Tuesday, September 6, 2011

Topik panas minggu syawal

Hari ini masuk 2 hari saya bekerja, office pun dah meriah sikit dah ramai yang masuk kerja start hari ini, bukan lengang macam semalam, kerana fasa menses saya tidak boleh mengganti puasa, hold sampai next week jadi rutin makan tengahari saya kembali seperti biasa, jam 12.30 keluar office untuk tapau nasi goreng.

Jangankan dalam office, di dalam lif, depan cafe, luar bangunan sime darby dan dimana-mana yang ada kaum perempuan khususnya, semua bercakap mengenai satu perkara :

" perut aku makin besar lah..makan banyak sangat time raya"
" aku dah naik 2 kg..habislah.."
" seluar aku dah tak boleh zip tau "
" aku dah gemuk lah lepas raya ni.."

and so on. semua topik mengenai kegemukan, berat badan yang tak turun, perut yang membuncit, muka yang membulat. Aku juga yang bising pasal broadband DiGi yang ada problem! :'(

8 comments:

kay masingan said...

hahaha.
di opis sia setakat ini x dengar pula orang merungut pasal perkembangan badan ...mungkin masih penat dan belum ada mood tingu perubahan badan kali..

cikcloudy said...

ye betullll.. setuju sangat2.. jom bersenam!

Elih Japahar said...

Semua risau pasal kegemukan, ko risau pasal line broadband..biasalah kalau blogger kan :) mana2 pergi kena bawa berukband dan lappy jalan..

Aki said...

si AKi sama si Sumandak pun naik sudah.. makan ja kerja.. :-p

ummiP3 said...

yer ker Mid..tak nampak pun...hehehehe

Azeanthy Paiman said...

hee..boleh kurus lagi bah tu sis...xpa la if bdn naik 2kg,yg pntg sihat walafiat..=)

beaty said...

betul2 nah kan..gemuk suda pasal makan raya..he he

nah mengeluh suda tapi mau juga over makan..he he he

Pink Diva™ said...

mang topic panas..saya bukan takat di opis dengan topic ni,..kat luar opis pun dengar gak..hikhikhik!!!