Tuesday, September 6, 2011

Raya Cuentos!

Howdy peeps!

BB DiGi aku ada problem jadi aku terpaksa mencuri tulang guna internet line office secara maksimum, kebetulan aku baru saja memasuki fasa musim mengangkat bendera merah (menses) dan gangguan hormon menyebabkan aku tidak mampu untuk fokus kepada sesuatu perkara, dalam case ini aku mahu fokus pada entry baru tapi kerana hormonal changes i am totally blank! so, i spent masa 'blues' di office  with reading: the book i post below, tapi kerana aku ada masalah untuk fokus maka aku terpaksa membaca baris sama berulang kali kerana tidak faham. Letih!!

Daripada memaksa otak untuk fokus semasa otak tidak mahu bekerjasama untuk fokus, perkara terbaik yang aku boleh buat bila malas bekerja ialah mengelamun dan mengenang, dalam banyak-banyak memori yang dikenang-kenang aku tiba-tiba teringat satu insiden hari raya di kampung.

Time open house di rumah sedara yang dibuat secara besar-besaran dan gempak gila kerana inilah first time aku beraya di rumah orang yang siap ada camp lagi depan rumah dan tetamu di jamu ala buffet, macam kenduri kahwin je, hidangan pula memang pelbagai, laksa johor, nasi beriani, rendang, ayam masak merah, ayam masak kurma, ayam masak pedas, ayam masak macam-macam, kuah dal, kuah kacang, kuah lodeh, kuah macam-macam, sup ayam, sup tulang, sup daging, sehinggalah kepada hidangan soto semuanya ada.

Tetamu jangan kiralah, macam semut! dari muka-muka familiar (keluarga), muka-muka orang sekampung yang islam mahupun bukan islam, hinggalah muka-muka tidak dikenali termasuklah muka-muka YB dan Datuk, semuanya ada...sekali lagi, memang meriah!

Tapi dalam pada meraikan kemeriahan yang gempak itu dengan kehadiran orang ramai yang pelbagai jenis dan ragam, aku berdoa agar aku tidak bertemu dengan beberapa kenalan lama samada secara sengaja ataupun secara tidak sengaja..bukan seorang tapi ada beberapa..malangnya dalam kalut-kalut aku melayan anak (rafael) sambil salam-menyalam ahli keluarga yang menyapa tanpa disedari aku telah berdiri di sebelah salah seorang kenalan yang aku tidak mengharap untuk berjumpa.

Dia yang menegur aku dulu dengan sedikit teruja dan aku menyalam tangannya juga dengan keterujaan sama, bertanya khabar, berbual-bual singkat dan kerana perasaan yang kurang ikhlas aku perlahan-lahan menjarakkan diri daripada kenalan itu, dan tidak lagi terserempak dengannya di sepanjang majlis itu. Aku tidak tahu menggambarkan perasaan itu, bukan benci bukan berdendam tapi mungkin segan, ya..mungkin juga kisah lama antara kami menyebabkan timbul rasa kalut itu.

Pelik bila difikirkan balik, sekian lama tidak jumpa tapi masih ada rasa tidak mahu berjumpa. Hanya tidak tahu bagaimana untuk describe perasaan itu...

2 comments:

beaty said...

wah sia jumpa perkataan baru aunty sia owh...ha ha menses..
biasalah tu kalau menses..hormon dia aduiii susah...susa mau concentrate ni



wah grand juga tu raya..

knp juga ko inda jumpa dia..? bh bagus juga bh tidak jumpa kan nanti teringat kisah silam yang x best ni

Unknown said...

Saya faham itu perasaan dear..memang sukar dinyatakan..