Showing posts with label Addiction. Show all posts
Showing posts with label Addiction. Show all posts

Thursday, April 30, 2015

Buku - The fault in our stars

aku baru habis baca buku " The fault in our stars" tulisan John Green. Kisah Hazel Grace dan Agustus Waters, kisah cinta dua orang remaja yang mengidap kanser.

Well, sebenarnya aku baca yang versi melayu, translate by Fixi. Tapi, sebab aku kira penggunaan bahasa melayu dalam buku itu agak ranggi jadi aku ingat nak beli buku versi inggeris pula nak tau samada ianya betul-betul ranggi seperti dalam terjemahan.

kalau sekadar nak menghayati buku itu dalam terjemahan melayu, aku kira bahasa yang digunakan agak kurang memberi kesan dan kalau nak aku komen pasal bahasa versi inggeris tunggulah nanti lepas aku beli dan baca.

Tapi, aku suka jalan cerita dia, tak berat dan sesuai dengan umur-umur watak dalam tu.Oleh kerana aku tahu ada filem adaptasi dari buku dan seperti kebiasaanya sambil-sambil membaca aku sambil-sambil membayang juga waja-wajah watak dalam buku ni. Aku duk bayang Hazel Grace tu perempuan berambut kuning yang kurus, pucat tetapi menarik. Dan aku bayang Gus tu adalah pelakon yang bawa watak Hank dalam filem x-men: first class.

lepas tu aku google, then aku dapat ni.

hampir sama cuma rambut tak sependek ini dalam bayangan

kemudian,

berwajah nerd dan polos.

Tapi sebaliknya,

????

Kecewa jugak lah aku bila tengok watak si Gus tu, Tak kena langsung dengan taste aku, lagi-lagi tengok cara dia senyum tu.Errrrrkkkk.............

Apapun, storyline buku ni simple je. Jenis yang tak perlu fikir banyak-banyak walaupun state of emotions cerita dia boleh tahan jugak. Dan yang paling aku suka ialah buku ni bagi aku reason untuk sambung balik baca The Diary of a Young Girl oleh Anne Frank. 

Nanti kalau ada masa aku review lah juga buku ni, tapi lambat sikitlah kot almaklumlah aku ni kan baru berjinak-jinak dengan novel inggeris.


Monday, May 26, 2014

EDENSOR - ANDREA HIRATA

"Jika ingin menjadi manusia yang berubah, jalanilah tiga hal ini: sekolah, banyak-banyak membaca Al Qur'an, dan berkelana." 

Wednesday, November 9, 2011

Sorry Guys :'(

Friends,
i will be away from today till this Friday, for some 'undeniable' tasks..see you guys soon.

Google
 Lots of Love,
didamumin.blogspot.com

p/s : sudah terlambat ...tapi nak wish jugak..Selamat 'belated' Aidiladha semua... :)

Wednesday, October 5, 2011

Go train-train, Leave your brain - Vroom

i'll give you just one example: T. With this letter Americans have four different sounds. T can be silent, so "internet" becomes "innernet" and "advantage' becomes "advannage." Another way is when T and N merge- 'Written" becomes "writn" and "certain" becomes "certn." The third sound is when T falls in the middle. There, it sounds like a D-"daughter" is "daughder" and "water" is "wauder". The last category, if you still care, is when Americans say T like a T. This happens, obviously, when T is at the beginning of the word like "table" or "stumble". And this is just one consonant. The vowels are another story. - one night @ call center, Chetan Bhagat, pg.45

credit : Google

p/s : i just realized...

Saturday, October 1, 2011

pendek

pic credit to Google walaupun sekadar hiasan.... ;)
Akhir-akhir ini saya perasan, saya sudah tidak pandai tulis pendek-pendek..kadang-kadang rasa boring pun ada sebab boring menaip banyak-banyak dan panjang-panjang, kalau boleh mahu buat entry yang simple, ringkas dan pendek.Tapi bila terfikir nak tulis pasal sesuatu mesti rasa tidak puas hati kalau tidak membebel, paling kurang pun, mesti rasa mau menceceh sikit..bukan banyak point pun kadang yang lebih-lebih tu sebab saya saja-saja nak exaggerate :), nampak lebih gempak, lebih umpphh, lebih kawww... Kalau tulis sajak bolehlah pendek-pendek tapi takkan hari-hari mau layan sajak kan...A.Samad Said pun tak posting sajak hari-hari, itu sasterawan negara, yang bukan wan-wan macam saya ni? Hmmm....

p/s : Percubaan entry pendek, tapi serious..memang tidak puas hati! :'(

Wednesday, September 28, 2011

Hectic

Dua minggu ini hidup saya agak kalut dan tidak teratur, kondisi kesihatan anak-anak yang agak terganggu meyebabkan saya terpaksa menghabiskan banyak masa di rumah menjaga mereka berdua berbanding bekerja, kemudian tasks yang sedia ada menambahkan lagi bebanan dengan beberapa kursus yang wajib dihadiri oleh saya, tidak memberi saya ruang waktu yang banyak untuk membalas comment, mencari idea menulis ataupun blogwalking.

Kerana kekangan idea untuk menulis saya kemudian membaca novel Five Point Someone by Chetan Bhagat, novel yang diadaptasi ke filem dengan tajuk 3 idiots, walaupun antara filem dan buku ada beberapa perbezaan major tapi saya masih menganggap kedua-kdua (filem dan Novel) adalah sama menarik, heartbreaking and wonderfully entertaining.

credit : Google

Misi seterusnya adalah membaca buku Fidel : a critical potrait by Tad Szulc, tapi mungkin kerana exhausted saya terpaksa berhenti membaca, kebetulan pula buku biography Castro yang agak 'berat' dan memerlukan 'ruang' yang besar untuk memahami jalan ceritanya, lagi-lagi bila bab tentang socialisme to communisme, jadi saya hold kejap buku ni.

Pilihan paling mudah ialah, turn to Chetan Bhagat novel back again bertajuk one night @ The Call centre, first page, menarik dan saya tertarik untuk terus membaca...keep up! :)

p/s : ramai tanya bila masa saya membaca those books, buat urusan rumah-tangga dan berblogging sedangkan saya ada dua anak lelaki yang masih kecil dan terlalu aktif dan lasak untuk dijaga, rahsianya : saya ambil masa buat semua perkara tersebut lepas anak-anak tidur dan pasti akan terpaksa tidur lewat, itu sebab waktu rehat di ofis saya mesti akan spent 15-30 minutes for a little nap...hahaha..kalau sesiapa berminat nak cuba..trylah! ;-)

Monday, September 5, 2011

currently : Chetan Bhagat

pic credits : Google
2 states the story of my marriage

Terima kasih kepada satu-satunya adik saya di dunia : mr.Hanh, yang terpaksa beralah dengan saya kerana buku ini dan beberapa buku Chetan Bhagat yang lain :)

Tuesday, August 2, 2011

struggle myself with this

Howdy peeps!

by : Peter Gottschalk & Gabriel Greenberg


I am still struggling myself to read this book, i was planning to finish it by the end of Ramadan but handling home, kids and office task all by myself is quite tiring. Pffftttt.

Happy fasting and stay blessed everybody! ;)

Sunday, July 24, 2011

Craving for Facebook!

Howdy peeps!

saya = aku

Ini adalah status FB aku yang terbaru @ rabu, one "annoyed" words @10:26am - (not including blog promoting)



4 comments. 2 from my bestie/cousin JC and 2 replied by me.

Aku memang jarang update FB sebabnya aku tahu aku tidak punya banyak benda untuk di sharekan setiap hari kerana FB requested us to share something on our mind by asking 'What's on your mind?' everytime we login to it.

Biasanya aku spent 30 minutes - 1 hour (pun jarang-jarang sekali) to check into my FB account berbanding blog yang aku boleh spent straight 3 hours.either writing new post, read other blogs or just go for blogwalking. Semestinya, blogging is much more fun rather than facebooking or twittering, sebab either FB or Tweet, dua-dua tak boleh tulis panjang-panjang which somehow very annoying.

Annoying?yes..it is!! macam ni.

Ada satu masa aku ternampak news feed from someone-a guy - yang ditulis begini.."kalau chat online tapi tak nak chat, baik tak payah online langsung!!!!", dan seperti biasa, he got few comments from friends, yang support his noob + pathetic statement. Serious, mungkin bagi dia every friends of him yang available on chat wajib untuk berchat terutamanya dengan dia?..oo emm jay...kau ingat kau tu siapa? artis ke? sampai semua friend lists kau yang sedang online wajib kena berchat dengan anda?....come on dude! Malaysia is a free country, lantak dia lah nak chat dengan kau ke tak? itukan hak personal, desperate sangat ke sampai perlu paksa orang untuk chat dengan kau?kalau kau ni fun to talked with takpe jugak, dahlah fake-person pula tu! nampak kat luar macam 'good-boy' je, tapi dalam FB kalah mail lambung...??
Lepas tu bila kita comment lebih sikit, dia rasa 'butthurt' dan terus disable comment on his wall..kah kah kah..so childish besides it makes him looked so immature and so narrow minded.


 


Ni lagi satu hal, aku selalu sangat jumpa profile info yang macam ni...mentang-mentanglah industri hiburan  demam K-Pop terus je taruh bahasa korea dalam lists, sedangkan cuma tahu nyanyi satu atau dua lagu big bang atau wonder girls dalam bahasa korea je, fahamnya idak...kesian sebab perasan. Mungkin bila dia listkan banyak-banyak bahasa international dalam profile fb dia rasa hebat, tapi bila tengok post status atau cara dia berbual /comment it was obviously not multi-languages at all, normally it was in bahasa melayu and some broken english..yang Arabic dan korean-nya?? kan lebih baik menjadi diri sendiri yang sebenar, orang lagi respect daripada pretending to knows everything when you're not.. kalau pandai katakan pandai. kalau tak pandai mengaku jelah Loser!

Terus-terang aku pun pernah melalui zaman kemaruk FB, kalau boleh semua nak bagitau, pagi tadi makan nasi lemak sambal pedas gila, tengahari makan nasi goreng kampung dah lah belacan banyak ikan bilis sikit pulak tu atau hari ini pakai blouse kaler pink baru beli semalam RM 29.90 di Top Girl,pertama complex dan sampaikan berak sembelit tahi berapa ketul keluar pun nak cakap..tapi makin lama dengan fb aku terfikir, aku sedar dan rasa tidak ada keperluan pun untuk aku bagitau semua orang tentang apa yang aku buat atau lalui setiap hari, ye lah status dan info-profile kita ni orang boleh baca dan ada yang akan ingat sampai bila-bila tau, jangan fikir syok sendiri je.

Memanglah, orang akan kata ni page aku, so, suka hati akulah nak buat macamanapun, ooo...jangan silap, ini namanya social network, it is when you connect with people  that leads you to connect to other people and that other people means anyone and anywhere in this whole globe. Jadi berhati-hatilah dengan apa sahaja perkara yang anda sharekan dalam profile anda.

p/s: maaf pada yang terasa. 

Happy Blessed sunday! :)






Tuesday, July 19, 2011

Tegar

Howdy again!

Minggu lepas seorang teman se-ofis, juga kawan, juga blogger secara tidak sengaja berkata dia sedang mengintai smartphone samada Samsung Galaxy atau HTC sekurang-kurangnya, bagi memudahkan dia update blog. Saya tidak berkata apa-apa tapi dalam hati ada juga terdetik sebenarnya bila dengar dia berkata begitu. Kan mudah, mana-mana, bila-bila..boleh jee update blog. Pitt - lepas ni samsung ko yang ada tu let-go kat aku je, okeh!.. ;)

















p/s : Sedang berdoa dalam hati, minta-mintalah time saya tengah berjalan-jalan di luar tiba-tiba jatuh satu smartphone dari langit atas kepala saya. Aminn...

Tuesday, July 12, 2011

Don't judge the book by it's cover!

Happy Tuesday!









untuk lebih menjiwai saya letak gambar Fidel Castro..^_^
Dari sebuah buku yang 'togel' saya habiskan masa tengahari saya dengan memakaikannya 'baju'. Berbaloi!!..walaupun kulitnya tidak seberapa, but at least it is covered now... ^^

p/s : pencinta buku...

Sunday, July 10, 2011

saya semakin 'kebas'

Happy sunday peeps!

Saya sepatutnya telah selesai membaca sekurang-kurangnya satu daripada empat buah buku dibawah, tetapi kerana disebabkan oleh perkara yang saya kurang pasti kenapa, tiada satupun antara novel-novel ini yang habis.


nampaknya saya perlu untuk melakukan sesuatu pada diri sendiri kerana saya semakin 'kebas' pada diri saya sendiri. Teruskan berusaha dan semoga berjaya dida!!

Tuesday, July 5, 2011

My all time MOVIES

Happy tuesday!

OK, ini adalah list of all-time-movies of mine  yang saya tidak akan pernah lupa dan sanggup untuk menonton biar bekali-kali pun:

First time tengok movie ini time umur 13 tahun di tv RTM, kerana terlalu suka, saya sanggup tipu abang saya minta duit beli pirated cd's worth RM10.
Saya tidak tahu nak elaborate macamana tapi overall ini adalah cerita yang paling-paling-paling saya suka-sangat suka dan terlalu suka!, bukan hanya kerana saya adalah peminat Morgan Freeman, tetapi jalan ceritanya yang menarik, bermula dengan Andy Dufrense yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh isterinya yang curang, kemudian bagaimana dia berhadapan dengan kehidupan dalam penjara, berkawan baik dengan Ellis 'Red', yang akhirnya berjaya melepaskan diri dengan mengorek tunnel dari dinding selnya dengan hanya  menggunakan tukul kecil, dan membawa bersamanya semua aset dan wang rasuah warden penjara yang diuruskannya selama itu.
Tengoklah berjuta kali pun, this film was always on my TOP lists, saya tidak akan pernah boring dengan cerita ini...!. Kalau ada yang ingat trademark menulis "??? was here", itu adalah Ellis Red yang menulis "Red was Here"  dalam cerita ini. It's all about HOPE!!   



Ini kisah benar Frank Abagnale Jr., penyamar yang berjaya menjadi Lecturer, Pilot dan Doktor seawal usia 19 tahun..antara filem yang saya sanggup untuk tonton berkali-kali.












Rancho?? oo..rasanya semua orang tahu filem 'box office' india ni, jadi tak payahlah saya cerita panjang-panjang kan?..still, Thumbs Up!
















Ok, then..i do watch The Godfather.....tapi tak tau nak komen apa...yang saya tahu ini cerita gangstar dan ada cerita tembak-tembak ...but this movie is still on my MUST watch again lists! ;)




















p/s : Schindler's List : will finish this book soon!!

Friday, June 17, 2011

New Header, New URL & macam-macam lagi...

Salam Peeps!

1st of all, saya mahu memuji seorang kaki karut berambut afro yang sangat kembang bernama si AKI kerana telah menyiapkan header cute saya dengan cepat sekali..

Ini adalah header blog si Aki karut

memang header ini tersangat simple tapi juga tersangatlah cute!....as per requested oleh saya yang perasan cute..hehehe...

Anyway, a big 'million' thanks to Aki for this cute header so, sesiapa yang berminat please don't hesitate to contact him, kerana walaupun dia kaki karut tapi dia memang cool, funny and very easy to cope with ...tidak percaya...???...jangan segan dan malu klik above link to visit his page...^^v

Saya juga berjaya tukar URL page ini, tapi nampaknya saya kehilangan pelbagai widget dan perlu install balik..aduhai...Okay, sebelum ini blog ini guna www.theycallmeburud.blogspot.com tetapi kerana nama itu kurang santek maka saya tukar kepada www.didamumin.blogspot.com...tapi nampaknya linkwithin saya masih link dengan nama blog sebelum ini and i dunno how to fix it...huargghhhh....help me??anybody...!!!!

Lagi satu, almost forget to mention...my bro and his family came for his convo and 'cuti-cuti' malaysia today...yipppiiiii...happy nya saya...!!! tidak sabar mo peluk and sepak my bro...ahaks!!!

So, im out of idea..till then! babai......

Thursday, June 9, 2011

Blog grunge @ Blog sepoi-sepoi bahasa

Salam Peeps!

Semalam ialah WW saya yang kedua, pagi ini saya mencari sesuatu tetapi bertemu dengan e-penis...duh!, saya ketawa...mungkin entry itu nampak bodoh dan dungu..macam sampah!!!...saya tidak kisah!..yang penting saya ketawa...hahahah.

Time tiada mood dan idea saya suka 'berjalan-jalan' ke blog lain tapi for certain blog only, biasanya saya suka melawat blog yang ala-free thinker atau blogger yang bermulut cabul atau blogger yang otak blue atau blog yang tidak sefamous BenA, HanisZ, YuyuZ, FatinL. Blog ini tidak pernah cerita pasal trafik, tidak kisah pasal BE, tidak peduli follower ribun-riban, tidak ambil pusing pun kalau orang kenal dia atau tidak. Tapi saya suka!!! mereka ada value sendiri yang menyebabkan mereka tetap dikenali.

Saya paling suka pada blog yang bahasanya sepoi-sepoi, indah dibaca dan sedap didengar, ayat-ayatnya menusuk dan seakan membelai jiwa. Klasifikasi orang seni katakan, tapi memang, kadang-kadang entry pendek , ayat cuma sebaris-dua, tapi menarik dan pembaca tertarik. Genre blog seni ini tidak ramai di 'pasaran' sebab orang seni melihat 'dunia' dalam kesenian, bukan kerana trend!

Sebenarnya, setiap hari ada saja blog dan blogger baru yang timbul, masing-masing dengan 'idealogi' blog sendiri, ada yang bertahan dan ada juga yang hangat-hangat tahi ayam, Lumrah!!!. Saya sendiripun begitu, beberapa hari ini terasa 'blog-ngok' sekali, mungkin kerana terpengaruh maka saya menjadi 'ngok' pada diri sendiri, poor me!!!

Walaupun mungkin saya tidak mampu menjadi 'grunge' mahupun ' sepoi-sepoi bahasa', saya mahu terus disini, biar lama mana pun! ...kepada yang menyokong 'japanese bow' to you all, selamat berjaya semua!!!!

Tuesday, June 7, 2011

Blog sampah!

Dear all,

Entah kenapa hari ini perasaan saya tiba-tiba saja terasa semacam 'smooth'..macam sentimental..macam entah!, sambil-sambil tu saya belek-belek blog saya, hmmm....overall, terlalu biasa-biasa dan sampah!
Ya! itu yang saya nampak, itu yang saya rasa, dan itu yang saya telah present kepada semua yang datang kat blog ini.

Dulu saya pernah ada blog sendiri dalam wordpress, walaupun tanpa widget follower, tanpa shoutbox, tanpa iklan, tanpa macam-macam lagi tapi dalam blog itu saya puas dan suka kerana saya benar-benar menulis dari hati dan perasaan saya, saya menulis sesuatu yang saya lihat, saya rasa dan saya fikir, cuma bila kita menulis secara 'independent' entry memang tidak banyak, maklumlah menulis bila ada perkara untuk ditulis sahaja.

Berbeza dengan blogspot ini, kerana pengaruh trafik, iklan dan sebagainya saya bertungkus lumus membuat entry, cari bahan, walaupun adakalanya saya sendiri kurang berpuas hati dengan apa yang dipostkan. Malah kerana 'desperate' mencari entri kadang-kadang saya melihat tulisan saya, ayat saya, perkataan saya, langsung tidak menarik!...itu sebabnya saya kata ini blog sampah!!

Saturday, May 14, 2011

Bila BLOGSPOT kena Demam Kepialu

Dear all,

Dua-Tiga hari ni blogspot memang buat hal...bila nak sign in je keluar kenyataan BLOGGER IS CURRENTLY UNAVAILABLE..*sot..sot*..dalam hati memang tak tahu nak cakap macam apa dah...yang lebihnya ialah rasa geram sebab  tak boleh nak sign in...nasib baik saya masih ada ruang untuk mengadu, siap buat entry lagi pasal blogspot yang tengah kritikal.

Maka, dengan ini jelaslah bahawa blogspot tidak akan menjadi kepunyaan kita 100%..melainkan kalau kita ada webhosting sendiri...kepada kawan-kawan yang ada self-hosting..Tahniah! ..kerana anda tidak perlu bimbang kejadian seperti ini berlaku kepada anda...!!!

p/s: semangat kembali membara!! go for self-hosting!!! tapi wordpress susah manage laa...=(

Saturday, April 30, 2011

Perlukah header dalam Blog?

Dearest all,

Apa sebenarnya tujuan header? penting sangat kah header ni? adakah header mampu memberikan kesan kepada "cover" blog secara keseluruhannya? Gempak sangat ke kalau ada header ni..??


Saya sentiasa terfikir apakah tujuan header dalam blog? generally, blog-blog yang saya telah "blogwalking" boleh dikatakan 98% adalah header gambar sendiri...tidak kiralah seorang ke, berdua ke, beramai-ramai ke...most of it memang ada gambar...

Saya sendiri pun ada header cuma saya tidaklah menggunakan gambar sendiri, tapi mula-mula dulu saya memang tidak menggunakan header, saya cuma letakkan satu line bunga kat atas tu tapi saya "ditegur" dalam segmen BA oleh beberapa rakan-rakan blogger...

Adakah header ini juga satu cara untuk blogger menonjolkan imej dan diri mereka sebenar? saya tidak nafikan, kadang-kadang saya akan lebih suka memerhatikan wajah-wajah atas header semasa melakukan "lawatan"...yang ada pelbagai expresi sebenarnya...ada yang WOW! ada yang PERGGHH!ada yang GULP! ada yang BRAVO! ada yang AIIK? ada yang HEK ELEH...ada yang HAAAAH? ada yang OK laa.... semua itu expresi wajah-wajah yang ada atas header....

Tapi,macamana pula kalau header yang "WOooOW" tapi pengisian blog adalah "biasa-biasa je laaa" ataupun header yang OK laaa...tapi pengisian ialah "thumbs-up!" ataupun header yang "PergGGhhh" dan pengisian blog juga "superb"..emmm...??? *think*think*think*

Jadi, apa pula kata anda????


The Cave of Golden Roses

Dear Today!

Hi..siapa diantara anda yang pernah melalui zaman "Fantaghiro"?.....haaa....mesti kebanyakkannya tahu pasal cerita ni kan...saya juga antara salah seorang "penggila" cerita dari italy ini satu ketika dulu..ingat lagi time tu bulan puasa nak pegi tarawih tapi mesti pegi dengan hati yang tak ikhlas sebab nak tengok cerita ni, nasib baik pak imam tak baca surah panjang-panjang..yang lawaknya, abang siap cakap lagi kat saya, kakak & adik..kalau cukup 11 rakaat terus balik (means 8 rakaat solat tarawih + 3 solat witir...)..org lain belum habis lagi kitorang dah blah dulu..sebab nak tengok cerita ni main kat RTM time tu....balik dari surau ja mesti kitorang kena marah dengan bapa...:D

TARABAS
Tapi, selain dari Fantaghiro saya paling sukakan Tarabas...saya masih ingat lagi dialog Fantaghiro time suami dia, seorang putera (tak tau nama apa) koma sebab sumpah  Tarabas..sambil angkat pedang ke langit Fantaghiro jerit
"... In the name of LOVE,  i challange you Tarabas!! " ...
time tu airmata saya jatuh berderai-derai...sedih konon sebab laki dia koma dan dia berjuang kerana cintanya pada si suami...apalagi! kakak-kakak, abang-abang dan adik bantai gelakkan saya...nampak dek bapa dia kata "nilah yg kau nangis-nangis tengok time bulan puasa ni, bukan sebab nak kan lailatul-Qadr.."..Wah! lagi besar gelak adik-beradik...hehehehe...

FANTAGHIRO

p/s: Pernah minta kakak potong rambut ikut style ni, kakak cakap "ko ingat potong rambut macam dia, ko jadi cantik macam dia jugak ke?"... ;D

Thursday, April 28, 2011

Sah! saya memang sedang mabuk....

Dearest all,

Saya memang mabuk! saya sendiri tidak nafikan...rasanya dah tahap teruk ni.....
sebenarnya saya sedang mabuk Domain dan Hosting!...hari ini saya hampir-hampir saja menekan butang "ORDER NOW" untuk membeli domain berharga lebih  kurang dalam RM32.00 setahun, tetapi hati saya berbelah-bagi, masih ragu-ragu...entahlah...


Tiada alasan sebenar kenapa saya merasa ragu-ragu, mungkin kerana terlalu teruja saya menjadi begini atau mungkin kerana saya takut saya tidak pandai mengendalikannya kerana ianya pasti melibatkan pelbagai coding yang saya jangka amat complicated!

Apapun saya tidak mahu tergesa-gesa.....takut menyesal di kemudian hari pula....