Tuesday, September 20, 2011

hey sinister!

Baca sampai habis. Baru faham..

credits : Google

Semua orang ada hobi atau kegemaran atau kesukaan, dari menjahit, melukis, ambil gambar, baca buku, sampai hobi korek hidung dan hobi hidu tahi telinga..itu juga adalah hobi...dan selagi hobi itu tidak menyusahkan hidup siapa-siapa, tidak menjadikan hidup siapa-siapa porak peranda, tidak menyebabkan siapa-siapa itu tunggang-terbalik, then, aku rasa, kita sebagai individu tidak perlu untuk kecoh, kepoh bagai.

Aku bukan nak pin-point pada siapa-siapa, tapi aku rasa tidak relevan bila seseorang itu memperbesar-besarkan isu hanya kerana sesuatu yang memberikan keseronokan kepada diri orang lain, contohnya : aku suka membaca, kerana aku anggap buku mampu memberikan aku satu view yang luas tentang dunia (in general), senang cakap, aku mahu kelihatan hebat dan bijak dengan buku, tapi aku tidak boleh simply mengatakan bahawa orang-orang yang tidak suka membaca itu bodoh atau bengap hanya kerana tidak membaca, sedangkan mungkin pada orang itu kebijaksanaan bukan hanya pada buku tapi pada kemahiran dan kebolehan. See..pandangan yang berbeza kan?

Begitulah juga dengan orang lain, dia suka ambil gambar bukan bererti dia tu mengada-ngada bawa DSLR yang besar gedabak sangkut kat leher tapi sebab itu hobi dan kegemaran dia, sebab dia suka pada 'sesuatu' atau 'situasi' yang boleh di ekspresikan dalam sekeping gambar walaupun tanpa sebarang description.

Begitu juga lah dengam manusia yang hobinya menjahit, dia melihat kecantikan itu adalah melalui warna-warni benang dan jarum yang halus kerja tangannya, atau manusia yang hobinya melukis, rasa hati dan jiwanya adalah melalui lukisan...

Tapi, bila ada satu jenis manusia ini yang bila nampak orang itu buat sesuatu dia mencebik, kononnya itu bukan kelas dia, ataupun bila tengok orang lain berseronok dengan sesuatu dia sinis, kononnya itu bukan standard dia!...ayoyo...(sambil tepuk dahi). What the hell!!

Kehendak manusia itu pelbagai, dia suka/gemar apapun itu hak dia, jadi kita yang tidak suka apa yang dia suka itu tidak payah lah kecoh, even kalau hobi dia suka cium bau tapak kaki dia yang tengit pun, kalau tidak memudaratkan diri kita then biarlah....biarkan saja...

Jadi, daripada menjadikan benda kecik jadi besar, lebih baik diam sahaja dan tengok orang lain berseronok, walau dalam hati kau rasa sebal. You refuse to enjoy it, so just let it be and let others happy.

8 comments:

its me said...

betol betol betol

Aki said...

cheers.. ba,mari blanja si Aki minum. kak Dida.. ayat ko sungguh bermakna ni ari.. ^_^.v..

Eudora Priscilla said...

tapuji namanya tu kak.. hehe.. kalau tidak suka tu diam jak la bah kan.. bukan kita paksa da suka pun..

adeh kak nda dpt komen ka.. huhu.. sy guna disqus comment system tu.. but sy plan mau tukar suda, guna yg normal jak..

beaty said...

adeh misti ada orang mcm ni did.. (sa panggil ko did la ah)

dei malas sa tu pemikiran mcm tu lebih2 lagi pasal DSLR tu bah sa punya cousin sendiri tau yang kasi ckp2 mcm tu d FB dia..tp sa biar saja..dekat sa mau balas " iya la DSLR sa, duit ko meh pakai beli?" deii geram sa ni..

did sa kasi biar ja pa orang pikir pasal sa yang ptg sa kasi senang diri sendiri dan x mau kasi susa orang lain ni...kalau dia x suka sa buat apa who cares?? bagus jag kain sendiri seja bh kan.. selagi yang sa buat tu tidak menyalahi tatasusila masyrkt and agama... sa inda peduli apa dorng fkr...

Lee said...

Hi Dida, wow! Ini betul goreng and bungkus whoever, whatever. I fully agree with you.
In short, to each his or her own. Nobody is perfect.
We all have our likes and dislikes....

And who are we to judge others, less we be judge.
Good posting, Dida.
You have a nice day.....always love your expressions.
Lee.

ummiP3 said...

heheheh... mcm posting aku yg sebelum nie...hobi pelik....

Unknown said...

yup!

sangat setuju..

sy pernah nampak..

kazen sy suka kumpul kotak rokok kosong.. pastu susun cantik2 di kabinetnya..

geleng2 kepala juga tengok..

ada lagi tu.. collection patung anime.. penuh sebilik.. macam muzium uda..

bilangnya untuk tontonan anak2 dan cucu cicitnya..

tapi, dia buktikan kata2nya.. betul2 jadi tontonan anak2 & family..

wat to do.. hobinya kan.. yang penting nda ganggu duit bikin beli beras kita kan..

:)

Woofer Storm said...

diam lagi baik,jika bersuara cuma menyakitkan hati je..betul tak sis??heheeee