Thursday, September 8, 2011

Bila orang buat entry dan aku tiba-tiba terasa...

Hi semua.. :)

Pernah tak terasa bila baca entry dalam blog orang lain dan hati tiba-tiba sentap. kalau yang tak kenal langsung, tak pernah sapa-menyapa atau setakat silent reader je, rasa sentap tu takde lah terasa sangat, tapi bila yang buat entry ialah dari kalangan bloggers yang rajin komen entry kita sebelum ni ..mau nya tak sentap, kena pula kau pernah buat atau mungkin terasa macam pernah buat seperti yang di tulis dalam entry tu,  mesti dalam hati terdetik 'eh..dia mengata aku ke ni?...pernah ??

Bila dah sentap dalam hati rasa macam nak stop datang blog tu, stop bagi komen dalam entry dia, dan stop follow blog dia,kalau orang tu datang komen entry pun tak nak layan, pura-pura jadi macam orang bisu, buat-buat tak nampak..dalam hati kata 'padan muka kau!'...pernah??

Setakat ni aku tak pernah sentap sampai ke tahap seperti diatas, tapi untuk rasa sentap kat entry tu pernahlah jugak sebab aku jenis perempuan yang forthright, aku menulis depends on apa yang aku rasa, itu sebab kenapa tulisan aku kadang-kadang nampak berterabur, tak tersusun, sebab aku tulis what i think and feel that time, kalau aku rasa nak tulis damn, fuck, shit aku tulis je even in my real life i never use those words dalam perbualan harian . Percaya atau tidak nak cakap perkataan 'bodoh' sekalipun i have to think before i said it but to put that words into writing they should be no problem for me. Aku tahu bukan semua readers sukakan that kind of 'pooty mouth' words apalagi untuk dibaca dalam entry, tapi seperti yang aku kata, it was my own opinion and that's the way i put it into words in my writing. mujur saja aku tidak pernah buat entry kaw-kaw yang direct pointing to someone kecuali entry khas untuk si lembu tidak lama dulu.

bila ada entry (walaupun tidak ditujukan khas untuk siapa) yang talked about how bad is the bad words yang digunakan dalam tulisan atau bagaimana jeleknya seorang perempuan yang menulis perkataan jelek-jelek dalam blog, sumpah! aku memang terasa, sebab, walaupun tak banyak tapi aku memang pernah menggunakan that bad words dalam entry, Masa aku sentap tu dalam hati ada rasa berbelah bagi, nak komen ke tak nak komen..akhirnya aku decide untuk tidak komen apa-apa dalam entry tu..tapi aku masih datang dan menebalkan muka kat blog dia macam biasa, sapa dia macam biasa, tegur dia macam biasa dan komen kat blog dia macam biasa untuk entry dia yang seterusnya.

bila tengok balik nampak macam aku pula terhegeh-hegeh menepek dalam blog orang tu , seolah macam downgrade diri aku sendiri, tapi sebenarnya tidak!..kerana aku jenis yang sengal dan tidak kisah, aku just simplified entry dia itu hanyalah pendapatnya semata-mata, apa yang dia nak luahkan kemudian dia tulis, dan walaupun mungkin merujuk kepada aku tetapi kerana tidak ditujukan kepada aku secara direct maka aku ambil tindakan mudah : terima dan telan pendapatnya itu dan buat-buat tidak faham, sudah! 


p/s : "I rather to be hated for being myself than be loved for being somebody I'm not"
                                              (Kurt Cobain cakap, bukan aku!)

7 comments:

Elih Japahar said...

Sori, sy pernah mengalami perasaan mcm tu masa mula2 berblog dulu..yg teruknya, sy unfollowed dia..jahat tak! haha...

Unknown said...

buat dunno ja.. kalau sy terkena macam tu.. sy jadi silent reader dia ja lepas tu.. kalau entri yang seterusnya pun kita terkena tempias.. maksudnya.. itu bukan kebetulan.. memang betul2 ditujukan sama kita... lepas tu.. senang cerita.. nyah dia dari kehidupan kita.. ;)

Anonymous said...

hahaha...betul sangat2 tu.5 star for that.kena dgn org lain dan batang idung sia sendri..reality kan.

Anonymous said...

hahaha..reality kan. kena dgn batang idung sia sendri.

Woofer Storm said...

sis.sy sensitif..kdg2 ada entry orang sy terasa walaupun bukan dituju pada sy..sengal kan??hehee


selamat hari lebaran^^maaf zhir btin

Aki said...

tia pernah ambil hati.. hahaha.. ntah napa,biarpun mungkin dia cakap saya direct terus,pun masi nda peduli ni.. Hehehe.. tapi kalau nasihat,si Aki ambil peduli juga la.. :-p

Unknown said...

hmm pernah terasa macam ni,,bila saya terbaca entri even bukan ditujukan pada saya,..terus saya x blog tue takmau masuk lagi..hahaha