Showing posts with label Fun. Show all posts
Showing posts with label Fun. Show all posts

Thursday, April 30, 2015

Buku - The fault in our stars

aku baru habis baca buku " The fault in our stars" tulisan John Green. Kisah Hazel Grace dan Agustus Waters, kisah cinta dua orang remaja yang mengidap kanser.

Well, sebenarnya aku baca yang versi melayu, translate by Fixi. Tapi, sebab aku kira penggunaan bahasa melayu dalam buku itu agak ranggi jadi aku ingat nak beli buku versi inggeris pula nak tau samada ianya betul-betul ranggi seperti dalam terjemahan.

kalau sekadar nak menghayati buku itu dalam terjemahan melayu, aku kira bahasa yang digunakan agak kurang memberi kesan dan kalau nak aku komen pasal bahasa versi inggeris tunggulah nanti lepas aku beli dan baca.

Tapi, aku suka jalan cerita dia, tak berat dan sesuai dengan umur-umur watak dalam tu.Oleh kerana aku tahu ada filem adaptasi dari buku dan seperti kebiasaanya sambil-sambil membaca aku sambil-sambil membayang juga waja-wajah watak dalam buku ni. Aku duk bayang Hazel Grace tu perempuan berambut kuning yang kurus, pucat tetapi menarik. Dan aku bayang Gus tu adalah pelakon yang bawa watak Hank dalam filem x-men: first class.

lepas tu aku google, then aku dapat ni.

hampir sama cuma rambut tak sependek ini dalam bayangan

kemudian,

berwajah nerd dan polos.

Tapi sebaliknya,

????

Kecewa jugak lah aku bila tengok watak si Gus tu, Tak kena langsung dengan taste aku, lagi-lagi tengok cara dia senyum tu.Errrrrkkkk.............

Apapun, storyline buku ni simple je. Jenis yang tak perlu fikir banyak-banyak walaupun state of emotions cerita dia boleh tahan jugak. Dan yang paling aku suka ialah buku ni bagi aku reason untuk sambung balik baca The Diary of a Young Girl oleh Anne Frank. 

Nanti kalau ada masa aku review lah juga buku ni, tapi lambat sikitlah kot almaklumlah aku ni kan baru berjinak-jinak dengan novel inggeris.


Monday, March 9, 2015

Memory mak, umur dan taste aku

Oleh kerana mak aku meninggal waktu usia aku baru nak masuk 14 tahun dan memandangkan aku duduk asrama sejak dari tingkatan 1. Maka bonding mak-anak perempuan antara aku dan mak aku agak kurang. Tidaklah bermaksud aku tak rapat dengan mak aku cuma aku fikir tempoh 13 tahun menjadi anak perempuan bongsu mak adalah tempoh yang sangatlah singkat untuk aku mengenal, dibelai mahupun untuk berkongsi cerita dengan mak.

Tapi, dalam kependekkan masa yang aku pernah ada mak, aku ingat satu peristiwa yang memang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Yang betapa seorang mak itu memang punya hati yang terlalu dekat dengan anak-anaknya. Yang seorang mak itu sentiasa mampu untuk menebak hati anaknya biarpun terselindung.

Bapa aku sebenarnya ada tanah kebun getah yang boleh tahan juga luasnya. Adalah mungkin dalam 50 ekar itu yang kebun getah semata-mata tak termasuk tanah sawah dan bukit lagi. Bapa aku akan pajakkan kebun getah dia untuk ditoreh oleh orang lain. Adalah perkiraan untungnya macamana tapi yang itu aku tak tau sebab bapa aku tak pernah tunjuk.

Masa tu aku ingat bapa aku pajakkan kebun 10 ekar pada seorang lelaki bujang dalam lingkungan umur 30-an dan juling sebelah mata. Orangnya sederhana tinggi, berkulit agak cerah, berbadan agak gempal dan selalu pakai cap kelabu lusuh namanya aku tak ingat tapi rasa macam nama lelaki ni eksotik sikit lah. 

Kami adik beradik biasanya jarang berbual dengan mana-mana pekerja bapa aku. Mungkin rasa up sikit sebab jadi anak tokeh pajak kot. He he he.

Tapi adalah satu hari tu, dia datang ke pondok tempat kami anak-beranak berehat. Lazimnya, cuti sekolah kami adik-beradik memang akan dihabiskan di kebun getah bapa. Sambil-sambil cari duit sekolah. Aku dan adik aku biasanya akan ditugaskan untuk kutip sekerap dan kentalan. Yang abang - kakak aku pula ikut bapa aku menoreh memandangkan diorang pun dah sekolah tingkatan dah masa tu.

Standard lah, mak- bapa zaman kita dulu- dulu biasanya diorang memang ajar anak-anak hidup susah dulu. Masa tu tinggal mak dan aku je yang ada. Abang, kakak, adik dan bapa aku, tak pasti mana. Mak aku tengah basuh-basuh bekas bekal makan kitorang anak-beranak tengahari tadi.
Dia tegur mak aku dulu, cakap bahasa ibunda kitorang lah,bahasa dusun. Dia tanya mana bapa aku, lepas tu mak aku jawab tapi aku lupa jawaban mak aku yang bapa aku kat mana. Kemudian dia bagitau mak aku yang dia ada nak pakai duit sebab dia nak balik kampung dia kat Tamparuli. Mak aku jawab nanti dia akan bagitau bapa aku. Tapi mak aku juga cadang lebih baik orang tu datang rumah malam nanti jumpa bapa aku sendiri. Dia setuju.

Kemudian tidak semena-mena lelaki itu pandang aku yang tengah meneliti mata dia yang juling. Terus tanya aku "adik darjah berapa?" Tergagap-gagap aku jawab "bukan darjah, dah tingkatan satu "sambil mata pandang mak aku yang masih lagi membasuh bekas bekal kitorang. Aku tipu sebenarnya. Masa tu seingat aku, aku lebih kurang dalam darjah 4 atau lebih tepat tengah cuti sekolah nak naik darjah 5. Muka mak aku sikit pun tak berubah malah mata dia pun sikit tak pandang aku. Lelaki ni pun cakap  " ooo...abang pun ada dua orang adik perempuan. Sorang tu nama Anita tahun ni periksa upsr, yang bongsu tu nama dia Alina baru darjah 4" panjang lebar dia bercerita. Aku angguk-angguk sambil mata masih pandang mak aku.

Dalam perjalanan balik rumah, aku borak-borak dengan mak. Mak jalan depan dan aku jalan belakang sikit. Teringat peristiwa atas tadi aku pun tanya mak." Mak, mak tau kan tadi dida tipu?" tanyaku segan-segan. "tau" pendek je mak aku jawab. " Mak tak marah ke dida cakap bohong?" aku tanya lagi. Kemudian mak aku jawab " Marahlah...siapa orang tua yang tak marah anak kalau pandai menipu? Tapi tadi tu kalau mak bagitau kamu tipu depan dia mesti kamu malu kan? Jadi mak dengar je lah. Lagipun kamu cakap begitu sebab kamu nak nampak dah besarkan?" Di belakang mak aku senyum sumbing. Memang niat aku cakap begitu pun supaya orang tu tak nampak aku macam budak-budak. Walaupun tingkatan 1 tidaklah sedewasa mana tapi waktu tu aku memang rasa yang budak tingkatan memang cool.

Tiba-tiba mak aku sambung lagi " Kalau kamu nak dia tu mengorat kamu sebab dah besar, tak payahlah da, dia tu sikit pun tak hensem mata juling pulak tu"

Serta-merta,  pipi dan cuping telinga aku rasa panas. Malunya aku masa tu rasa macam nak lari sorok celah batu. Dan ketika itu juga aku sedar rupanya taste mak aku lagi class dari taste aku masa umur  aku darjah 4. :) :) :)

P/s: taste aku sekarang dah upgrade bukan setakat lelaki gempal bermata juling dah. Ha ha ha.

Friday, November 22, 2013

ISFJ



Introverted (I) 52.94% Extroverted (E) 47.06%
Sensing (S) 52.78% Intuitive (N) 47.22%
Feeling (F) 51.61% Thinking (T) 48.39%
Perceiving (P) 50% Judging (J) 50%

Your type is: ISFJ

ISFJ - "Conservator". Desires to be of service and to minister to individual needs - very loyal. 13.8% of total population.
*If you tied on any of the scales, the current algorithm just breaks the tie randomly so refresh the page to see alternate results



Thursday, April 25, 2013

kimy

Love know no boundaries



Bapa budak cakap ini lah anak perempuan awak.....


we just love her so much... :)
kimy the cat !!


Thursday, May 24, 2012

Lotus Flower

Aku memang tertarik dengan VC yang ini, aku rasa Thom Yorke punya sisi menarik sebagai entertainer selain dari penyanyi radiohead, aku rasa ini adalah expresi soul and mind ThomYorke tru his passion, music..aku rasa dia memang under marijuana possession time ni, tapi aku peduli apa sebab aku suka gila hingga tak terkata!

Hail TY!!!


Friday, April 6, 2012

Melt my heart to stone..............

Friday, December 23, 2011

suka-suka pagi Jumaat

Selalu kalau 'terserempak' dengan blog Uncle Gedek, mesti aku tengok background gambar sebelum aku nampak mulut dia yang agak senget tu..hehehe, tapi takpe senget pun macho kan.



Tapi, aku tak sangka pula rupanya bukan ankel seorang saja yang suka pose gitu, omputeh pun rupanya ramai juga punya minat sama maca ankel ni, tapi yang mamat mat salleh ni punya lagi hebat, full satu page tu muka dia, takde statement apa pun...


 bila lama-lama tengok, aku pula yang rasa nak muntah, mana taknya aku pandang dinding je nampak muka mamat omputeh ni, pandang meja pun nampak, pandang paper pun nampak, tadi pegi toilet pun nampak muka yang macam kat atas ni kat pintu toilet sambil nengok aku meneran, terusssssss tak jadi, cilaka!!!!

Friday, November 11, 2011

Happy BiG Day to the one and only...

My Birthday wishes goes up to my BRO

You're the best Brother ever!

Happy Birthday 11.11.2011

p/s : i miss everyone there..:'(

Wednesday, October 26, 2011

Don’t Copy,if u can’t Paste

Google
An inspirational speaker said:

“Best years of my life were spent in the arms of a woman, who wasn’t my wife.”
Audience was in shock and silence.

He added:

“She was my mother”
A big round of applause & laughter!

A very daring husband tried to crack this at home.
After a dinner, he said loudly to his wife in the kitchen:

“Best years of my life were spent in the arms of a woman, who wasn’t my wife”
Standing for a moment, trying to recall the second line of that speaker

By the time he gained his senses, he was on a hospital bed, recovering from burns of boiling water!

source : Married and Blessed

Friday, October 7, 2011

Gila-lah!

credit : Google
Kawan : hello, kau tau gila lah, tadi ai jumpa ex- boyfriend kau si xxx tu...ada perempuan bah sebelah dia..

Saya : ya kah? di mana?

Kawan : ya lah..dorang di xxx, rasany dia nampak ai juga tu sebab dorang bisik-bisik, siap jeling-jeling lagi tu perempuan...gilalah!

Saya : Cantik ka tu perempuan?  


Kawan : Biasa ja, tapi seksi gila tu perempuan bah, dia pakai one string ja..gila eh..

Saya : ooo...kan taste dia memang begitu, ngam lah tu.

Kawan : tapi gila eh, setiap kali nampak ai macam sengaja pula dorang berpeluk-peluk...

Saya : kau ni..biarlah bah diorang, dia pun mau happy juga tu.

Kawan : Nasib baik kau nda jadi kahwin sama dia kan, kalau tidak mesti kau pun sama gila macam dia tu..eeiii

Saya : Ya lah tu...saya ja lah yang gila...

Kawan : Aik? kau terasa kah ni?

Saya : GILA kau tidak terasa, dari tadi kau sebut gila ja tau! GILAAA!!!!! :D


Wednesday, October 5, 2011

Go train-train, Leave your brain - Vroom

i'll give you just one example: T. With this letter Americans have four different sounds. T can be silent, so "internet" becomes "innernet" and "advantage' becomes "advannage." Another way is when T and N merge- 'Written" becomes "writn" and "certain" becomes "certn." The third sound is when T falls in the middle. There, it sounds like a D-"daughter" is "daughder" and "water" is "wauder". The last category, if you still care, is when Americans say T like a T. This happens, obviously, when T is at the beginning of the word like "table" or "stumble". And this is just one consonant. The vowels are another story. - one night @ call center, Chetan Bhagat, pg.45

credit : Google

p/s : i just realized...

Wordless Wednesday #12 : trained to be 'the scousers' - Eh? Eh? Eh? "Dey do do dat dough don't dey dough" ("They do do that though, don't they though").

Wednesday, September 28, 2011

Hectic

Dua minggu ini hidup saya agak kalut dan tidak teratur, kondisi kesihatan anak-anak yang agak terganggu meyebabkan saya terpaksa menghabiskan banyak masa di rumah menjaga mereka berdua berbanding bekerja, kemudian tasks yang sedia ada menambahkan lagi bebanan dengan beberapa kursus yang wajib dihadiri oleh saya, tidak memberi saya ruang waktu yang banyak untuk membalas comment, mencari idea menulis ataupun blogwalking.

Kerana kekangan idea untuk menulis saya kemudian membaca novel Five Point Someone by Chetan Bhagat, novel yang diadaptasi ke filem dengan tajuk 3 idiots, walaupun antara filem dan buku ada beberapa perbezaan major tapi saya masih menganggap kedua-kdua (filem dan Novel) adalah sama menarik, heartbreaking and wonderfully entertaining.

credit : Google

Misi seterusnya adalah membaca buku Fidel : a critical potrait by Tad Szulc, tapi mungkin kerana exhausted saya terpaksa berhenti membaca, kebetulan pula buku biography Castro yang agak 'berat' dan memerlukan 'ruang' yang besar untuk memahami jalan ceritanya, lagi-lagi bila bab tentang socialisme to communisme, jadi saya hold kejap buku ni.

Pilihan paling mudah ialah, turn to Chetan Bhagat novel back again bertajuk one night @ The Call centre, first page, menarik dan saya tertarik untuk terus membaca...keep up! :)

p/s : ramai tanya bila masa saya membaca those books, buat urusan rumah-tangga dan berblogging sedangkan saya ada dua anak lelaki yang masih kecil dan terlalu aktif dan lasak untuk dijaga, rahsianya : saya ambil masa buat semua perkara tersebut lepas anak-anak tidur dan pasti akan terpaksa tidur lewat, itu sebab waktu rehat di ofis saya mesti akan spent 15-30 minutes for a little nap...hahaha..kalau sesiapa berminat nak cuba..trylah! ;-)

Monday, September 12, 2011

It's officially kidal!

Him : Kenapa nak jadi kidal?
Saya : Kidal is special la, cuba tengok berapa ramai ja orang kidal in this whole world?
 Him : abis tu right handed tak special ke?
Saya : Special jugak, tapi left handed is far more special bah...
Him : Ok, pegi lah potong your right hand?
Saya : Kenapa pulak?
Him : It's officially kidal when you don't have right hand. 
Saya : (dalam hati) Fuck!


Tuesday, September 6, 2011

Topik panas minggu syawal

Hari ini masuk 2 hari saya bekerja, office pun dah meriah sikit dah ramai yang masuk kerja start hari ini, bukan lengang macam semalam, kerana fasa menses saya tidak boleh mengganti puasa, hold sampai next week jadi rutin makan tengahari saya kembali seperti biasa, jam 12.30 keluar office untuk tapau nasi goreng.

Jangankan dalam office, di dalam lif, depan cafe, luar bangunan sime darby dan dimana-mana yang ada kaum perempuan khususnya, semua bercakap mengenai satu perkara :

" perut aku makin besar lah..makan banyak sangat time raya"
" aku dah naik 2 kg..habislah.."
" seluar aku dah tak boleh zip tau "
" aku dah gemuk lah lepas raya ni.."

and so on. semua topik mengenai kegemukan, berat badan yang tak turun, perut yang membuncit, muka yang membulat. Aku juga yang bising pasal broadband DiGi yang ada problem! :'(

Monday, September 5, 2011

Hari Raya & 5 Hari?

Hi semua.. :)

Mood raya? of course...tapi pada saya mood balik kampung masih lagi yang paling kuat bersisa dihati,same goes to anak-anak, semalam dhani sudah sibuk bercakap pasal kampung dan balik kampung walhal baru malam sebelumnya dia sampai KL.

Ada kenalan sound kenapa blog tak update sampai 5 hari, saya tidak perasan selama itu rupanya, niat mahu update memang ada, sebab itu saya approve comment-comment dalam post-post terdahulu, tapi saya alpa dan keseronokan raya + keseronokan balik kampung buat saya lupa, maaf kawan-kawan.

Apapun, rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan "Happy Eid-Mubarak" kepada semua kawan-kawan.  Saya cuma sempat wish dalam FB (ayat yang sama), akhir kata, maaf-zahir batin kiranya ada terasa hati sepanjang appearance saya dalam blog ini , saya menulis dan luahkan dalam tulisan, bukan niat untuk menyakiti sesiapa. Sedikit kenangan suasana raya untuk dikongsi dari saya.

Ibu yang gagal memujuk anaknya..




Monday, August 29, 2011

Setelah sekian lama..

Howdy peeps!


Macam yang kawan-kawan dan readers tahu saya sudah pun berada di kampung halaman, menikmati udara pagi menyegarkan dan hingar-bingar yang happening dengan bunyi-bunyi pelbagai : ayam, anjing, kucing, lembu, kerbau. Bagi anak-anak saya perkara baru itu memang mengujakan mereka, dengar ayam berkokok, kucing-kucing mengiau-ngiau dan anjing melolong bagaikan mendengar pancaragam panca sitara, mereka suka, seronok, teruja, hairan dan about to explore it!

Bagi saya, setelah sekian lama tidak balik,  merasai dan mendengar semua itu seakan mengimbau semula suasana lama dan perasaan lalu..susah untuk saya gambarkan. tetap saja ada keseronokannnya. Lucu dan seronok.

Lucu kerana saya tercari-cari mana letaknya pisau pemotong, tercari-cari mana pinggan, tercari-cari banyak benda sedangkan saya pernah berada di sini, tinggal di sini dan membesar disini satu ketika dulu. Tapi saya sukakan keadaan begitu, keadaan yang sentiasa memberikan saya perasaan sebagai orang baru  atau tetamu di rumah ini, di rumah bapa saya sendiri.



pic from google



p/s : Gambar bukan dari actual footage...
(entry kampung-kampung)

Thursday, August 25, 2011

A good time to laugh is any time you can ~Linda Ellerbee



Kunang-kunang


 Kurang 70jam dari sekarang 
aku mula terasa di awang-awangan... :)

Saturday, August 20, 2011

Goodbye Shoutbox!

Hola Peeps!

Mungkin ada yang perasan saya sudah removed shoutbox..sorry, tapi saya terpaksa juga removed kan juga atas sebab-sebab spamming dan saya sendiri pun tidak suka, jadi kepada rakan-rakan bloggers sekelian, kepada para silent readers juga kepada blogwalker terutamanya, jangan bimbang kalau anda datang ke blog ini dan tidak tahu what to 'shout'..it's okay, kalau tak tahu nak komen apa saya terima sekiranya anda ambil keputusan untuk klik button merah bertanda X di atas sebelah kanan... :)

Walaubagaimanapun, kalau satu hari nanti saya mendapat firasat untuk memasang Shoutbox (SB), saya tidak akan segan-sila dan juga tidak akan teragak-agak untuk memunculkan kembali SB ini.

last but not least, LOVE U ALL bebeh!!

p/s : entry menunggu sahur...