Showing posts with label Sabah VS Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Sabah VS Kelantan. Show all posts

Friday, September 16, 2011

Aku memilih untuk diriku sendiri

credit : Google
Tahun ini masuk tahun kelima aku bergelar isteri, to be exact akan genap 5 tahun by this coming december..dan aku berani katakan usia lima tahun bukanlah usia yang matang untuk sesebuah perkahwinan, kalau di ibaratkan seorang kanak-kanak pada usia lima tahun masih tidak tahu apa-apa dalam hidup, masih berhingus, yang kadang-kadang terkencing dan tercirit dalam seluar, pendek kata, usia 5 tahun adalah bukan age of majority, bukan suara ramai, malah masih belum mampu untuk melakukan banyak perkara waima dalam hal membuat keputusan untuk diri sendiri sekalipun.

Aku berkahwin ketika usia aku 26 tahun (almost 27 that time), mungkin agak sedikit lewat tapi jika dibandingkan dengan sahabat aku yang bakal berkahwin pada november ini ketika berumur 32 tahun , aku rasa 26 is just awesome! :)

Oleh kerana, aku hidup di malaysia dimana perkahwinan dilihat sebagai sesuatu yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan maka, aku juga pernah berhadapan dengan tekanan untuk berkahwin daripada keluarga. Topik cari jodoh ini semakin terasa bila dalam sembilan orang adik beradik hanya aku dan adik sahaja yang belum berkahwin ketika itu dan memandangkan satu-satunya adik aku di dunia ialah lelaki maka dia tidak perlu berhadapan dengan isu jodoh-kahwin sehebat aku.

Seawal umur 20-an, setiapkali ditanya mengenai isu kahwin (kebanyakannya bukan dari kalangan keluarga) , aku tidak pernah ambil peduli, tidak kisah pun, maklumlah, usia pun muda lagi jadi pemikiran masa hadapan juga tidak seserius mana. Middle 20, aku semakin diasak dengan pelbagai soalan berkenaan jodoh, tapi aku tetap saja tidak ambil peduli. Bagi orang yang biasa dan kenal dengan aku, mereka pasti ingat jawaban standard untuk soalan cepu-emas ini.

soalan : dida, bilalah kau mau kahwin ni?
jawaban standard : Besoklah ...

soalan :  kau belum mau kahwin ka?  tengok kawan-kawan kau semua mau kahwin sudah
Jawaban standard : Bah! datang rumah lepas Maghrib la...ada makan-makan


Kononnya, tidak kisah (memang tidak kisah pun), sehinggalah aku berumur 25-an (keatas), soal jodoh/kahwin bukan sahaja dari kalangan rakan-taulan, jiran-tetangga, sanak-saudara tapi dari kalangan ahli keluargaku sendiri, dan bila sampai abang-abangku mula bersoal-jawab denganku tentang kahwin, aku mula terpaksa untuk berfikir perihal kahwin-kahwin. Kebetulan dalam tempoh itu aku memang tidak 'berteman' dengan sesiapa, dan ini menjadikan isu jodoh aku sentiasa menjadi topik yang kerap diperbualkan. damn!!!

Detik paling menyayat hati ialah bila kakak sulungku mula memberi aku senarai nama lelaki, dengan cliche :

ni anak buah makcik Aina, umur 33 tahun, kerja kat Hospital sekian-sekian, gaji 5k, cuma kulit gelap sikit la sebab dia ada darah jawa+bugis, tapi budaknya manis je..atau..

yang ini anak kepada abang makcik Lat, rupa memang hensem tapi tak payahlah, budak ni bengkeng nak mampus!..atau..

Pakcik Pol ada tanyakan pasal kau, untuk anak no.2 dia yang baru habis master tu...atau..

hari tu pakcik berahim kata nak datang rumah bawa cincin tanda dan duit, untuk anak dia yang kerja army tu..boleh ke?..

Hah??????
Gila lah!!!

Bila aku kata 'hold kejap'. Akak aku bising kata, ingat jodoh ni boleh main hold-hold ke? adess...time tu, aku rasa macam nak terkam je mana-mana jantan kemudian buat agreement kahwin kontrak 6 bulan bagi menutup mulut rakan-taulan, jiran-tetangga, sanak-sedara dan menyenangkan hati ahli-keluarga aku.

terus-terang, aku bukan jenis yang percaya pada jodoh pilihan keluarga, aku juga kurang yakin pada jodoh arranged by friend even masih akan dipertimbangkan juga, memandangkan aku pasti yang sahabat aku boleh analyzed lelaki jenis apa yang match dengan character aku.

Dipendekkan cerita, aku berkahwin dengan lelaki pilihanku sendiri, lelaki yang aku berkenan walaupun aku tidak melalui zaman bercinta-cintan dengannya, bukan anak buah makcik Aina, bukan anak kepada abang makcik lat, bukan kepada anak pakcik pol, bukan juga anak pakcik berahim dan semua urusan perkahwinan itu adalah atas usaha aku dan suami (sekarang) ketika itu.  Aku akui keluargaku (adik,abang-abang,kakak-kakak, bapa) adalah keluarga paling hebat dan paling sporting bila mereka 'terpaksa' menerima pilihanku walau tidak pernah mengenali suami (sekarang)  sebelum ini.
Walaupun ada 'sedikit' keraguan mereka pada pilihanku tetapi akhirnya they were able to get through it, and accepted him as they supposed to be. They're just super -awesome!!.Thank's a lot to them.

Aku faham keraguan itu, mereka tidak mahu aku tersalah dalam membuat keputusan masa depan hidupku tetapi aku katakan pada mereka bahawa perkahwinan itu satu perjudian, ia bisa saja menjadi syurga tapi boleh juga menjadi mimpi ngeri.  Dan jika satu hari nanti aku terpaksa melalui kisah duka perkahwinan dan kemudian berpisah (dengan cara apa sekalipun ) dengan suami (sekarang), aku TIDAK AKAN MAHU menyesal memilih dia kerana dia adalah pilihanku, berkahwin dengannya juga pilihan aku, dan berpisah dengannya juga (samada rela ataupun tidak) juga atas keputusan aku (mungkin selepas beberapa sesi perbincangan). Aku telah memilih untuk diriku sendiri selama ini, dan ini juga bermakna aku telah memilih untuk menentukan takdir jodohku dengan dia dengan apa cara sekalipun, cuma aku mungkin terpaksa meminta belas kasihan kepada ayahku (terutamanya) dan juga kepada ahli keluargaku yang lain untuk kembali demi memulakan hidup dan nafas baru bersama mereka kalau itu berlaku...(back for good orang kata..hehe)

Dan jika aku bahagia di masa hadapan, aku bersyukur kerana aku telah menentukan dan memilih seorang lelaki yang telah mampu membahagiakan aku dan anak-anakku. Memang benar perkahwinan adalah satu perjudian,  kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi di masa depan,boleh jadi kita gembira dan bahagia selamanya dan boleh jadi sebaliknya,bukankah, hati manusia boleh berubah sekelip mata?..dan sekiranya aku gagal dalam melayari kehidupan sekarang, sekurang-kurangnya aku mampu belajar dan mendapat pengajaran akibat daripada keputusanku sendiri. Kerana aku telah membuat pilihan untuk diriku sendiri.

p/s : Selamat Hari Malaysia ke-48!!

Sunday, June 12, 2011

Mind your words mummy!

Hola!

Ini perkara normal bagi pasangan berkahwin campur, macam saya dan en.Hushband, kami masing-masing mahukan anak-anak sekurang-kurangnya faham 'mother-tounge' kami, kalau boleh bercakap itu adalah bonus paling besar!!

Tapi selain daripada hanya setakat faham, saya selalu mengimpikan anak-anak saya boleh berbahasa dusun..di rumah saya memang bercakap 100% menggunakan bahasa sabah kepada anak dan en.hushband, jadi mereka tidak punya masalah dengan itu, malahan dhani sendiri pun sudah pandai menggunakan 'grammar' bahasa sabah dengan betul, cuma kadang-kadang bahasa dhani akan 'mix' samada dengan bahasa sabah, bahasa dusun, bahasa melayu-kelantan, english, bahasa melayu-kl (means, 'a' for 'e' sound and so on) and a bit of thai languanges. Tidak mustahil dia confuse..tapi dia harus tahu, faham dan belajar semua itu untuk kebaikan dirinya sendiri.

Saya paling gembira, bila dhani yang baru 3 tahun 6 bulan sudah boleh 'adapt some of simple dusun words' , setiapkali saya dengar dhani guna bahasa dusun, terus-terang hati saya akan rasa bangga!!.. kembang lubang hidung wei!!! ..apalagi bila en.hushband juga faham dan kadang-kadang menggunakan perkataan dusun itu, maka bertambahlah lagi kembang lubang hidung saya yang kemek ni!!..

Cuma baru-baru ini,en.hushband tiba-tiba berkata pada saya "kenapa dusun words yang dhani cakap refer to something yang pelik-pelik, try check and list it out?" ..hairan, tapi tanpa banyak soal saya terus list out dusun words yang dhani selalu cakap...and it goes like :

santut ---------> seluar dalam
dungot --------> tahi hidung
bilas -----------> tahi mata
bihis -----------> air liur
lanai -----------> tahi telinga
langou ---------> hingus
kotoh! ----------> padan muka! baru tahu!
tanak diti!-------> anak ni! (hanya bila marahkan adiknya-which means, my words time marah anak)
siou la ----------> sorry lah!
mondou---------> hantu
tulun gitom -----> orang hitam, dan
tontolou---------> ?????...

hah????...kemudian saya bandingkan pula dengan bahasa melayu-kelantan yang dhani selalu cakap,

tubik ------> keluar
ma-ke -----> makan
aye --------> ayam
lenggok ---> leher
che-tong---- > gayung/timba

see??? nampak sangat bezanya kan?....semua jenis tahi ada,malahan private part pun dia tahu... saya memang tidak perasan selama ini dan baru sedar sebenarnya saya menggunakan istilah simple tapi ada antaranya yang membawa makna kurang sopan untuk disuarakan oleh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun lebih. Berbanding bahasa bapanya, perkataan yang digunakan ialah perkataan harian yang mudah,normal dan biasa digunakan.

Nampaknya, mulai hari ini saya perlu melatih diri dan belajar menggunakan ayat mudah yang mungkin lebih sopan sebagi permulaan untuk Dhani dan Rafael. Good Luck mummy!!!

pic : Google

Sunday, April 24, 2011

Bila suami gila bayang dgn perempuan lain

Dearest all,
ini cerita pagi ini tau..

Okeh, direct to the point..apakah perasaan anda sebagai seorang isteri / tunang / girlfriend kepada seorang suami / lelaki / boyfriend, bila dia memuji perempuan lain yang lebih cantik dari kita?..paling tidak pun hati pasti " tersayat kan"? apalagi bila dia memujinya bersungguh-sungguh depan kita...

Beberapa hari ini saya perasaan sneak preview untuk cerita bersiri House diulang berkali-kali dengan nama Huddy (House + Cuddy) di saluran astro, ch.701...saya dan En.Hushband memang peminat cerita bersiri itu dari mula dan tentunya tidak sabar untuk menonton siri terbaru mei nanti..

House M.D

Tiba-tiba....(perbualan seterusnya tidak di "translate"kan dalam bahasa malaysia standard)

En.Hushband : aik, house main pulok doh....
Saya : ya, started on mei bah itu..
En.Hushband : dok napok 13 (Thirteen) pun dale tu.. ( he means the sneak preview)
Saya : dia tiada sudah kali....ganti org baru la sudah tu..
En. Hushband : Saye...13 tu kalu tgk muko seksi gilo, mato dio tu..mano ado plakon tino lain mato gitu..comeeeeee laaa...
Saya : @%X!!*^#(&+>=!!! (dalam hati)

Siapa 13?..jeng..jeng..jeng...



tak jelas lagi?..

Inilah 13 dalam House M.D dan Quorra dalam Tron Legacy

Tau lah yang saya ni tak secome dio, modify macamana pun memang saya tidak akan kelihatan seperti dia, nak kata kelihatan, tutup mata sekalipun memang saya tahu yang saya tidak mungkin akan nampak seperti dia.....

Mau nya tak jelous, saya sendiri pun mengaku yang Olivia Wilde ni memang Cantik...tapi kalau nak puji sekalipun, agak-agak la wei...yang itu awak boleh tengok jee..yang bini ni, bukan setakat tengok, awak "dapat" sekali tau..siapa sepatutnya yang dapat pujian lebih? (",)v

p/s: wehh..awok ni tok leh napok tino come sikit, tahu dok will smith pun ada senyuman yang "membunuh" tau!...hahahhaha...

Tuesday, April 5, 2011

bila orang sabah kecek klate!

Satu petang, sewaktu berada di rumah abang ipar di Taman Samudra, Batu Caves, ketika itu rafa sedang menikmati nugget di tangannya dengan penuh khusyuk tanpa disedari dhanie telah memberi rafa makan serpihan gula-gula dari dalam mulutnya..(okay, don't blame me!..i didn't see him doing that) tiba-tiba, rafa terbatuk kecil,:-

En.Hushband : eehh...dah, adik nekat ..tengok yoo


Saya : apa?..(pause..)..bah, biarlah la ba dia..


En.Hushband : biar gapo, nekat dah nuu (muka cuak..)


Saya : (pause)...nekat apa? adik bukan tau apa pun...


**rafa batuk-batuk kecil lagi**


En.Hushband : berdiri kemudian mendukung rafa sambil "check" dalam mulut rafa. 


Saya : Kenapa tu?? (berdiri juga)


En. Hushband : nasib baik tak dok gapo dale mulut yoo, kalu nekat, tok leh nyawo lah..(muka sedikit masam)


Saya : Apa ba tu nekat? (blur!!!)


En. Hushband : laaa...tak tahu ko? (sambil gelak besar)

p/s: saya bercakap dalam slanga bahasa baku sabah plus dusun dalam perbualan harian dgn En.hushband & anak2, jadi adaptation untuk other languages will take time.