Thursday, March 14, 2013
my reading moment
Semalam saya mula membaca online book melalui Wandering Scribe, jadi kepada sesiapa yang mungkin berminat dan mahu membaca saya kongsikan dengan anda semua ini , sangat bagus untuk mereka yang tidak punya banyak ongkos membeli gadget pelbagai aplikasi seperti saya.
Sekadar berkongsi.
Wednesday, March 13, 2013
Tuesday, March 12, 2013
Saturday, March 9, 2013
Aku pilih bahagia
Sudah lama sebenarnya kepingin menulis best-best. Memang sangat kepingin. Besar jasa menulis pada aku selama ini. Kalau bukan sebab menulis mungkin aku tidak mampu menjadi seperti sekarang.
Mungkin keadaan akan jadi lebih buruk dari yang sedia ada. Mungkin juga yang terburuk seperti yang memang ada.
Tapi kerana menulis aku sekurang-kurangnya sedar dan sentiasa jaga pada keadaan semasa. Yang buat aku mampu melihat lebih dari apa yang aku mampu lihat. Yang buat aku timbang-menimbang banyak perkara sebelum semuanya bermula.
Ada kala menulis beri aku lebih ruang untuk diriku sendiri, ruang untuk menjadi aku tanpa ada siapa-siapa di samping, ruang untuk melihat aku sebelum,selepas dan masa depan, ruang untuk aku mengukur siapa aku sebenarnya.
Mereka kata aku kuat, mereka kata aku mampu harunginya, mereka kata aku tabah. Siapa mereka untuk judge aku begitu?
Aku telahpun jatuh, malah sudahpun puas menangisi kejadian. Aku sudah lama rapuh dan masih terus bertahan agar tidak berkecai.
Yang jadi kekuatan hanyalah si- para pelangi hati tentunya. Dan picisan-picisan tulisan yang aku jadikan sebagai sang pemujuk hati,pelunak jiwa yang sarat lara.
Itu sebab aku terus menulis kerana tulisan itulah gambaran segala hikayat, perjalanan sebuah riwayat.
Dan saat ini aku semakin melihat cahaya. Sinar yang bagi aku harapan mudah dan senang. Teruskan dengan apa yang aku ada sekarang ini kerana itu nyata memberiku bahagia...biar sedikit.
Wednesday, March 6, 2013
Ada
dalam serpih-serpih cahaya
dan gerak-geri halus benda-benda
tersimpan rahsia
mengapa kita ini ADA
-Andrea Hirata-

