secara neutral dan bercakap melalui pandangan saya sebagai seorang islam secara generalnya.
bila sumpah laknat ini jadi trend perkara pertama yang datang dalam minda & perasaan saya ialah..."mudahnya bersumpah atas nama Allah" ....memang nampak mudah pada mereka, apa-apa saja isu yang berbangkit, terutamanya isu melibatkan maruah seseorang maka bersumpah laknat la jalan penyelesaian...
Bukan tak boleh tapi daripada sibuk nak menjaga maruah diri-sendiri, tidak dinafikan menjaga maruah agama juga sama pentingnya...malah lagi penting..!jangan sampai nampak seolah-olah agama itu terlalu "Murah" nilainya.....fikirkanlah juga pandangan orang lain dari agama lain...apa pandangan mereka pada agama islam yang dikatakan Syumul lagi Suci? tapi dengan mudah sahaja si penganiaya bersumpah laknat dengan niat untuk menganiayai orang lain??...fikirkanlah....
bacaan lanjut : disini dan SINI..

Subscribe to:
Posts (Atom)