ada kawan cakap aku condong bak lalang ke kiri sebab posting-posting politaik aku sebelum-sebelum ini, kawan aku tu siap bagi aku nasihat lagi, lebih kurang begini 'please make up your mind girl, kalau tak suka baik you blah je dari malaysia ni, pegi duduk luar negara, somalia yang tengah kebulur tu ke, tak patriotik langsung!!'.. Aku tak jawab pun (tapi jawab dalam blog..hahaha), cuma rasa ralat bila ada 'good' citizen yang mahu menghalau aku dari tanah tumpah darahku sendiri.
credit:Google |
percaya atau tidak, tanyakan pada sesiapa pun 'apa itu malaysia?' pasti perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah bendera malaysia yang warnanya merah, biru, kuning, putih..walau tidak ramai yang tahu dan faham perjalanan sebenar bagaimana tertubuhnya malaysia itu sendiri, apalagi bila fakta di jadikan agenda politaik, lagi butalah generasi kita, itu sebab patriotisme kita tidak sekuat mana.
Satu masa dulu, sekitar tahun 2004/05, aku pernah berbual dengan seorang budak indonesia yang belajar tingkat SMA di sekolah indonesia Jalan Tun Ismail, KL, bila aku tanya bangsa apa, dia kebingungan dan keliru, last-last dijawabnya 'i'm indonesian', aku yang ketika itu berumur 24 tahun rasanya tidak pernah mendengar ada di kalangan kita yang akan menjawab 'i'm malaysian' bila ditanya tentang bangsa, aku sendiri pun bila ditanya mesti aku akan jawab 'dusun', tidak pernah sekalipun aku jawab 'malaysian', itu bukti kepada sistem pengkelasan kaum yang tidak disedari oleh kebanyakan orang dan sistem itu adalah sistem yang digubal oleh you-know-who.
Pada aku, ukuran patriotisme tidak hanya setakat sambutan besar-besaran setiap hujung bulan august atau yang pertengahan bulan september ataupun ketika jari telunjuk yang ditunding keatas, tetapi patriotik ialah bila kita mampu menilai dan memahami perkara yang benar mengenai susur galur perjalanan sejarah negara secara telus, tidak dipengaruhi dan tidak di sorokkan dengan harapan agar menjadi seperti 'kerbau' yang ditambat hidungnya.
Jadi, apapun idealogi yang kita berpegangan, biarlah ada asasnya..jangan buta-tuli tuduh orang itu un-patriotic hanya kerana dia kelihatan seperti lalang yang condong ke kiri, siapa tahu dia bisa condong ke kanan semula satu hari nanti kan? ..bila ek??? :-)
5 comments:
hmm, politik malaysia memang hancuss!!! kesian kt org2 tua kat kg yg xtau ape2 and percaya bulat2 apa yg disiarkan oleh berita tvtigasuku...
kasi jumpa saya tu orang.. hahahaha.. sa mau cerita sikit sama dia..
Kehkehkeh. Biasalah tu. Kalau kita bagi pendapat kita sendiri tentang satu-satu isu, mesti akan ada yang bercanggah pendapat dengan kita. Lagi-lagi kalau dia membidas tanpa fakta, cuma makian cercaan semata-mata. Macam orang tiada sekolah. Or, troll wannabe. Bila kita fikirkan satu-satu isu, dikatanya tidak bersyukur. Kahkahkah.
kita ni, generasi yang sudah diasuh untuk menurut sahaja - dan jangan pertikaikan. Itu pendapat saya sendiri, sebab saya merasakannya. Itulah sebab, bila kita cuba untuk mempertikaikan beberapa perkara yang nyata dengan jelas sangat harus dipertikaikan, kita akan dikatakan sebagai tidak patriotik, cuba menghuru-harakan keamanan, tidak bersyukur and so on yang tidak baik.
i like...
Post a Comment