Tuesday, November 1, 2011

percaya yang kau khianati

hi November!




Kekasih....
andai saja kau ingat
kepercayaanku adalah milikmu selama ini
andai saja kau ingat
kepercayaanku padamu bukan untuk kau persiakan
andai saja kau ingat
kepercayaanku tanda aku menyanjungmu selama ini

Lalu kekasih...
mungkin kau lupa, alpa, lalai
lalu, kau ukir janji pada yang lain
dan khianati 'percayaku' selama ini

Kekasih...
hati itu tahu rasa sakit
hati itu bisa rasa pilu
hati itu mampu rasa sayu
hati itu telah rasa layu

kerana, saat kau khianati kepercayaannya itu...
sekali lagi, mungkin kau lupa..
bahawa untuk meraih kembali rasa percaya itu
tidak akan mampu kembali sama seperti dulu...


TDS, Sentul,011111
2:49am

- Trust is like a vase.. once it's broken, though you can fix it the vase will never be same again -


Monday, October 31, 2011

emosi kacau!

Google
beberapa hari ini emosi aku agak kacau-bilau sedikit, tambah-tambah lagi bila classmate aku masih dalam tempoh bergelut dengan perceraian, sedih sebab aku kenal kedua-dua mereka ini. Minggu lepas pula aku berkesempatan bersosial dengan beberapa rakan ofis lama - termasuklah dua orang teman berjantina lelaki yang masing-masing sudah berkahwin, sebenarnya kebetulan terjumpa di satu tempat lalu kami ambil keputusan berbual-bual panjang bertanya khabar, tapi dari setakat bertanyakan khabar, perbualan kami mula berkisar kepada kehidupan peribadi masing-masing.

Antara kami semua hanya seorang daripada rakan lelaki tu yang isterinya baru mengandung anak pertama, yang lain semua punya dua orang anak sekurang-kurangnya, tiba-tiba salah seorang rakan lelaki itu mula berkeluh-kesah saat bercerita mengenai kehidupan peribadinya, dan kemudian dia memberitahu dia mula terkenangkan kekasih lamanya yang kini sudah menjanda, sejak-sejak selalu berchatting di FB- aku terkedu, dan bila terang-terangan dia mengaku dia sudah tawar hati kepada isterinya, aku kaget! - bisa sungguh penangan FaceBook ya! - lelaki yang sudah punya dua anak masih bisa goyah hatinya saat 'terjumpa' bekas kekasih lama walau hanya di alam maya.

Aku yang masih terasa tempias keretakan rumahtangga rakan sekelas itu kemudian dengan sinis bertanya kepada rakan lelaki terbabit, tidakkah dia mencintai isterinya sekarang? dan dijawabnya dia sudah bosan dengan isterinya itu, bila ditanya kenapa dijawabnya isterinya itu buat perangai macam-macam, curiosity yang tinggi buat aku terus mengasak rakan lelaki ini, rakan-rakan perempuan yang tiga orang juga nampak benar ingin tahu, yang nyata kami berempat [perempuan dan isteri] mula terasa bahang panas di kerusi masing-masing.

Si lelaki itu kemudian bercerita mengenai isterinya yang serba-serbi kurang, kononnya tidak pandai mengurus suami, tidak pandai bersolek, tidak pandai mengurus rumah. Hati tiba-tiba panas, aku akui aku mula penuh dengan emosi- aku mula menyoal dia seperti lagak seorang inspektor, macam-macam benda aku tanya, rakan-rakan perempuan saya sekali-sekala menyampuk, cuma bila kami [perempuan dan isteri] menyoal kenapa dia memilih untuk mengahwini isterinya dulu, dia terdiam lama, kemudian berkata " aku nampak dia adalah perempuan yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai isteri ketika itu". Maksudnya, isterinya itu adalah pilihannya sendiri, perempuan yang dikahwini atas persetujuan hati dan perasaannya, dia memilih perempuan itu as the best.

Geng perempuan mula memonopoli perdebatan, aku katakan dia sepatutnya telah menerima semua kekurangan dan kelemahan isterinya kini kerana dia sendiri telah memilih perempuan itu, memanglah manusia kalau kita mencari perkara yang buruk sahaja pasti kita akan sentiasa melihat keburukan dan begitu juga sebaliknya. salah seorang rakan perempuan aku berkata " antara pengorbanan isteri yang paling besar ialah bila isteri itu memilih untuk mengandungkan anak dia dan kemudian bertarung nyawa melahirkan anaknya" seharusnya dia perlu berterima kasih yang tidak terhingga kepada isterinya atas kesanggupan itu.

Kami sepakat berkata, dia- si rakan lelaki itu seharusnya tahu bahawa dengan memberitahu perihal buruk isterinya itu kepada kami adalah satu penghinaan maruah paling besar pada seorang isteri, rasanya semua isteri pun tidak mahu suami mereka bercerita perihal rumahtangga apalagi tentang kelemahan seorang isteri, mungkin perlu ada sedikit perbincangan antara mereka, si suami tidak perlu tergesa-gesa jump into any conclusion dan si isteri perlu tahu perkara yang perlu 'dibetulkan' dalam rumahtangga mereka. Cuma si suami salah bila dia mencari 'remedy' dan beralih kepada perempuan lain saat rumahtangga punya masalah dalaman, lari bukan penyelesaiannya, bro.

Jadilah lelaki dan suami yang sebenar dengan berhadapan pada situasi, yakinlah bahawa satu-satunya suri yang ada dalam rumah itulah yang menjadi pendamping jiwa dan peneman raga yang sebenar, kami [para isteri] tidak akan pernah lari jauh dari sang suami jika suami selayaknya menjadi lelaki yang sebenar - menjaga isteri sebagai AMANAH dan menjadi ketua-rumah sebagai TANGGUNGJAWAB.

Sunday, October 30, 2011

well said

Do we not realize that in order to find a soul
It doesn't happen over night
if truth were to be told

Like everything in life that's hard to achieve

Ingatan dan pengajaran untuk diri sendiri



cerita hati itu

Cerita hati tidak pernah ada hentinya
ada ketika cerita itu berbunga bahagia
ada ketika ianya penuh kesakitan