Friday, September 30, 2011

Language:Adaptation or?

credit : Google
Isu bahasa, adaptions on other languages, contoh paling mudah orang sabah (sebab saya orang sabah) datang ke semenanjung (any place in semenanjung), duduk semenanjung setakat 2-3 tahun tapi balik kampung a.k.a sabah kemudian fail to speaks in sabahan, sebabnya : adaptations...kononnya terbiasa berbahasa semanjung (melayu). *rolled eyes*

Bila bercakap dengan orang senegeri ya..ya..dia cakap slang semanjung yang kita pula ya..ya cakap slang sabah, kita jawab bah! dia cakap ye ke? kita cakap bilang, dia jawab kate, kita cakap ndak mau, dia cakap tak nak..bila yang terlebih-lebih tu mesti kita pun rasa janggal, walhal sembang dengan orang 'sekapal'..tapi bunyi lain-lain..macam ayam-itik, lagi sedih, bila tiba-tiba si kawan boleh pulak tidak faham bahasa negeri, boleh pula buat eksyen tanya "awak cakap ape tadi ek, tak faham arr?"..aii...kalau fikir tidak guna otak mahu saja tarik lidah dia keluar kemudian ikat simpul jadi reben rama-rama, biar dia rasa! . Silap-silap telinga pun boleh tumbuh bulu lebat sebab 'kesakitan' mendengar.

Mungkin dia ingat dia nampak hebat berbahasa slang 'semanjung' berbanding bahasa negeri-nya, masalahnya perlu kah dia berslanga 'semanjung' di kalangan kawan senegeri yang jelas-jelas boleh dan fasih berbahasa negeri?

waktu saya kecil dulu-dulu, bila ada orang kampung saya yang pulang dari malaya dan bercakap slanga semanjung, saya mesti tertanya-tanya, kenapa ? ketika itu saya terfikir betapa susahnya kalau merantau kerana secara automatik lidah kita berubah 'bahasa' dan mesti akan kedengaran janggal di telinga orang kampung, dan saya rasa mesti susah bila saya tidak boleh berkomunikasi dengan orang kampung seperti sebelum ini, tapi bila semakin besar saya akhirnya faham bahawa bukan lidah yang berubah 'bahasa' tapi rupanya diri sendiri yang mengada-ngada mahu mengubah lidah tu.

Saya faham mungkin bila kita bercampur dengan orang malaya secara tidak langsung, sedikit sebanyak kita pasti akan terikut-ikut, apalagi bila ada beberapa perkataan/ bahasa yang membawa maksud kurang elok dan sebaliknya, itu memang adaptation, tapi perlukah adapatation itu kita 'applied' kan kepada orang sekapal dan boleh pula buat-buat tidak faham bahasa sendiri?..adoii..

Kalau tulisan tu lain cerita lah, sebab audience yang membaca pun bukan di kalangan yang 'under the same roof' sahaja jadi biarlah general, orang lain yang baca pun boleh faham dengan cara penyampaian kita, tidaklah tulis something to be published tapi audience haram sikit habuk pun tidak faham...rugilah...rugi masa, rugi tenaga. 

sebenarnya, bukan hina pun kalau kita bercakap bahasa negeri, tengok macam orang dari pantai timur atau utara, kebanyakkannya bila jumpa orang senegeri mesti diorang tidak segan-silu menggunakan bahasa negeri masing-masing, bezanya mungkin bila dengar orang borneo (especially, sabah) ni bercakap with their own language orang sekeliling mungkin akan pandang macam kita ni lain sikit, itu biasalah, segan macamanapun kenalah terima hakikat kita asal dari roof yang sama, jadi tidak perlulah berlagak sesama kita. Kesian juga bila tengok ada yang sampai terlilit-terjelir lidah semata-mata sebab mahu kedengaran 'sannnngat' semanjung.

5 comments:

Eudora Priscilla said...

ada byk kwn sy dri semenanjung sini n kadang2 kalau bckp dgn dorg mesti terikut slang dorg.. xtau napa maybe takut dorg nda faham klu bckp bahasa kita tp nda jg la sy trus berslang smenanjung dgn org sabah... haha..

beaty said...

did trip2 ni..sa paling benci orang mcm ni..baru 2-3 tahun ni d kehel tapi suda kunun mau ikut tu slang sedangkan dia membesar d sabah berbelas tahun./..lebih lama dari dia tgl d smjung..ishhh

Aki said...

Like Like Like.. Mula2 si Aki datang sini KL,banyak durang paksa si AKi cakap slang sini.. skrg,urang KL di opis si Aki,semua cakap slang sabah di opis sama si Aki.. Ha ha ha.. lurus lagi tu..

BOBOayeeN said...

dida....lupa diri la tu he he::))

kay masingan said...

owh ini memang selalu berlaku ni. Di kalangan kawan2 or saudara mara yang study di Malaya. Balik ja Sabah turus itu bahasa berubah. Padahal baru 1 tahun bah..memang agak memeningkan kepala dan agak meluatkan perasaan.
Mungkin itu adalah suatu contoh kesan kemajuan dari Malaya kan?