Oleh kerana mak aku meninggal waktu usia aku baru nak masuk 14 tahun dan memandangkan aku duduk asrama sejak dari tingkatan 1. Maka bonding mak-anak perempuan antara aku dan mak aku agak kurang. Tidaklah bermaksud aku tak rapat dengan mak aku cuma aku fikir tempoh 13 tahun menjadi anak perempuan bongsu mak adalah tempoh yang sangatlah singkat untuk aku mengenal, dibelai mahupun untuk berkongsi cerita dengan mak.
Tapi, dalam kependekkan masa yang aku pernah ada mak, aku ingat satu peristiwa yang memang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Yang betapa seorang mak itu memang punya hati yang terlalu dekat dengan anak-anaknya. Yang seorang mak itu sentiasa mampu untuk menebak hati anaknya biarpun terselindung.
Bapa aku sebenarnya ada tanah kebun getah yang boleh tahan juga luasnya. Adalah mungkin dalam 50 ekar itu yang kebun getah semata-mata tak termasuk tanah sawah dan bukit lagi. Bapa aku akan pajakkan kebun getah dia untuk ditoreh oleh orang lain. Adalah perkiraan untungnya macamana tapi yang itu aku tak tau sebab bapa aku tak pernah tunjuk.
Masa tu aku ingat bapa aku pajakkan kebun 10 ekar pada seorang lelaki bujang dalam lingkungan umur 30-an dan juling sebelah mata. Orangnya sederhana tinggi, berkulit agak cerah, berbadan agak gempal dan selalu pakai cap kelabu lusuh namanya aku tak ingat tapi rasa macam nama lelaki ni eksotik sikit lah.
Kami adik beradik biasanya jarang berbual dengan mana-mana pekerja bapa aku. Mungkin rasa up sikit sebab jadi anak tokeh pajak kot. He he he.
Tapi adalah satu hari tu, dia datang ke pondok tempat kami anak-beranak berehat. Lazimnya, cuti sekolah kami adik-beradik memang akan dihabiskan di kebun getah bapa. Sambil-sambil cari duit sekolah. Aku dan adik aku biasanya akan ditugaskan untuk kutip sekerap dan kentalan. Yang abang - kakak aku pula ikut bapa aku menoreh memandangkan diorang pun dah sekolah tingkatan dah masa tu.
Standard lah, mak- bapa zaman kita dulu- dulu biasanya diorang memang ajar anak-anak hidup susah dulu. Masa tu tinggal mak dan aku je yang ada. Abang, kakak, adik dan bapa aku, tak pasti mana. Mak aku tengah basuh-basuh bekas bekal makan kitorang anak-beranak tengahari tadi.
Dia tegur mak aku dulu, cakap bahasa ibunda kitorang lah,bahasa dusun. Dia tanya mana bapa aku, lepas tu mak aku jawab tapi aku lupa jawaban mak aku yang bapa aku kat mana. Kemudian dia bagitau mak aku yang dia ada nak pakai duit sebab dia nak balik kampung dia kat Tamparuli. Mak aku jawab nanti dia akan bagitau bapa aku. Tapi mak aku juga cadang lebih baik orang tu datang rumah malam nanti jumpa bapa aku sendiri. Dia setuju.
Kemudian tidak semena-mena lelaki itu pandang aku yang tengah meneliti mata dia yang juling. Terus tanya aku "adik darjah berapa?" Tergagap-gagap aku jawab "bukan darjah, dah tingkatan satu "sambil mata pandang mak aku yang masih lagi membasuh bekas bekal kitorang. Aku tipu sebenarnya. Masa tu seingat aku, aku lebih kurang dalam darjah 4 atau lebih tepat tengah cuti sekolah nak naik darjah 5. Muka mak aku sikit pun tak berubah malah mata dia pun sikit tak pandang aku. Lelaki ni pun cakap " ooo...abang pun ada dua orang adik perempuan. Sorang tu nama Anita tahun ni periksa upsr, yang bongsu tu nama dia Alina baru darjah 4" panjang lebar dia bercerita. Aku angguk-angguk sambil mata masih pandang mak aku.
Dalam perjalanan balik rumah, aku borak-borak dengan mak. Mak jalan depan dan aku jalan belakang sikit. Teringat peristiwa atas tadi aku pun tanya mak." Mak, mak tau kan tadi dida tipu?" tanyaku segan-segan. "tau" pendek je mak aku jawab. " Mak tak marah ke dida cakap bohong?" aku tanya lagi. Kemudian mak aku jawab " Marahlah...siapa orang tua yang tak marah anak kalau pandai menipu? Tapi tadi tu kalau mak bagitau kamu tipu depan dia mesti kamu malu kan? Jadi mak dengar je lah. Lagipun kamu cakap begitu sebab kamu nak nampak dah besarkan?" Di belakang mak aku senyum sumbing. Memang niat aku cakap begitu pun supaya orang tu tak nampak aku macam budak-budak. Walaupun tingkatan 1 tidaklah sedewasa mana tapi waktu tu aku memang rasa yang budak tingkatan memang cool.
Tiba-tiba mak aku sambung lagi " Kalau kamu nak dia tu mengorat kamu sebab dah besar, tak payahlah da, dia tu sikit pun tak hensem mata juling pulak tu"
Serta-merta, pipi dan cuping telinga aku rasa panas. Malunya aku masa tu rasa macam nak lari sorok celah batu. Dan ketika itu juga aku sedar rupanya taste mak aku lagi class dari taste aku masa umur aku darjah 4. :) :) :)
P/s: taste aku sekarang dah upgrade bukan setakat lelaki gempal bermata juling dah. Ha ha ha.
No comments:
Post a Comment