Saturday, April 23, 2011

Bagaimana menjadi Follower yg sebenar?

Dearest all,

sumber : google
Bagaimana untuk menjadi follower yang sebenar? okeh...First of all,sebelum ini saya pernah menulis tentang ini dan sekali lagi saya menulis perkara yang sama dengan kisah yang berbeza...(emm...macamana tu...??)

Sebenarnya, sebagai blogger baru, mempunyai follower yang ramai merupakan impian pertama selain daripada mempunyai blog yang berkualiti dan yang bertraffik tinggi..terus-terang saya katakan sebagai blogger baru dengan follower yang tidak ramai saya akan "selalu" berblogwalking dengan harapan untuk mendapatkan follower baru..(macam minta belas kasihan pulak...), kerana sebab ini lah juga istilah "i follow u, u follow me back" muncul...bayangkanlah bermula dari diri sendiri sebagai follower kemudian adik-beradik,saudara-mara, rakan-rakan dan akhirnya teman-teman blogger...itupun sebab join segmen-segmen yang dianjurkan blogger otai , baru ada orang nak follow kita sebab kita follow dia juga, nasib tak baik orang tu unfollow sebab rasa kita ni tak "se femes" dia, maklumlah follower nya sudah 5++ orang tapi follower kita??? huh! ciput jee...takat 5+ orang je...itupun yang follow pun lebih kurang je followernya jugak....adesss...

Bila dalam keadaan ini, selain dari terasa sedikit kecewa, kita sebenarnya juga merasa malu dan segan...ye lah, dengan follower yang 5+ saja tu, tentunya kita "alert" siapa yang telah un-follow kita...bukan susah pun nak tahu siapa kan? ..walaupun kadang-kadang kita sebenarnya follow dengan ikhlas...

Tapi seperti kebanyakkan bloggers otai tulis, biarlah kurang follower yang penting trafik naik dan isi berkualiti..well, walaupun saya percaya begitu tapi saya juga yakin, follower yang ramai juga merupakan salah satu cara untuk melihat sejauh mana blog tersebut telah berjaya, tidak percaya??? cuba tengok berapa jumlah follower mereka????....rasanya adakah kita mampu untuk meraih follower seramai itu?...

credits : google
Honestly, sebagai bloggers baru, saya juga ada pendapat sendiri tentang follow-memfollow ini, biasanya ketika saya berblogwalking, saya tend to follow blog yang tidak ramai followernya...kenapa? saya juga pernah bermula seperti mereka, saya menganggap mereka juga ada kemahuan untuk difollow tanpa paksaan kerana walaupun tak ramai tapi sebaik saja terlihat jumlah follower yang bertambah mereka pasti merasa seronok dan suka...

So, to all readers...mungkin akan ada yang mencebik dengan entri ini, tapi jangan cuba nafikan sesuatu yang jelas kerana ini juga adalah kenyataan yang tersirat...terima kasih

p/s : tak mau hipokrit...

My Very 1st Pap Smear Test

Dearest all,

Pagi ini saya telah menjalani ujian Pap Smear atau ujian papanicolaou buat kali pertama, sebelum ini saya seringkali mendengar mengenai Pap Smear tapi saya tidak pernah tergerak hati untuk melakukan ujian tersebut, lagipun ramai daripada kawan-kawan saya mengatakan bahawa ujian itu menyakitkan. Mungkin juga wujud perasaan malu, kerana saya tahu ujian itu adalah dengan mengambil spesimen bahagian dalam faraj.

Walaubagaimanpun, menyedari akan risiko yang dihadapi iaitu Kanser serviks, maka saya memberanikan diri untuk menjalani ujian tersebut itupun selepas Rafa berusia setahun sebulan...awal mac lepas saya sendiri bertanyakan mengenai ujian itu ketika lawatan rutin klinik rafa...

Selepas melakukan beberapa carian maklumat,Q & A dengan beberapa orang yang bertauliah dan pembacaan daripada pelbagai sumber infosihat, berikut adalah maklumat yang saya boleh kongsikan bersama:-

Ujian pap smear sepatutnya dilakukan oleh semua wanita bermula setelah mereka melakukan hubungan intim atau berumur 25tahun hingga 65 tahun keatas, tapi bagi wanita yang telah melakukan pembedahan rahim & serviks (histerektomi) mereka tidak memerlukan ujian pap smear tetapi bagi wanita yang hanya melakukan pembedahan membuang uterus tanpa membuang serviks (histerektomi subtotal) mereka masih perlu melakukan ujian ini secara berkala.

Berikut adalah proses dan prosedur sebelum, semasa dan selepas ujian itu dilakukan.

Sebelum Prosedur
i. Jangan lakukan hubungan intim dengan pasangan sekurang-kurangnya dalam tempoh 24jam sebelum ujian.
ii.Elakkan daripada sebarang penggunaan ubat dalam faraj dalam tempoh 24 jam / sehari sebelum ujian. Sebagai contoh ubat anti fungal, pessary, ubat maajun, krim vagina dan sebagainya.
iii. Elakkan daripada menggunakan tampon
iv. Paling sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga ke-10 selepas hari pertama haid.

Contoh alat yang akan digunakan untuk pengambilan spesimen ialah

Pap Smear Kit / Gynecological Kit
 Semasa Prosedur

i. Saya diminta untuk berbaring dengan lutut dibengkokkan dan dinaikkan, lebih kurang seperti gambar di bawah,


2.Saya diberitahu untuk relax dan jangan kemut semasa proses pengambilan spesimen, iaitu ketika kit dimasukkan ke lubang faraj. Spesimen diambil seperti ini,



3. Dalam tempoh kurang daripada 15minit, semuanya Selesaii!!!!

Selepas Prosedur

1. Pakai pakaian anda & nurse akan memberitahu anda, keputusan ujian akan diketahui dalam tempoh 2 bulan. Bayaran?? percuma...jika dilakukan di klinik-klinik kerajaan terpilih dan lebih kurang dalam RM60 keatas untuk klinik swasta.

Kesimpulannya

Langsung tidak ada rasa sakit sedikitpun yang ada hanya rasa sedikit tidak selesa semasa dimasukkan kit tersebut dalam faraj. Mudah kan???

sumber : www.metromaternity.com/papsmear_m.html

p/s : kepada sesiapa yang mahu menjalani ujian ini dan tinggal sekitar sentul/bandar baru sentul dan sekitarnya ujian pap smear boleh dilakukan pada setiap hari Jumaat jam 7.30pg - 10.30pg dan Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 jam 8pg - 10.30pg. Bayaran Percuma..Jommm!!  (i've been asked to promote this!)


Friday, April 22, 2011

Trend bahasa Standard terkini!! (Bahasa Jiwa Bangsa)

Dearest all,

  • "seyies gilew wei, aq pon x taw naper jd cam tue, dye dh gilewww kot!, " 
  • "naper r pakwe aq ni borink gileww, tensen tol aq "

Hebat kan bahasa budak zaman sekarang?? bahasa standard dalam Kamus Dewan pun boleh dimodify kepada bahasa rojak ..Mungkin anak remaja sekarang mahu kelihatan "cool" dan hebat dengan menggunakan bahasa rojak tersebut tapi tanpa disedari yang kebiasaan ini mampu memberikan impak kurang baik pada bahasa melayu standard yang diguna pakai sekarang ini. Sebagai generasi terdahulu saya akui ada kekeliruan bila membaca status dalam Facebook, Twitter atau SMS yang menggunakan bahasa rojak seperti diatas. Mau tak berpinar biji mata membaca ayat-ayat dengan ejaan yang sebegitu..

Mungkin sekarang, trend sebegini dilihat hanya sebagai satu alternatif  anak muda yang mahu "berkarya" dengan kreatif , memanipulasikan bahasa standard menjadi bahasa rojak, tapi pernahkah ada yang terfikir akan kesan penggunaannya dimasa akan datang, terutama sekali kepada kanak-kanak yang baru mahu belajar mengeja dan membaca?

Bayangkan kalau 5 tahun dari sekarang cikgu bahasa melayu akan memeriksa karangan budak sekolah yang seperti ini :

sye bercite2 nk jdi seorg engineer yg berjaye bilew besaw nnt, olh itu sye mst blaja bersunggoh2 mulai dr skunk..bla..bla..bla...

Rasanya, Tidak mustahil kita akan mendengar mengenai masalah kekurangan guru bahasa melayu kerana ramai cikgu yang akan bersara awal sebab migrain !!

p/s : kepada cikgu-cikgu sekelian...teruskan berjuang untuk memartabatkan bangsa dan bahasa!!

Thursday, April 21, 2011

Blog bukan pengganti Facebook

Hi readers,

Selepas ura-ura Mark Zuckerberg akan menutup lama sosial Facebook sebelum ini, trend berubah dimana  ramai yang beralih kepada blog sebagai alternatif pengganti Facebook....mungkin mereka menjangkakan yang blog juga seperti Facebook boleh add friends, ada comment, orang like dan boleh buat macam-macam lagi.

Blog tidak mungkin akan dapat menggantikan facebook, secara teknikalnya pun facebook dan blog juga berbeza,  bukan bermaksud saya menyukai facebook lebih daripada blog kerana saya juga kurang berfacebook berbanding berblogging.

Tidak dinafikan blog juga merupakan salah satu medium bertemu dan berkenalan dan "beramah-mesra" dengan ramai orang tapi berbeza dengan Facebook kemungkinan untuk berkenalan dan bertemu orang lain lebih mudah,senang, dan "suka hati". Seperti....

boleh cari mana-mana selebriti & add..cthnya: David Beckham...
kalau nasib baik,boleh "friend" dgn DB yang boleh ckp melayu...trylah..! ;)


 Status seseorang itu boleh dikenal pasti melalui...

melalui relationship status ...


atau......

so, got another chance ?


atau....
salah satu cara paling "selamat" untuk bergaduh atau memaki atau berkurang-ajar dengan orang lain...

insulting each other openly..

 dan..

gaduh-gaduh + maki..
 juga...

Salah satu platform untuk manusia-manusia yang "baik hati" ini menimbulkan kemarahan dengan tidak mengendahkan sensitiviti pihak lain...

create page dgn tujuan utk menghina seperti ini....

Dan semua ini akan hanya kita temui dalam FB rather than blog...


CHERNOBYL : Kota yang mati kerana NUKLEAR

Dearest all,


Semalam di beritakan bahawa letupan radiasi Jepun adalah sama dengan apa yang berlaku di Chernobyl, Ukraine 1986...bayangkan sehingga ke hari ini Chernobyl ialah kota mati yang ditinggalkan sejak berlakunya letupan radiasi  pada 26 April 1986 bahkan radiasi nuklear itu masih boleh dirasakan sampai sekarang..




















Adakah perkara sama akan berlaku pada Fukushima, Jepun ?

p/s : Kalau tak silap malaysia pun ada cadangan nak buka loji nuklear satu ketika dulu, kalau Jepun negara maju yang berteknologi tinggi itu pun berhadapan dengan ancaman yang pelbagai ketika ini, bagaimana pula kalau malaysia ada loji nuklear yang meletup???

** Tak tahu apa kaitannya, tapi setiap kali saya baca/dengar kisah letupan radiasi ini, mesti terbayang cerita filem "The Hills Have Eyes" ...takooottt...**