Friday, September 9, 2011

ceritera hati : seorang sahabat

Awid #1

Ingin saya kongsikan satu kisah hati seorang silent-friend of mine, yang luarannya kelihatan terlalu ceria dan gembira tetapi hatinya tidak pernah bahagia dalam erti-kata sebenar.Panggil sahaja dia awid, walaupun saya memanggilnya dengan nama lain. Kami sama-sama punya dua orang anak dengan kehidupan kami yang serba sederhana.

Awid ini memang sederhana tetapi selalu kelihatan happy go lucky, perbualan harian kami selalunya bersulam gelak-tawa, dia suka bercerita dan saya terlalu suka mendengar, memerhatikan dia yang sentiasa ceria walau saat dia mengadu kisah dukanya, dan biasanya bila dia mula bercakap mengenai kisah sedih saya akan selalu kalah pada perasaan kerana saya pasti akan menangis sedangkan awid tetap saja tenang, sambil tergelak besar melihat betapa besarnya emosi saya.

Tidak mampu saya bayangkan bagaimana awid tabah mengharungi hidupnya bersama anak-anak bila hati selalu terguris, Awid berkahwin dengan lelaki pilihannya, lelaki yang dikenali sekejap waktu, lelaki yang disangka adalah lelaki terbaik sebagai pendamping hidup. Mula-mula, memang awid nampak terlalu bahagia, perkahwinannya seakan dirahmati dengan sebeban kasih-sayang, perasaan awid sentiasa berbunga riang, melodi jiwanya berlagu indah.

Nyata, perasaan terlalu mudah berubah, kasih bisa saja pudar sekerdip mata, kata-kata si suami sudah mula beralas -  dia membayangkan akan kewujudan orang ketiga di antara mereka, Awid hanyalah wanita biasa, perempuan yang nalurinya mudah tercalar, yang tidak redha hidup untuk berkongsi hati dan jiwa dengan perempuan lain. Awid bagaimanpun tidak beralah dan dia tidak menyerah...awid menuntut harta paling bernilai - anak-anak dipihaknya.


Setakat ini, awid masih dengan kehidupan yang begitu, selalu terguris dan terasa, selalu sakit dan merana..tapi awid masih kekal dengan senyumnya, masih disulam ceria, masih selalu kelihatan riang..walau aku tahu irama hatinya sudah lama tidak berlagu. Saat aku menuliskan ini untuk awid, aku meminta dia membacanya dan dengan suara riang-ria, dia teruja menanti tulisan ini sedangkan aku yang menulisnya penuh dengan hati walang. sedih.

Betapa hidup tidak pernah menjanjikan kebahagiaan apalagi bila berkongsi kehidupan dengan seorang lelaki yang ambil lekeh akan perasaan wanita awid dan tidak pernah fikir bahawa jauh di dasar jiwa dia kesepian dan memerlukan perhatian suami, lelaki yang disangka pendamping hati seumur hayat.

Padanya cinta bukanlah kekayaan, cinta bukan duit, cinta bukan harta-benda, tapi ukuran cinta ialah perasaan dan sejuah mana kemahuan untuk bersama mengharung hidup, mungkin bagi suaminya, awid ialah perempuan bodoh yang tidak membawa apa-apa makna dalam hidupnya, awid ialah perempuan bodoh yang hanya layak dilayani dengan berahi di ranjang, awid ialah perempuan bodoh yang kebetulan ditakdirkan menjadi ibu kepada zuriatnya, tapi apa yang dia tidak sedar awid itu semakin lemah, hatinya semakin tidak berdaya, jiwanya semakin punah, dan sebenarnya awid sudah semakin sakit...semakin sakit perasaannya.



Maaf! sedu-sedan saya sudah tidak terbendung lagi, saya perlu berhenti dan akan menyambung kembali kisah ini , nanti....

p/s : awid cuma meminta kebenaran untuk tidak bersuara apa-apa dalam entry ini, aku tidak kisah..kerana aku tahu perasaan awid lebih dalam lukanya.

11 comments:

Aki said...

hm.. dat guy is sux.. kin panas pun ada.. how rude to leave dat woman of him,when they have something as their marriage mark?? damn..

its me said...

saya belum kawen tp sy phm perasaan org len...kdg2 kite da berusaha tuk lengkapkan ape yg kurang dlm hidup dia..tp xsemua usaha kite tu bjaye.

beaty said...

kesian juga awid ni dida..kenapa bah ara orang mcm ni ah sanggup betul kasi sakit hati orang yang sangat baik mcm awid

satu yang sa salute sma dia..dia memang sangat kuat ni. dia senyum n relax ja walaupun dalam jiwa merana..

hope everything is okey kan dida..untung ko ada sama dia sebab ko pendengar setia dia

ShimaSensei said...

assalamualaikum.
awk...saya minta izin nak share link entry ni kat blog saya. harap halalkan.

Lee said...

Hello Dida, it is always sad to read of such relationships.
Life is tough, and sometimes we get to experience unhappiness.
But whatever it is, we cry a river, build a bridge and cross over....life has to go on.

You have a great weekend and keep a song in your heart.
Lee.

Elih Japahar said...

Inilah salah satu wanita yg sangat sy sanjungi..wanita memang istimewa ! kahwin nanti harap sy boleh menjadi suami yg baik utk wanita yg sy nikahi..:)

kay masingan said...

sedih.
betapa retak hati bila cinta dan kepercayaan tidak dihargai. Harap awid terus kuat!

cikcloudy said...

sedih nyer...mengadulah kepada DIA..semoga beliau terus tabah..

Unknown said...

indeed many are saying, married to someone you love can't guarantee a person's happiness.

during couples,love is beautiful all the time,
after marriage, love gettin faded.

So sorry for Awid..keep strong dear


Hopefully this thing does not happen in my marriage..

LuMos mAXimA said...

semoga die tabah! & moga die temui kebahagian lain yg Allah janjikan!

Anonymous said...

sis..sy pon mcm tu jgk..tp sy ta smpai setaun kawen..hubby da buat hal..sdih ta terkata.. ni blog sy yg br buat..http://cikmaz88.blogspot.com/