Wednesday, October 18, 2017

Retak

Retak jiwa cuba ku cantum. Payah. Hampir tak boleh. Yang pasti tidak akan pernah sesempurna sebelum ini

Tuesday, October 10, 2017

Patah-patah

AKU MENGALAH.
AKU PATAH-PATAH

Tinggal Apa Lagi?

Aku minta biarlah aku berpaling dari menjadi raksa antara kamu.Biar tidak bisa tapi aku terpaksa. Kadang-kadang aku rasa dunia memang tidak adil. Tuhan memang sentiasa menguji tapi kenapa ujian yang diberi semua berat untuk dipikul?

Kata mereka, bersabar lah. Tapi setelah sekian lama sabar jadi semakin lali. ia jadi rapuh dan sedang mula mendebu.

Kata kebanyakan, Tuhan tidak akan menguji diluar kemampuan seseorang. Tapi kenapa ia jadi semakin parah buat jiwa terus patah-patah?

Aku sudah tidak mampu melihat jalan luas terbentang. Aku telah berjalan pada denai penuh duri. Aku sudah lama lupa akan bunyi nyanyian alam yang merdu dan menenangkan.

Yang ada hanya gurindam jiwa berlagu lirih. Yang ada hanya gubahan lirik yang berlagu merintih. Setiap kali

Entah apa lagi yang tinggal untuk aku meniti?



Wednesday, October 4, 2017

Hilang

hilang rasa
kebas deria
kelu jiwa
kosong dada
kering airmata
kontang rasa cinta

HILANG lah segalanya

perlukah SELAMAT TINGGAL?

Monday, October 2, 2017

Aku Kembali !

Lama benar aku tidak menyinggah disini.

Hidup yang simpang selirat itu buat aku lupa banyak hal. Antaranya menyembuhkan diriku sendiri. Selalu dulu kalau aku rasa sesak aku menulis dalam blog ini. Duluu....


Thursday, May 18, 2017

Malam

Ini adalah antara malam paling panjang dan paling sunyi dalam hidup aku pernah lalui. Seingat aku, aku pernah ada keadaan begini sewaktu ayah sakit tenat dua tahun lepas. Aku tak hirau malam atau siang, aku lupa detik masa, aku lupa pada semua perkara.

Fokusku adalah hanya pada ayah ketika itu. Pantang seorang aku nangis, masa makan, aku nangis, masa mandi, masa solat, masa terjaga, masa berdoa dalam semua keadaan boleh dikatakan air mata tidak akan pernah berhenti mengalir.

Aku takut pada sebarang kemungkinan dan aku tidak pernah bersedia untuk semua yang bakal berlaku.

Kali ini, situasi aku sama dengan orang berbeza. Tapi yang lebih menyakitkan lagi bila yang diuji itu adalah anak perempuan berumur 8 tahun. Besar sungguh dugaan dia. Semalaman aku tidak mampu tidur, semalaman aku sujud meminta ' selamatkanlah zara' . Aku mahu zara membesar dan terus kekal memanggil aku "nenek muda" seperti sebelumnya.

Ku mohon.

Amin

Thursday, May 11, 2017

Genap setahun !

Ya.

Hari ini, genap setahun posting sanah helwa akau di tahun sebelumnya. Kalau nak cerita tentang turun-naiknya kehidupan aku ada sejumlah susunan kisah yang tidak terjangka akan atau telah terjadi kepadaku.

Samalah juga dengan size badan, tak terjangka akan naik sebanyak ini tapi dh dijangka susah nak turun selepas ini.  Ok, tak lawak!

Manisnya hari ini adalah kerana bersekali dengan Malam nisfu Syabaan bersekali dengan malam jumaat. Tadi petang, aku saja tanya bapa budak. Hari ni selain birthday saya, apa lagi yang special? dijawabnya "Malam Jumaat..ha ha ha.." dengan ketawa yang diibuat-buat.

Jengkel.  

Begitulah lelaki, fikirannya memang sentiasa terarah ke 'situ'.Apapun, aku rasa aku dah semakin empuk merasa hidup. Macam-macam yang telah dilalui. Doaku untuk sanah helwa kali ini juga tetap sama, semoga terus menjadi manusia yang lebih henat dan lebih baik dari yang sebelumnya.

ok, quick posting. nanti nak tulisan lain. BYE


Sanah Helwa Hamidah 0037