Showing posts with label The Kids and Mom. Show all posts
Showing posts with label The Kids and Mom. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Kisah anak

Kejadian Jumaat lepas.

Tahniah,anak.

Baru aku tau apa rasanya bila anak naik pentas, hati aku tak habis senyum dari jumaat lepas sampai aku buat post ni. Syukur sangat.

Untuk esok dan hari-hari seterusnya, bagaimanapun atau siapapun engkau bakal jadi satu hari nanti selagi masih di redhai Allah mami tetap kuat menyokong dari belakang sayang.

Tadi, mami post gambar berkenaan kejadian di atas kat insta dan dhani baca caption mami tulis. Satu-satu dia sebut, perlahan-lahan dia baca tak tau dia hadam atau tidak tapi lepas itu dia tiba-tiba kata" terima kasih mami". Mami yang tengah balut buku teks dia terus sedu, diam-diam mami terharu, menitik air mata.

Aku mohon, nak minta pada Allah biar bagi aku anak-anak yang soleh. 


Rabbi habli minas solihin (as-saffat:100)

Amin.

Wednesday, April 10, 2013

bila sudah bertiga

Walaupun punya 3 orang anak masih dalam kategori tidak ramai, tapi sebab serba-serbi buat sendiri aku tidak nafikan yang aku memang punya perasaan yang aku ada ramai anak.

Sebelum ini aku juga selalu fikir ibu-bapa yang punya anak ramai tidak akan mampu untuk membahagikan kasih-sayang seadil mungkin kepada anak-anaknya, dan akan ada anak yang rasa diri kurang disayangi berbanding anak lain atau akan ada anak yang akan left-out sebab jumlah adik beradik yang ramai.

Mula-mula dapat dhani aku memang ada perasaan dan fikiran yang begitu, jadi mati-matilah aku meminta supaya anak aku hanyalah dhani, tiada dua-tiada tiganya.

Tapi, hari ini setelah aku punya tiga orang anak, aku tersilap mengenai perasaan aku selama ini. Punya anak tiga buat rasa kasih sayang aku kepada mereka bertiga semakin dalam, semakin kuat. Bukan itu sahaja, aku rasa semakin bertanggungjawab untuk mereka- makan, minum, tidur, berak, mandi, main, belajar,memberi ilmu, memberi keyakinan diri dan pelbagai lagi itulah tanggungjawab padaku, apa yang wajib, patut dan harus oleh seorang ibu lakukan untuk anak-anak. Aku usaha seboleh mungkin untuk melaksanakan segalanya.

memang bukan mudah, tapi oleh kerana kasih yang mendalam dan tanggungjawab atas bahu aku kuatkan diri untuk buat segala yang termampu sebaiknya.

Fikir balik, aku mungkin tidak akan punya rasa sedalam seperti apa yang aku rasa kepada anak-anakku hari ini jika aku tidak punya mereka bertiga, dengan karakter masing-masing yang berbeza-beza aku rasa aku punya dunia warna-warni sebagai ibu semakin besar dan luas, melihat kepada satu perkara lebih dari sebelum ini dan memandang satu perkara dari sudut sehingga 360' untuk segala kemungkinan dan akibat untuk hari ini dan masa depan diorang.

Lihat, sampai begitu sekali kuasa yang kasih-sayang boleh buat untuk manusia seperti aku, rasa itu jugalah yang bagi aku banyak keinsafan untuk berusaha sebaik mungkin menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin.

Sekian.






Friday, March 29, 2013

My Promise to My Sons


Thursday, March 28, 2013

Sungguh saya amat berterima - kasih

Tidak pernah saya tahu bahawasanya (ok, formal ya) ada ayat Al-Quran yang boleh di amalkan untuk anak yang demam panas. Terima Kasih tidak terhingga kepada rakan blogger yang sudi berkongsi ini.

(Al-Anbiyaa' 21:69)


Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! "


Tak sabar rasa nak buat untuk anak-anak, tapi tidak bermakna saya mahu mereka demam untuk saya mencuba. 



Friday, February 8, 2013

Pelangi Hati

Tahun 2013 ini bermula agak messy dengan aku, banyak benda aku 'paksa' untuk biasakan diri pada keadaan. Terkadang okay, selalunya tidak. bertambah bilangan ahli keluarga bermaksud bertambahlah juga nilai bebanan dan tanggungjawab.

Dalam hati berbondong-bondong aku mengeluh, air mata pun sudah berlitre-litre aku tangiskan cuma mulut aku tidak pernah ringan untuk bercerita. Macam aku kata sebelum ini. 

Selalu aku memujuk diri sendiri, dengan hati aku ajarkan bahawa 'apa yang aku ada saat ini (susah atau senang) orang lain pasti ada yang jauh lebih teruk atau sebaliknya.' 

Apapun dalam beberapa kepayahan yang dirasai, Tuhan memberikan aku keindahan dari sudut lain.


Dhanie
E L
G

- On their first day -


 Merekalah pelangi hatiku, Pelbagai warna, pelbagai rasa tapi tetap saja indah. 

Monday, January 14, 2013

Kalaulah saya punya pilihan mudah menjadi ibu sepenuh masa

Baru beberapa hari lepas anak seorang rakan mendapat musibat sewaktu berada di taska bawah ofis, agak besar juga bila sampai isu itu jadi kes polis. Yang rakan saya itu sudah tidak mampu berkata apa, matanya bengkak hatinya walang jiwanya pasti serabut, sewaktu dia bercerita saya tidak mampu menahan diri dari menangis, air mata saya laju berderai-derai, tangan saya automatik mengigil hati ibu mana tidak gusar bila 3 anak yang ada itu juga duduk ditaska sepanjang siang mereka?

saat itu hati saya tidak dapat menafikan bahawa betapa hampirnya anak yang 3 itu kepada pelbagai kejadian yang sangat-sangat tidak dikehendaki. Mintalah dijauhkan.

Malang memang sentiasa tidak berbau, itu semua orang tahu tapi untuk mereka-mereka yang menjadi kesayangan kita, doa semoga sentiasa dalam keadaan yang baik tidak pernah putus.

Rakan saya itu tidak habis-habis menyalahkan dirinya atas kejadian itu, dan kalau berada di tempat dia, saya  pasti akan rasa perkara yang sama jika sekiranya anak kesayangan ditimpa musibah yang tidak diingini. Alangkan saya satu ketika dulu, yang baru melihat kesan gigitan (sampai lebam) di bahu dhani, hampir meroyan saya mengadu ke taska, dia apatah lagi.

Tapi, desakan hidup sungguh tidak boleh dinafikan, saya, rakan saya mahupun ibu-ibu bekerja yang lain terpaksa 'gamble' menghantar anak ke taska, pusat jagaan, pengasuh yang nasib baik adalah sedara-mara atau ahli keluarga yang tolong menjaga anak. untunglah mereka banding saya.

Bayangkan perasaan saya setiap kali meninggalkan anak yang 3 orang itu, tidak terkata sendu hati saya setiap saat melangkah keluar rumah, melihat wajah 3 anak yang sedang lena diulit tidur, kaki rasa berat macam digari batu 100,000,000 tan. Doa saya tidak putus-putus dalam hati minta agar anak yang 3 ini sihat-sejahtera dan tiada cacat-cela bila saya lihat mereka petang nanti.Begitu saya bimbangkan anak yang 3 itu begitu jugalah girang hati saya di sepanjang perjalanan pulang, teruja tidak terkata, lebih teruja dari perasaan seorang girlfriend yang nak jumpa boyfriend dia selepas lima tahun tak jumpa. Sungguh perasaan yang tidak terungkap dengan sebarang kata-kata. Bahagia.

Itu, kalaulah saya punya pilihan untuk terus berada disisi anak yang 3 itu sepanjang hari, setiap minit mungkin saya tidak akan timbul rasa bersalah saya jika sekiranya mereka tercalar atau benjol setakat sikit-sikit, tapi tidak bila seharian tak nampak anak-anak lepas tu balik tengok diorang ada tanda biru satu dua tempat terus rasa tak puas hati.  Berserah dan tawakkal, itu saja kekuatan yang saya punya, doa agar anak yang 3 itu sentiasa dilindungi Allah dan mohon agar mereka sentiasa berada dalam keadan sihat sejahtera selalu.

: Bapa diorang lagi cerewet anak ada tanda nyamuk gigit pun bising.






Monday, August 20, 2012

jurnal Ash (2)

Alhamdulillah, jurnal 13812 dipermudahkan olehNya, tapi azab contraction tetap saja sama yang berbeza hanyalah tempoh masa mengharunginya, tepat jam 9:04am bayi lelaki ini menjengah dunia, menghirup udara pertama di muka bumi Allah, apapun Ash ke-3 telah pun balik ke rumah dan tengah berhari raya dalam confinement  yang bukan confinement sebenarnya.

Mood : mahu cepat sembuh!

Tuesday, April 10, 2012

Renungan - Ingatan dan pengajaran utk diri sendiri #3

Saya copy & paste dari wall FB yang makcik jue linkkan ke saya, moga jadi ingatan juga kepada semua :

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥
(copy from breastfeeding zone)

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Thursday, December 22, 2011

Love Your Kids?

"If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots."- Maddox

Friday, November 18, 2011

rindu...


Akhir-akhir ini aku mula ada perasaan 'halus' tentang baby, kepingin benar mahu menghidu bau baby, rasa rindu mahu menyentuh tangan dan kaki yang bersaiz kerdil dan fragile, walau mungkin tangisan baby pasti akan membuatkan telinga bingit tapi 'keindahan' melihat si kecil ini membesar dan berubah laku teramat mengujakan.

Masa sedang google gambar-gambar newborn baby untuk dimasukkan dalam posting ini, aku tidak habis-habis tersenyum dan menggeram setiap kali memandang wajah-wajah pencetus kegembiraan ini satu-persatu.

Terlintas, bagaimana manusia bisa jadi terlalu kejam dan sial bila sanggup membuang/membunuh/mencampak/mengelar zuriat diri sendiri?


gambar adalah sumber dari google

Family-Man Type



aku ingat aku pernah terbaca - dalam satu majalah parenting-kalau tidak silap mag pa&ma [tapi tak sure] interview yang dibuat terhadap seorang lelaki yang berstatus bapa dan dalam banyak-banyak statement dalam tu aku paling tersentuh bila bapa itu berkata [lebih kurang] 'saya paling suka bila melihat anak dan isteri saya tidur sebelah-menyebelah, itu adalah pemandangan paling indah yang saya pernah tengok kerana melihat wajah-wajah orang kesayangan saya dalam keadaan yang paling tenang dan aman'. Sampai sekarang aku ingat statement itu.

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #13

Tuesday, September 27, 2011

Mati tu sakit ke?

Tengah menonton cerita 'The Eye 1' di TV3 bila dhani tanya saya "mummy, mati tu sakit ke?", right after scene budak sekolah gemuk yang mati dirempuh kereta, kebetulan pula pagi tadi dia nampak bangkai anak kucing color hitam tompok putih yang mati dilanggar (kereta/motor) depan rumah,  kalau ikut standard saya, jawabannya mudah je 'aku tak pernah mati, mana tau sakit ke tak'..tapi oleh kerana yang bertanya itu ialah kanak-kanak yang belum cukup 4 tahun saya terkedu, mahu dijawab apa sebenarnya?...

kalau jawab tidak sakit, mesti dia keliru sebab dia nampak tompok-tompok darah dalam scene tu dan saya pasti dia tahu sinonim antara darah dan kesakitan, kalau jawab sakit, mesti dia nak tahu samada kesakitan itu rasanya adakah sama seperti gigitan adik (rafael), cubitan mummy, ataupun rasa sakit bila jatuh dsb.

Sedangkan kita yang dewasa pun tidak bercerita soal mati dengan kerap apatah lagi bercakap perihal sama kepada seorang kanak-kanak....susah juga rupanya bila budak kecil bertanya mengenai persoalan mati?..

Thursday, August 11, 2011

Pernahkah anda?

Hola peeps!


Pernahkah ada dalam keadaan di mana:

1) anda berada pada tahap 100% darjah ke'tension'an kerana karenah anak-anak yang melampau tambah-tambah lagi di bulan berlapar-dahaga ni, dan anda sedang memarahi anak-anak bila anda menyedari rupanya ada abang Posmen atau abang TNB sedang berdiri diluar pagar memerhatikan anda dan ketika itu anda perasan anda sedang memarahi anak-anak dengan wajah begini?


Dengan muka merah-biru-kelabu-padam anda pula terpaksa berhadapan dengan abang posmen atau abang TNB yang sedang senyum-sumbing memandang anda lepas itu?

2) anda sedang membersihkan porch depan rumah dan tiba-tiba anda perasan anak-anak anda masing-masing bergayut di pagar dan gril pintu rumah, anda kemudian terjerit-jerit, tak menang tangan dan kelam-kelibut dan kemudian kaki anda tersepak penyapu dan anda jatuh tersungkur bila anda perasan jiran depan rumah sedang memerhatikan anda? mana mau letak muka hah?


3) anda memanggil nama anak anda beratus kali tetapi tiada respond, bila terlalu geram anda menjerit nama anak anda sehabis daya kerana menyangka rumah jiran sebelah tiada orang, kemudian anda perasan rupanya jiran sebelah anda juga bercuti dan berada di rumah seperti anda hari ini?Pftt...





Saturday, August 6, 2011

Amin, Mati Kaya

Happy Saturday peeps!

Dhani baca doa buka puasa petang semalam, walaupun dia tidak berpuasa..akhir doa ' Amin, mati kaya...'. Saya yang baru mahu menyuap kuih butir nangka terhenti, kemudian tanya dia balik. dhani baca doa kali kedua. sekali lagi akhir doa  'Amin, mati kaya'..

butir nangka
Tidak tahu kenapa serta-merta perkataan 'Kapitalis' terlintas di kepala saya.. :D

Thursday, July 14, 2011

TV commercials win!

Happy thursday peeps!

Lately i realized that my son, dhani was tend to be influence with several TV commercial which is very distracting me.Let's see :

1. Noodles  =  betul-betul hao liao











2. Mountain Dew (carbonated drinks) = ahhh....awesome 
(bike boy yang minum mountain dew sambil melompat dalam gerak perlahan then say "ahhh....awesome")














3. Kit-Kat = Hang Tuah









p/s : TV Commercials completely wins my boy heart!.....+_+

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #3

Holaaaa!


Tuesday, June 14, 2011

Senda petang semalam

Pelakon Utama :-

Dhanie - 3 Tahun 6 bulan
Mummy - Umur dirahsiakan...
Situasi - Mummy basuh pinggan, dhani sedang main lawan-lawan ultraman dan raksasa.

Mummy : Dhani, besar nanti mo jadi apa?
Dhani : otromen..(masih serius main lawan-lawan)
Mummy : Mana boleh jadi ultraman
Dhani : kenapa?
Mummy : Ultraman tu katun laa tu dalam TV ja ada, eemm... bila besar dhani mau jadi doktor ka? cikgu ka? pilot ka? professor ka ? (trip hebat-hebat konon)
Dhani : jadi doktor otromen, nanti otromen sakit dhani taruh gamat.
Mummy : T_T

Sunday, June 12, 2011

Mind your words mummy!

Hola!

Ini perkara normal bagi pasangan berkahwin campur, macam saya dan en.Hushband, kami masing-masing mahukan anak-anak sekurang-kurangnya faham 'mother-tounge' kami, kalau boleh bercakap itu adalah bonus paling besar!!

Tapi selain daripada hanya setakat faham, saya selalu mengimpikan anak-anak saya boleh berbahasa dusun..di rumah saya memang bercakap 100% menggunakan bahasa sabah kepada anak dan en.hushband, jadi mereka tidak punya masalah dengan itu, malahan dhani sendiri pun sudah pandai menggunakan 'grammar' bahasa sabah dengan betul, cuma kadang-kadang bahasa dhani akan 'mix' samada dengan bahasa sabah, bahasa dusun, bahasa melayu-kelantan, english, bahasa melayu-kl (means, 'a' for 'e' sound and so on) and a bit of thai languanges. Tidak mustahil dia confuse..tapi dia harus tahu, faham dan belajar semua itu untuk kebaikan dirinya sendiri.

Saya paling gembira, bila dhani yang baru 3 tahun 6 bulan sudah boleh 'adapt some of simple dusun words' , setiapkali saya dengar dhani guna bahasa dusun, terus-terang hati saya akan rasa bangga!!.. kembang lubang hidung wei!!! ..apalagi bila en.hushband juga faham dan kadang-kadang menggunakan perkataan dusun itu, maka bertambahlah lagi kembang lubang hidung saya yang kemek ni!!..

Cuma baru-baru ini,en.hushband tiba-tiba berkata pada saya "kenapa dusun words yang dhani cakap refer to something yang pelik-pelik, try check and list it out?" ..hairan, tapi tanpa banyak soal saya terus list out dusun words yang dhani selalu cakap...and it goes like :

santut ---------> seluar dalam
dungot --------> tahi hidung
bilas -----------> tahi mata
bihis -----------> air liur
lanai -----------> tahi telinga
langou ---------> hingus
kotoh! ----------> padan muka! baru tahu!
tanak diti!-------> anak ni! (hanya bila marahkan adiknya-which means, my words time marah anak)
siou la ----------> sorry lah!
mondou---------> hantu
tulun gitom -----> orang hitam, dan
tontolou---------> ?????...

hah????...kemudian saya bandingkan pula dengan bahasa melayu-kelantan yang dhani selalu cakap,

tubik ------> keluar
ma-ke -----> makan
aye --------> ayam
lenggok ---> leher
che-tong---- > gayung/timba

see??? nampak sangat bezanya kan?....semua jenis tahi ada,malahan private part pun dia tahu... saya memang tidak perasan selama ini dan baru sedar sebenarnya saya menggunakan istilah simple tapi ada antaranya yang membawa makna kurang sopan untuk disuarakan oleh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun lebih. Berbanding bahasa bapanya, perkataan yang digunakan ialah perkataan harian yang mudah,normal dan biasa digunakan.

Nampaknya, mulai hari ini saya perlu melatih diri dan belajar menggunakan ayat mudah yang mungkin lebih sopan sebagi permulaan untuk Dhani dan Rafael. Good Luck mummy!!!

pic : Google

Tuesday, May 17, 2011

Kosong atau sembilan?

Dearest all,

Saya masih dalam 'Mothers Day" mood, masih galak bercerita tentang anak... siapa lagi kalau bukan si Dhani..beberapa minggu lepas, mr.Hushband  (the father) bawa Dhani minum-minum di gerai..saja jalan berdua-duaan dengan anak, sebenarnya dia ada mengajak tapi saya agak letih selepas balik dari kerja..jadi mr.Hushband terpaksalah ajak dhani tanpa saya dan Rafael. Dipendekkan cerita semasa "waiter" ambil order ...

Waiter : Makan ?
Mr.Hushband : Roti telur 1 (untuk dhani), Roti Kosong 1
Waiter : minum?

Bab-bab order minum memang dhani tiada masalah sebab dia akan order ikut citarasa dia sendiri, biasanya dia akan order...
Dhani : Milo ais
Waiter : Minum bang ? (ditujukan utk mr.Hushband)
Mr.Hushband : Air kosong

Tiba-tiba..
Dhani : eh..eh..bukan milo ais, dhani nak air SEMBILAN....

Waiter & Mr.Hushband : ???????????????????????



p/s :  Macamanalah agaknya rupa air SEMBILAN tu pada dhani...