Wednesday, October 26, 2011

Don’t Copy,if u can’t Paste

Google
An inspirational speaker said:

“Best years of my life were spent in the arms of a woman, who wasn’t my wife.”
Audience was in shock and silence.

He added:

“She was my mother”
A big round of applause & laughter!

A very daring husband tried to crack this at home.
After a dinner, he said loudly to his wife in the kitchen:

“Best years of my life were spent in the arms of a woman, who wasn’t my wife”
Standing for a moment, trying to recall the second line of that speaker

By the time he gained his senses, he was on a hospital bed, recovering from burns of boiling water!

source : Married and Blessed

Saya tumpang sedih

google
terusik hati bila semalam saya sekali lagi mendengar satu kisah perceraian bekas rakan sekelas saya di kolej satu ketika dulu, kedua-dua mereka, kak hawa dan en.ram [bukan nama sebenar] adalah 'couple' satu kolej, ketika itu, kak hawa adalah rakan sekelas saya dan en.ram ialah senior kami, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya akan terjadinya perkara 'buruk' ini antara mereka, satu ketika dulu saya kira en.ram adalah lelaki yang paling understanding dan paling senang untuk bekerjasama, saya ingat en.ram pernah membantu menyiapkan satu assingnment subjek finance bila saya dan kak hawa kebetulan berada dalam satu kumpulan. Saya juga ingat kak hawa pernah meminta en.ram menghantar saya dan rakan serumah lain kerana hujan lebat ketika itu, saya ingat bila setiap kali kak hawa menumpang tidur di rumah sewa kami dan en.ram akan datang membawakan goreng pisang sewaktu mahu menjemput kak hawa keluar, saya memang ingat banyak perkara yang baik-baik tentang kak hawa dan en.ram sepanjang mengenali mereka sebagai pasangan kekasih satu ketika dulu.

Setelah menempuhi alam perkahwinan selama hampir 8 tahun, mempunyai empat orang cahaya mata dan yang kecil baru dilahirkan tahun lepas, saya terlalu terkejut dan amat terkilan bila semalam salah seorang sahabat baik, memberitahu saya khabar paling tidak menggembirkan itu. Sepanjang petang semalam saya asyik terbayangkan kisah cinta mereka di kolej dulu, dalam pada itu saya berfikir , sungguh tiada siapa mampu menjangkakan bila berlakunya sesuatu perkara apalagi bila kali ini sekali lagi, salah seorang kawan saya terpaksa melalui 'cerita' perit ini.

Balik dari kerja ingin sekali saya bercerita kepada en.suami perihal kak hawa dan en. ram kerana kami semua berada dalam kolej yang sama yang saya pasti dia pasti mengenali mereka berdua, sementelah kak hawa juga adalah batch intake dia, tetapi mulut saya tersekat. Saya tiada alasan kuat untuk menceritakan kisah sedih rumahtangga orang lain sebagai alasan untuk berbual.  Lalu saya diamkan saja walau hati saya 'bercelaru' dengan perasaan sedih.

Hari ini, saya masih terganggu dengan cerita itu, hati saya turut bersedih bila mengenangkan nasib kak hawa bersama keempat-empat anaknya, saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul, tapi saya juga sungguh-sungguh berharap agar kak hawa akan terus kuat mengharungi dugaan perit ini bersama empat jiwa kecil yang masih tidak mengerti kemelut antara kedua ibu-bapanya.

Kekesalan saya paling besar ketika ini ialah bila saya hanya mampu menuliskan kisahnya sebagai bacaan umum bila saya langsung tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk membantunya ketika dia sedang bergelut dengan perasaan dan kedukaan paling dalam ketika ini.

update : Name was changed upon requested

Monday, October 24, 2011

Terima Kasih

credit google
*ini entry lama - baru publish*

Semalam, aku dan seorang kawan lama yang baru bertemu setelah hampir 5 tahun, datang minum-minum di kedai mamak area cahaya, ampang.  Aku baru nak bersuara bila si-kawan panggil "tambi, order", aku diam je, si pekerja bangla cepat-cepat datang ke meja kitorang, aku minta Teh O Limau, si-kawan minta Teh-Tarik, tak sampai 10 minit mat bangla itu datang dengan teh o limau di tangan kanan dan teh tarik atas pinggan kecil sebelah kiri, sebaik je letak minuman tu aku dengan spontan 'tercakap' "Terima Kasih".

Si-kawan pandang penuh sinis, aku buat-buat tak perasan kemudian si-kawan bersuara "kau ni dengan bangla pun nak terima-kasih, dah memang kerja dia buat air, tak-payah tunjuk baik". Aku sedikit tersentap, tapi memandangkan tempoh 5 tahun tak jumpa aku rasa tidak berbaloi untuk aku bertekak dengan dia ketika itu.

Hari ini bila fikir balik, aku rasa kesal yang amat sangat sebab aku tak 'mampu' cakap pada dia ketika itu, bahawa 'terima-kasih' itu adalah penghargaan paling mudah untuk sesiapapun yang selayaknya dihargai, tidak kiralah dia tu siapapun, menghargai seseorang dengan terima-kasih tidak terbatas kepada mereka-mereka yang kelihatan 'sempurna' sahaja. Siapapun seorang manusia itu, bila dia melakukan sedikit kebaikan, dia layak untuk dihargai walau hanya dengan ungkapan seringkas 'terima-kasih'. Dan dalam situasi itu aku menghargai mat bangla itu yang membancuhkan dan kemudian menghantarkan Teh O Limau untuk aku nikmati keenakannya menyebabkan aku berterima-kasih kepadanya ketika itu.

Menjengkelkan sebenarnya bila ada manusia- seorang kawan- yang menganggap tarafnya lebih tinggi berbanding orang lain, apa lagi bila yang dijadikan perbandingan itu adalah seorang mat bangla yang datang merantau dan terpaksa mencari rezeki lebih di malaysia bagi menampung keluarganya di negara yang kurang mampu. Mungkin benar jika dilihat dari luaran si-kawan ini lebih serba-serbinya tapi mungkin jika di bandingkan hati dan peri kemanusiaan rasanya si-kawan ini jauh lebih hina jika dibandingkan dengan si bangla yang nampak dungu itu.

p/s : berharap agar si-kawan akan terbaca entry ini dalam FB.

Sunday, October 23, 2011

everything happens for a reason

credit[here]

Friday, October 21, 2011

the FATHER and a HUSBAND

Matinya seorang diktator!

credit : google
heboh satu malaysia bila presiden Libya, Muammar El Gaddafi [Muamar Gaddafi - 1942-2011] diberitakan telah meninggal akibat headshot dalam satu pertempuran di sirte [surt], seingat saya, saya mula 'kenal' Gaddafi ketika darjah empat bila saya membaca majalah Dewan Masyarakat milik kakak berkenaan kredibiliti Gaddafi dalam isu pengeboman Pan Am 103 di Lockerbie, scotland.

Sana-sini orang bersorak gembira bila tahu dia meninggal, mungkin malam ini kita akan lihat pula parti meraikan kematian Gaddafi sama seperti Osama ben Laden satu ketika dulu. Pada saya bila dilihat dari satu sisi, sejahat manapun dua ikon ini, Gaddafi dan Osama, saya tetap merasakan 'kenduri' besar-besaran bagi meraikan kematian mereka adalah tidak wajar.

Ya! bagi ramai orang mereka adalah "world most wanted people" tapi,sekurang-kurangnya jangan kita pernah lupa bila kegembiraan bagi kebanyakan masyarakat dunia bererti air-mata dan tangisan kepada anak-anak dan isteri mereka, pada anak dan isteri mereka berdua, mereka tetap adalah bapa kepada anak-anak dan suami kepada isterinya.

credit : Google
Every fighter has one fight that makes or breaks him -  [source]