Sunday, July 31, 2011

Harimau Malaya or Malaysia?

Happy weekend peeps!

ini entry dari pandangan mata dan hati seorang perempuan yang bukan kaki bola tapi tengok bola. Ramai yang kecewa dengan kekalahan Malaysia over Singapura pada pra piala dunia khamis lepas, lagi-lagi dengan 'kiasu' singaporean player yang penuh drama. Malaysia memang kecewa tapi drama atas padang itu lagi penuh menjengkelkan. Malam itu FB status saya ialah : Singaporean Player = Drama! Drama! Drama, itu berikutan aksi penjaga gol singapore yang tiba-tiba saja terbaring-baring kesakitan macamlah patah tangan-kaki-tengkuk dan leher. Shit!

Pagi berikutnya saya terbaca satu posting status a friend from my friend-lists yang lebih kurang begini maknanya "Kekalahan Team Harimau Malaya vs Singapore last night hanya untuk orang di malaya (semenanjung) sahaja kerana malaya tidak termasuk sabah-sarawak" (telah diubah suai walaupun maksud masih sama..tapi versi saya adalah sedikit 'baik' berbanding versi orang itu)
dan seperti biasa akan adalah pelbagai comment dari rakan-rakan yang memeriahkan 'majlis' di status itu and everything was a crap talked!

Ayat pertama yang terlintas di kepala saya ketika itu ialah : brainless, ayat kedua ialah :Pathetic, ayat ketiga ialah :Lunatic!

persoalan utama ketika itu ialah pengunaan harimau MALAYA bukan Malaysia, oohhh...itu jadi isu...kemudian isu kedua ialah ketiadaan pemain kelahiran borneo either sabah or sarawakian dalam team Harimau Malaya..ooo sungguh damn!!..Kalau begitu anda juga tidak boleh berbangga dengan Lee Chong Wei dan Nicol Ann David kerana kedua-dua mereka juga bukan berasal dari borneo atau lebih tepat mereka lahir di tanah malaya kalau itu yang dimaksudkan dengan semenanjung (penang).

Perkara yang saya paling dan terlalu suka dalam sukan ialah kau bagus kau diatas, kau hebat kau dihadapan. Tidak timbul soal agama, bangsa dan tempat kelahiran. Kalaulah ini semua diambil kira dalam sukan pasti sukan kita tidak akan kemana. dek kerana kewajiban meletakkan wakil dari setiap negeri yang ada 14 buah tanpa berbekalkan bakat sebenar dan semangat kesukanan. percayalah. sukan bolasepak kita hari ini tidak akan ada nama Safee Sali, Amirul Hadi, Safiq Rahim dan si kembar ala selebrity itu.Maka, jadilah kita jaguh kampung yang hanya gah di padang sendiri dan hanya akan diganyang di padang seteru.Pffftttt.

Yang pasti untuk memilih di kalangan yang terbaik diantara 28.3juta rakyat malaysia bukanlah kerja mudah, bayangkan kalau ada 2 team lebih kurang dalam 24 orang dan perlu untuk memilih 24/28,300,000.00..ingat mudah-mudah ke? bayangkan di antara 28,300,000.00 itu hanya beberapa nama sahaja yang mampu naik bertanding untuk negara, sebab itu sukan adalah neutral,tiada sukan kerana agama, tiada sukan kerana bangsa, tiada sukan kerana negeri kelahiran.

Isu paling lapuk ialah isu penggunaan malaya, macamni lah saya bagi contoh nama Red Devil (Manchester United) setan merah pegang tongkat tu, kalau maksud nama Red Devil itu diambil kira adakah itu bererti semua peminat ManU seluruh dunia adalah peminat, penyembah dan pemuja syaitan? fikirkan lah wahai kawan-kawan....
samalah juga dengan Harimau Malaya, nama itu (Harimau Malaya) sebenarnya adalah simbolik kepada kekuatan pasukan bolasepak negara, tidak merujuk kepada mana-mana negeri, mana-mana tempat dan mana-mana kawasan di dalam peta malaysia. Kalau nak sangat nama Malaya itu ditukar untuk disesuaikan khas untuk sabah dan sarawak, saya rasa nama paling sesuai ialah makenbad (akan disebut making bad) Malaysia, MA-KEN-BAD..harimau-kenyalang-badak..semua dalam satu! 
masa Harimau Malaya menang piala aff suzuki cup 2010, 29 disember lepas mahu pula kau bercuti sama meraikan kemenangan Harimau Malaya, kalau tidak setuju dengan nama itu baik minta kerajaan negeri batalkan cuti meraikan kemenangan itu di borneo, jangan raikan langsung. sungguh lunatic!

akulah malayan tiger...bilalah ada orang nak claim aku tukar nama jadi MALAYSIA TIGER ???
Kalau mahu sukan kita maju, janganlah sibuk nak memperbesar-besarkan isu remeh-temeh, lagi baik sokong athlete tempatan dan beri galakan untuk mereka menjadi yang terbaik tidak kiralah mereka asal dari mana, sekiranya ada dari kelahiran borneo itu adalah bonus terbesar untuk negeri sabah dan sarawak. Kita sama-sama pandai berfikir jadi janganlah biar tahap fikiran itu masih ditakuk 1969 (malaya + borneo) yang sudah berlalu 4 dekad lepas.

Sekali lagi, ini adalah pandangan dari perempuan yang bukan pemain bola dan tidak tahu bermain bola tetapi ada hati mahu melihat sukan kita maju kehadapan kerana saya tidak mahu terus-terusan menumpang nama lagenda bolasepak Mokhtar Dahari, Hasan Sani dan James Wong yang saya tidak pernah tengok sekalipun permainan secara langsung mereka, berilah peluang kepada orang muda (yang dalam lingkungan umur saya-lahir sekitar 70' & 80'an) menunjukkan kebolehan sebenar.




 p/s : untuk pengetahuan, Zinedine Zidane, legend bolasepak perancis, lahir di Algeria dan beragama islam, kerana sukan itu neutral maka dia dijulang bukan sahaja di Perancis mahupun Algeria tetapi di juga diseluruh dunia. Harap Maklum.

Happy blessed sunday all!

Friday, July 29, 2011

Dida-LiciouS tu apa?

Happy Friday peeps!

Walaupun sudah lama ada blog tapi saya sebenarnya baru saja aktif berblogging lebih kurang 6 bulan lepas, itupun tidak secara konsisten. Peringkat permulaan blog ini memang nampak berserabut, widget yang pelbagai dan template yang warna-warni dari segi pengisian pula blog ini memang tiada 'niche', entry kurang dan isi yang kurang menarik ditambah lagi dengan post berbentuk personal menyebabkan blog ini seakan tidak pernah wujud.

'Re-branding' blog ini adalah sekitar 16 june lepas, saya telah menukar url lama blog kepada nama sekarang iaitu didamumin.blogspot.com,  walaupun masih belum bertemu dengan 'niche' yang sesuai tapi saya bertekad mahu mengurangkan entry yang lebih personal perlahan-lahan walaupun setakat ini tidak secara total tapi sooner or later, saya akan pastikan entry personal berkurang.

Dengan tujuan mempromosikan blog, saya mula aktif men'share'kan blog ini di FB, walaupun rakan-rakan FB tahu saya tidak aktif FB-ing tapi sekurang-kurangnya mereka tahu saya aktif sedikit dalam blog-ing. Feed back yang saya terima memang agak 'lumayan' terutamanya dikalangan rakan-rakan sendiri, kemudian tanpa disangka-sangka 2 hari lepas saya menerima satu message daripada kawan yang bukan dalam friend-lists FB, bertanya, apa maksud 'Dida-LiciouS' ? bang! boom! boom!............perlu ke penjelasan untuk nama blog? penting ke orang nak tahu maksud nama? apa kesannya nama itu pada blog? terkedu saya sebentar.

Memang saya akui, selama saya menggunakan Dida-LiciouS sebagai brand-name saya tidak pernah pun terfikir ada orang akan mempersoalkan nama itu.

Sebenarnya, mula-mula blogging saya guna 'Life's colorful' sebagai blog-tag tapi saya rasa nama itu tidak cukup fun dan saya juga perasan ada beberapa blog lain menggunakan tag yang sama, selepas itu saya tukar kepada Monster-Mummy, tapi tidak sampai sehari saya tukar balik sebab nama tu kurang sesuai bagi saya. Dalam tempoh mencari brand-name itu tiba-tiba saya mendapat ilham Dida-LiciouS ketika mendengar lagu 'Big girl don't cry- Fergalicious', dari situ lah saya memilih untuk mengambil singkatan LiciouS untuk ditambah selepas nama panggilan saya sejak kecil iaitu 'Dida'. Simple, fun dan mudah diingat..kan?

tetapi maksud sebenar Licious ialah nama singkatan kepada DELICIOUS yang dimodify dan kemudian menjadi ikutan.
p/s : in hoping that i can make this blog more (de) DiDa-LiciouS  in future...Aminn.(tinggi sangat cita-cita tuu...he he)

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #9

Follow my blog with Bloglovin




p/s : i wanna come home..

Tuesday, July 26, 2011

Obsesi Kurus

Happy Tuesday peeps!

Saya = Aku

Gemuk itu hodoh. Gemuk itu tak cantik.Gemuk itu boleh makan ayam goreng 10 ketul sehari.Gemuk itu boleh bantai burger 2 1/2 biji sekaligus.Gemuk itu busuk.Gemuk itu bodoh.
Pendek kata semua yang berkenaan dengan gemuk itu adalah negatif, sebenarnya itu silapnya manusia bila menilai sesama manusia..keji sungguh!!
 
Tapi, tahukah anda faktor penyebab kegemukkan bukanlah kerana makanan semata-mata. Ada macam-macam faktor sebenarnya: keturunan/gen, gaya hidup tidak sihat eg.kurang bersenam, kurang tidur, stress, hipertensi dan perubahan hormone itu semua tersenarai dalam faktor penyebab kegemukkan.

Bukan semata-mata hanya sebab makan 10 atau 20 ketul ayam goreng atau bantai dua-setengah biji double cheese burger McD, tapi kalau gen gemuk itu diwariskan secara semulajadi oleh mak-bapak kepada kau biarpun kau puasa 3 bulan sekaligus pun badan tetap maintain begitu, bancuh lah segelen pun jus mate5 Dr. Rozmey tapi kalau kau tak bersenam sikit habuk pun tetap saja stay the same donk!

Aku tulis entry ini sebab kisah benar yang terjadi petang tadi....

Sejak dari minggu lepas aku memang sibuk dengan kursus sana-sini, itu normal bila kita makan gaji dan berstatus kuli, minggu ini pun aku masih sibuk dengan kursus 3 hari sehingga rabu ini, itu juga normal untuk kuli yang makan gaji. Apa yang tak normalnya aku telah 'ter'jumpa dengan seorang kawan yang bukan sahabat hari ini, sama-sama hadir kursus dengan aku, ikuti perbualan ekslusif aku dengan dia :-

Aku : Hi! S.. (dengan senyuman seindah suria)
Dia : eh! kenapa kau pakai macam ni? (dengan muka berkerut-kerut)
Oh! aku baru perasan sebenarnya hari ini aku pakai blouse kaler peach dan skirt which is very obvious bila semua peserta kursus lain yang seramai 50 orang semuanya berbaju kurung termasuk kawan bukan sahabat aku ni.

Aku : Kenapa? tak boleh ke? (ala-ala pua chu kang)..blouse je pun, apa yang peliknya?
Dia diam dan pandang aku atas-bawah, kemudian pandang bawah-atas balik.
tiba-tiba....
Dia : Kau pregnant ke? nampak sangat lah perut kau tu..badan kau pun nampak gemuk....aku ni kau tengok laa, main berumur makin kurus, bukan makan apa pun tapi baju-baju semua aku terpaksa tempah baru, yang lama semua dah longgar (sambil sengih-sengih sinis)
Aku: patut pun kau makin lawa, aku ni dah la tak lawa, tak pregnant pun perut buncit jugak,ehh..kau tolong ukur berapa cm dah tebal perut aku ni? (muka serius, sambil cari pembaris dalam pensel case)
Dia diam dan buat muka ketat.

Waktu makan tengahari...
Dia (Kawan yang bukan sahabat) ditegur oleh seorang rakan yang juga sama-sama peserta kursus.
Kawan si dia: waa..makin kurus kau sekarang eh? masih makan de bella ke?
Dia: eh..aku makan tu untuk mudah membuang je...(low tone)
Kawan si dia: ye ke? kalau aku nak lawas, aku makan banyak buah je..
Dia diam dan buat muka kelat.

Aku pandang dia sambil cuba mengikhlaskan senyumanku padanya. Padahal kalau ikut hati macam nak baring guling-guling ketawa kat situ juga.Kantoi!!! sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...(walaupun dia bukan tupai)
Moral of the story:
- Jangan suka dengki orang lain tanpa sebab.
- Jangan menipu untuk kelihatan lebih bagus dari orang lain.
- Jangan suka pandang rendah pada orang lain.
- Gunalah De Bella agar kelihatan langsing dan cantik selalu.

Masalah Kegemukkan??? de bella sentiasa bermurah hati membantu anda! ;)

Sunday, July 24, 2011

Craving for Facebook!

Howdy peeps!

saya = aku

Ini adalah status FB aku yang terbaru @ rabu, one "annoyed" words @10:26am - (not including blog promoting)



4 comments. 2 from my bestie/cousin JC and 2 replied by me.

Aku memang jarang update FB sebabnya aku tahu aku tidak punya banyak benda untuk di sharekan setiap hari kerana FB requested us to share something on our mind by asking 'What's on your mind?' everytime we login to it.

Biasanya aku spent 30 minutes - 1 hour (pun jarang-jarang sekali) to check into my FB account berbanding blog yang aku boleh spent straight 3 hours.either writing new post, read other blogs or just go for blogwalking. Semestinya, blogging is much more fun rather than facebooking or twittering, sebab either FB or Tweet, dua-dua tak boleh tulis panjang-panjang which somehow very annoying.

Annoying?yes..it is!! macam ni.

Ada satu masa aku ternampak news feed from someone-a guy - yang ditulis begini.."kalau chat online tapi tak nak chat, baik tak payah online langsung!!!!", dan seperti biasa, he got few comments from friends, yang support his noob + pathetic statement. Serious, mungkin bagi dia every friends of him yang available on chat wajib untuk berchat terutamanya dengan dia?..oo emm jay...kau ingat kau tu siapa? artis ke? sampai semua friend lists kau yang sedang online wajib kena berchat dengan anda?....come on dude! Malaysia is a free country, lantak dia lah nak chat dengan kau ke tak? itukan hak personal, desperate sangat ke sampai perlu paksa orang untuk chat dengan kau?kalau kau ni fun to talked with takpe jugak, dahlah fake-person pula tu! nampak kat luar macam 'good-boy' je, tapi dalam FB kalah mail lambung...??
Lepas tu bila kita comment lebih sikit, dia rasa 'butthurt' dan terus disable comment on his wall..kah kah kah..so childish besides it makes him looked so immature and so narrow minded.


 


Ni lagi satu hal, aku selalu sangat jumpa profile info yang macam ni...mentang-mentanglah industri hiburan  demam K-Pop terus je taruh bahasa korea dalam lists, sedangkan cuma tahu nyanyi satu atau dua lagu big bang atau wonder girls dalam bahasa korea je, fahamnya idak...kesian sebab perasan. Mungkin bila dia listkan banyak-banyak bahasa international dalam profile fb dia rasa hebat, tapi bila tengok post status atau cara dia berbual /comment it was obviously not multi-languages at all, normally it was in bahasa melayu and some broken english..yang Arabic dan korean-nya?? kan lebih baik menjadi diri sendiri yang sebenar, orang lagi respect daripada pretending to knows everything when you're not.. kalau pandai katakan pandai. kalau tak pandai mengaku jelah Loser!

Terus-terang aku pun pernah melalui zaman kemaruk FB, kalau boleh semua nak bagitau, pagi tadi makan nasi lemak sambal pedas gila, tengahari makan nasi goreng kampung dah lah belacan banyak ikan bilis sikit pulak tu atau hari ini pakai blouse kaler pink baru beli semalam RM 29.90 di Top Girl,pertama complex dan sampaikan berak sembelit tahi berapa ketul keluar pun nak cakap..tapi makin lama dengan fb aku terfikir, aku sedar dan rasa tidak ada keperluan pun untuk aku bagitau semua orang tentang apa yang aku buat atau lalui setiap hari, ye lah status dan info-profile kita ni orang boleh baca dan ada yang akan ingat sampai bila-bila tau, jangan fikir syok sendiri je.

Memanglah, orang akan kata ni page aku, so, suka hati akulah nak buat macamanapun, ooo...jangan silap, ini namanya social network, it is when you connect with people  that leads you to connect to other people and that other people means anyone and anywhere in this whole globe. Jadi berhati-hatilah dengan apa sahaja perkara yang anda sharekan dalam profile anda.

p/s: maaf pada yang terasa. 

Happy Blessed sunday! :)






Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #8



p/s : Biarlah sesuai..

Tuesday, July 19, 2011

Tegar

Howdy again!

Minggu lepas seorang teman se-ofis, juga kawan, juga blogger secara tidak sengaja berkata dia sedang mengintai smartphone samada Samsung Galaxy atau HTC sekurang-kurangnya, bagi memudahkan dia update blog. Saya tidak berkata apa-apa tapi dalam hati ada juga terdetik sebenarnya bila dengar dia berkata begitu. Kan mudah, mana-mana, bila-bila..boleh jee update blog. Pitt - lepas ni samsung ko yang ada tu let-go kat aku je, okeh!.. ;)

















p/s : Sedang berdoa dalam hati, minta-mintalah time saya tengah berjalan-jalan di luar tiba-tiba jatuh satu smartphone dari langit atas kepala saya. Aminn...

ilmu dari guru tidak ditauliahkan!

Happy tuesday peeps!

Ini kisah 5 tahun lepas, semasa mula-mula saya berkahwin. Sebagai satu-satunya menantu lelaki berlainan bangsa dalam keluarga kami, abe (suami) agak bermasalah dari segi memahami bahasa harian kami yang menggunakan dusun + melayu tangau (melayu sabah slanga dusun).

Satu petang. mungkin kerana tidak mahu merasa terasing dan diasingkan -walaupun sebenarnya tidak- sewaktu semua ahli keluarga yang tua-muda, kecil-besar termasuk bapa saya sedang bersantai di ruang tamu sambil berborak, abe tiba-tiba menyampuk, 'saya tahu satu ayat dusun, kawan ajar time di Uitm dulu..', semua mata -bersinar- tertumpu kepadanya, masing-masing menanti dengan penuh kejutan.dan kemudian......waktu itu saya cuma tersedar yang semua mata yang seperti terkaget sudah tertumpu kepada saya dan sesaat kemudian suasana riuh dengan ketawa besar.

Setelah reda, perlahan-lahan saya tanya abe 'siapa yang ajar cakap begitu', ' Ronnie' jawabnya, Ya!! saya ingat, budak Ranau tu..hahaha..dia nampak macam pendiam tapi rupanya...!!!!

Tahu apa yang ronnie ajar? Tonsi*ot = Apa khabar , yaa..Good Teacher Ronnie Samuel !!

p/s : lucu bila ingat kembali.... :)

p/s 2 : Tonsi*ot = women private part

Monday, July 18, 2011

Trending words yang jadi muak bila dengar berkali-kali

1. kite bako jer
2. cer citer..cer citer..
3. apapun tak boleh!


Naluri yang tidak tertahan.

Happy lousy-monday!

Saya di ofis. sedang mengelap mata dengan tisu kesat, oleh kerana tisu yang saya guna ialah tisu gulung dari toilet maka semakin merah dan semakin susahlah saya menyembunyikan mata besar saya yang merah kerana menangis. Nasib baik orang depan dan sebelah meja saya kosong, kebetulan ada acara.Bolehlah saya terus-terusan bertangis-tangisan.

Sebabnya ialah : saya tidak tahu kenapa saya sebak melihat Video wajah ini sewaktu dia dijerit-jerit oleh bapak Polisial. Betapa mudahnya airmata saya luruh kerana si Gandalf ini tetap berwajah tenang dan terus bercakap lembut.enough here.


Dalam hati saya tertanya-tanya, kenapa mudah dan terlalu murah sangat nilai airmata itu pada saya, sekali lagi saya berfikir, ya! saya memang perempuan yang murah dengan airmata, sejak kecil lagi sebenarnya, tapi rasanya semenjak saya menjadi ibu, air mata itu menjadi bertambah-tambah murah.terlalu murah. Mudah saja ia mengalir, jangan kata anak sakit, bercakap pasal anak pun mampu membuat saya sebak, sedangkan kisah Faith, anjing berkaki dua dalam Oprah pun boleh buat saya sedu-sedan.


Minggu lepas saja (jumaat), saya menangis bila Bos saya bercerita mengenai anak dalam kandungannya berusia 4 bulan meninggal dalam perut tanpa sebab, menceritakan bagaimana dia tidak boleh menerima hakikat kehilangan anak pertama yang dikandung dan sehingga kini belum dikurniakan lagi rezeki anak. Saya sebak yang teramat.

Kelmarin dan semalam saja (sabtu & ahad), saya menonton Ketika Cinta Bertasbih di channel 142 -pelangi (sekarang masih free), juga saya menangis, yang ini jelas tanpa sebab kerana cerita KCB itu bukanlah cerita sedih tetapi kisah cinta. Sampaikan dhani bertanya, mummy kenapa dia ketawa tapi mummy nangis?. Saya buat-buat tidak dengar kerana saya tahu en.Hushband pasti akan mentertawakan saya kalau nampak air mata saya mengalir berjurai-jurai. Nasib baik dia sibuk dengan FB, mungkin dia tidak mendengar dhani bertanya begitu..maklumlah lelaki kan tidak mampu fokus pada dua perkara dalam satu masa....:)

Dulu-dulu saya selalu hairan kenapa kakak sulung saya yang ada 5 orang anak terlalu mudah sebak dan menangis. Tapi kini setelah bergelar ibu, saya, walaupun mungkin masih belum mengetahui kenapa tetapi rasanya sudah mula memahami naluri airmata itu. Benar! Hati seorang ibu memang mudah untuk merasa sayu, walaupun kadang-kadang tanpa sebab yang jelas!

p/s : rindu yang tidak terhingga untuk mama.. (menangis lagi..)  :'(

Sunday, July 17, 2011

Holding my grudge & anger

Hi everyone!

Grudge. Bukan cerita seram.
Anger.Pun bukan cerita seram jauh sekali cerita tembak-tembak.

Have you ever hate someone and you can't just forget and forgive him/her?.I DO. It actually happened more than two years ago and it still do until now, she is a girl, no.i mean, she is a kid that time. I never know her in the true sense even though we both had a family relations, actually i am the kind of person who is very hard to be prejudice to someone i don't know very closely, no matter how mean or how bad behavior of a person he/she is as long as he/she treats ,me well and i will always consider them a good person.

Although we are not close to each other i never treat NF bad. NF(her base name) is a very pretty girls even though she's a bit dark in complexion, she is very soft spoken and seem to be very well manners, bak kata pepatah "pijak semut pun tak mati". Plus, i often heard her father talks about how well-manners, hardworking, brilliant, soft and sweet-spoken his daughter was, i can say  that his daughter was the complete-package of the dream girls, in brief.

But, NF also the big liar of all, she maybe looked naive but she's a not! and even i tried i just can't forgive her for what she had done. Tak payahlah saya cerita in brief the whole stories, but let just think, would you forgive someone who told you that she is ran-away from home because of her angry father while she actually ran-away following her lover a married man who already had two wives? would you forget when you found out the whole thing, she was wailing to tell that she had been raped but actually she is voluntarily offering herself to her lover in a hotel room and done 'it' more than one? hei..cow! let me make it clear for you.. there was no rape happens in a hotel room..OK!! without any bruises and wound?? you think i'm stupid?..

Would you just forget and forgive when you were protecting her like your own sister, dare to do anything just to make her feel safe and happy with you and found out that she LIED to you all the time?ooo....so-bitch!

Cakaplah apa saja, saya memang tidak mampu untuk memaafkan apalagi melupakan perbuatannya itu sampai bila-bila. Mungkin ada yang akan menasihati saya untuk berbuat demikian, Terima Kasih sahajalah!. saya buat entry ini untuk 'anda' faham dan mengerti kenapa saya masih berkeras-hati setelah sekian lama, bukan sebab ramadahan atau syawal saya perlu untuk memaafkan tetapi tidak kira bulan apa pun saya memang tidak mampu untuk berlembut hati. Tidak kira berapa lama atau sampai bila, biarlah masa yang menentukan.

To the 'stupid -cow', here's you 'award'...




p/s : kepada yang tidak berkenaan, minta maaf..entry ini ditujukan khas untuk si 'Lembu' yang disgusted.

Thursday, July 14, 2011

TV commercials win!

Happy thursday peeps!

Lately i realized that my son, dhani was tend to be influence with several TV commercial which is very distracting me.Let's see :

1. Noodles  =  betul-betul hao liao











2. Mountain Dew (carbonated drinks) = ahhh....awesome 
(bike boy yang minum mountain dew sambil melompat dalam gerak perlahan then say "ahhh....awesome")














3. Kit-Kat = Hang Tuah









p/s : TV Commercials completely wins my boy heart!.....+_+

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #7

Ashjadhaniel

Tuesday, July 12, 2011

Don't judge the book by it's cover!

Happy Tuesday!









untuk lebih menjiwai saya letak gambar Fidel Castro..^_^
Dari sebuah buku yang 'togel' saya habiskan masa tengahari saya dengan memakaikannya 'baju'. Berbaloi!!..walaupun kulitnya tidak seberapa, but at least it is covered now... ^^

p/s : pencinta buku...

Monday, July 11, 2011

Our small conversations

Howdy peeps!

We haven't had enough time to do our small conversations since he got back from KB last Friday, we only talk about normal things mostly about the kids or what meal we are going to cooked or buy today.

Last night, while we were lying next to each other and i was about to sleep when finally he talked about the demonstrations that i think everybody know what it was, and because he was there at that time he told me about the man who had broken leg lying to the ground and tied by the police, by heard him telling that, i asked him what he had done to help the man and he said he helps to find a knife to untied the man since the police will not  let him free even some of his friends beg the police to do so.

And then from that story we were dragged into one to another conversations, we talked almost about anything.a lot of things. We giggle, laughs, cuddles and hugging and holding each others tight until finally i realized that i can't hold my eyes any longer, he was still talking when i glance at the table clock and it was already almost 5am, i just can't barely believe my eyes that it took the whole nights for us to do our small conversations then. But i must admit, that i love the moment we were together.

Even though without a bunch of chocolates or a bouquet of roses i still can feel the sweet-feeling and love in the air and yes!! it's a big worth to sacrifice our sleeping time just for only one night 'lovely' small conversations we spent together.




p/s : i love you!...^^

Sunday, July 10, 2011

saya semakin 'kebas'

Happy sunday peeps!

Saya sepatutnya telah selesai membaca sekurang-kurangnya satu daripada empat buah buku dibawah, tetapi kerana disebabkan oleh perkara yang saya kurang pasti kenapa, tiada satupun antara novel-novel ini yang habis.


nampaknya saya perlu untuk melakukan sesuatu pada diri sendiri kerana saya semakin 'kebas' pada diri saya sendiri. Teruskan berusaha dan semoga berjaya dida!!

The other side of BERSIH 2.0




Credits to: http://cursingmalay.blogspot.com





pics credit to : AlJazeera

Saturday, July 9, 2011

YELLOWphobia!

Howdy Peeps!

Sana-sini sibuk pasal BERSIH,bukan setakat makcik jual ikan di pasar pagi ja yang bercakap, kedai-kopi pagi, mamak roti canai dan pakcik yang hanya singgah beli sebungkus nasi lemak telur mata berharga RM2.50 pun bercerita pasal BERSIH, login fb, everybody talks about it..some say"agree", some say "berkecuali" but most of them play dumb by saying "merapu"!!!..and that was absolutely annoyed me, senang cerita, kalaupun tidak mahu terlibat atau tidak mahu melibatkan diri, setuju atau tidak, you better shut you mouth rather than talked about something 'rubbish'..

Kalau setakat warna kuning jadi isu, that was ridiculos!! apa yang saya faham this is not the matter of color but it is the matter of "politaik", so kenapa mahu menyibuk seperti lalat tentang warna kuning....which is only rising up the delusion or false belief of impression about Yellow...*sigh*

Itu hak masing-masing, manusia yang pendiriannya adalah berjuang untuk BERSIH 2.0, Good Luck dan teruskan berjuang!! kepada yang berjuang untuk menentang BERSIH 2.0, teruskan berjuang! dan tahniah untuk kedua-dua kumpulan 'pejuang' kerana anda berpegang kuat pada pendirian masing-masing, anda berjuang untuk apa yang anda yakini. Dan kepada mereka-mereka yang tidak termasuk antara kedua-dua kelompok ini, tak payah nak sibuk-sibuk..setakat pong-pang-pong-pang dalam fb atau twitter macam 'chicken'..lagi baik tutup-mulut diam-diam and do the "wait and see' daripada bercakap-cakap dan akan menampakkan lagi kebodohan anda.

As for me, i don't stand for any colors..either it yellow or white or red or green or blue or any fucking colors...i don't give a damn!!

Yellowphobia??
 

 p/s :oo emm jay.... i have plenty of yellow shirts

When The Music Turns On!

Fake Plastic Trees - Radiohead



p/s : one of my fav..

Friday, July 8, 2011

a Beautiful Mind VS Chandramukhi

Happy friday peeps!

of 1 July 2011-last friday night
Watched this on TV2 RTM



2 July 2011- Fine saturday evening

Watching this on Zee TV 108



The Heroes......




the Heroins.......




Persamaannya????????????



p/s : in the land of boredom.......:D

the truth & the whole truth!

I decide to be me, i think i will have my "freedom in mind" by deciding this. 
 Sometimes i might be harsh, could be very tame but often wanted to be wild!
 There will be no more masquerade..it's all about me now!

Dear friends,
 Stand beside me and tell me to do right when i am wrong
 Help me to lift myself up always!

To Foes,
 Stand beside me and wait for me to faint and fell!

Dearest Family,
 Stand beside me and pat me at the back!
 All i want is your never-ending and  unconditional love!


P/s : called me silly or whatever...this is myself!

Thursday, July 7, 2011

Jodoh takdir Tuhan

Happy Thursday peeps!

Jodoh dari Tuhan. Takdir tuhan. Ketentuan Tuhan. semua orang percaya begitu kan?..kalau yang ini:

Jodoh Internet : Tak pernah jumpa, tapi selalu chat dalam internet pastu jumpa sekali kemudian berkenan dan.....jodoh kah itu?

Jodoh Telefon/ SMS : Call silap nombor, kemudian beria minta-maaf pastu borak sikit-sikit dan kemudian main SMS-MMS...lama-lama hati pun cair..kemudian...Jodoh kah itu?

Jodoh Ibu-Bapa : Ayah tentukan mesti kahwin dengan anak cik me'ah yang no.2 sebab budak tu baik dan dengar kata, alim dan pandai jaga hati mak-bapa. Dalam hati tak nak tapi sebab takut ayah tak ngaku anak, so, terpaksalah setuju...jodoh kah itu?

Jodoh Bomoh : Berkenan dengan seseorang tapi orang tu haram tak pandang sebelah mata pun, kemudian cari bomoh/pawang siam, calit minyak dagu sikit je, malam-malam orang tu sendiri datang rumah menyerah diri...jodoh kah itu?

Jodoh Rogol : macam Seth Tan rogol Nora Elena pas rogol kahwin dengan Nora Elena...Jodoh kah itu? (kat kampung saya ada terjadi...)

Jodoh dengan orang yang dah jumpa jodoh : Sorang bujang-sorang dah kahwin tapi selalu jumpa atau kerja tempat sama...mula-mula kawan je, lama-lama jadi teman tapi mesra, sebab dah terlalu cinta/suka/sayang pada si bujang, yang dah kahwin sanggup, samada minta cerai atau bagi talak pada pasangannya.... Jodoh kah itu?

p/s : redha...?

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #6

Howdy Peeps!

Tuesday, July 5, 2011

Wujudkah Tuhan?

Evening peeps!

p/s : Tanggungjawab diri sendiri

My all time MOVIES

Happy tuesday!

OK, ini adalah list of all-time-movies of mine  yang saya tidak akan pernah lupa dan sanggup untuk menonton biar bekali-kali pun:

First time tengok movie ini time umur 13 tahun di tv RTM, kerana terlalu suka, saya sanggup tipu abang saya minta duit beli pirated cd's worth RM10.
Saya tidak tahu nak elaborate macamana tapi overall ini adalah cerita yang paling-paling-paling saya suka-sangat suka dan terlalu suka!, bukan hanya kerana saya adalah peminat Morgan Freeman, tetapi jalan ceritanya yang menarik, bermula dengan Andy Dufrense yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh isterinya yang curang, kemudian bagaimana dia berhadapan dengan kehidupan dalam penjara, berkawan baik dengan Ellis 'Red', yang akhirnya berjaya melepaskan diri dengan mengorek tunnel dari dinding selnya dengan hanya  menggunakan tukul kecil, dan membawa bersamanya semua aset dan wang rasuah warden penjara yang diuruskannya selama itu.
Tengoklah berjuta kali pun, this film was always on my TOP lists, saya tidak akan pernah boring dengan cerita ini...!. Kalau ada yang ingat trademark menulis "??? was here", itu adalah Ellis Red yang menulis "Red was Here"  dalam cerita ini. It's all about HOPE!!   



Ini kisah benar Frank Abagnale Jr., penyamar yang berjaya menjadi Lecturer, Pilot dan Doktor seawal usia 19 tahun..antara filem yang saya sanggup untuk tonton berkali-kali.












Rancho?? oo..rasanya semua orang tahu filem 'box office' india ni, jadi tak payahlah saya cerita panjang-panjang kan?..still, Thumbs Up!
















Ok, then..i do watch The Godfather.....tapi tak tau nak komen apa...yang saya tahu ini cerita gangstar dan ada cerita tembak-tembak ...but this movie is still on my MUST watch again lists! ;)




















p/s : Schindler's List : will finish this book soon!!

em-di-em YONG

Howdy peeps!

Perbualan telefon yang paling saya ingat....

Saya : Hello, morning >nama syarikat dirahsiakan<

Pemanggil : Pagi, saya mau cakap sama itu em di em Yong adakah?

Saya : Maaf encik, tiada nama begitu dalam ofis ni..

Pemanggil : aii,apa pula tiada, ko orang baru ka ni?

Saya : errr...lebih kurang la encik ( sebenarnya, bukan baru sangat pun, masa ni lebih kurang, sudah 4-5 bulan bekerja)

Pemanggil: cuba ko tengok, ada kah perempuan cina yang tua-tua sudah di opis, banyak sudah rambut putih dia tu ?
Sambil memerhati sekeliling, tiba-tiba, saya terperasan sesuatu..

Saya : err..encik mau cakap sama itu MDM.Yong kah?(disebut Madam Yong) 

Pemanggil : iya...dia la tu...(suara excited)...ooo madam ka pula tu yang em-di-em (mdm) ? ..hehehe

Saya : +_+

Monday, July 4, 2011

kalau saya bercerai......

Happy blues-monday peeps!

Cerai?...........Bercerai?

Opppsss...saya tahu apa yang anda fikirkan...ohhh!! bukan yang itu....ini tiada kena mengena dengan hidup mati saya, puas hati?

Ok, jujur, saya selalu membayangkan keadaan hidup dan diri sekiranya bercerai....dengan dua anak kecil, saya pasti terkontang-kanting sebelum dapat menerima hakikat dan membina semula semangat diri, hidup pula perlukan huge adjustment kerana segalanya kini perlu ditanggung sendiri, kemudian bagi yang merantau seperti saya, mungkin berpindah balik ke kampung kelahiran merupakan antara perkara yang perlu dipertimbangkan dan yang paling penting ialah ..apakah kesannya kepada anak-anak saya yang sedang membesar...sungguh rumitkan?


Saya tidak tahu kenapa tetapi isu 'cerai' adalah topik yang selalu membuatkan saya berfikir. dan befikir dan kemudian membayangkan keadaan..bagaimanakah keadaannya bila saya bangun pagi dan kemudian sedar yang saya sedang memegang status 'Gen 2' hari ini...hari pertama bertitle 'Gen 2', apakah it is like, this is the end of my life?...=(

Atau kemudian bila melihat muka di cermin, maka akan kelihatan mata yang bengkak dan sembab kerana  menangisi perpisahan yang terjadi? dan kemudian akan menangis lagi selepas itu..? peritnyaa....oohhhh

Ataupun, apakah saya mampu untuk tersenyum dan bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan untuk saya, kemudian face the day with brace and brave?..mampukah?

Bagaimana pula dengan anak-anak saya? bagaimana untuk saya berhadapan dengan mereka berseorangan? dan bagaimana untuk saya terangkan kepada mereka sekiranya mereka bertanya dimana babo mereka? dan kenapa mami dan babo tidak tinggal bersama? ..pening dan rumit sekali!

Sebenarnya, saya bukannya apa, saja mahu berfikir dan mahu membayangkan, bukannya saya suka kalau perkara tu ditakdirkan terjadi kepada saya cuma bila saya melihat/mendengar kisah kawan-kawan yang bercerai-berai, saya pasti bersedih kerana saya tidak mampu berbuat apa-apa selain dari mendoakan hanya yang terbaik untuk mereka dan keluarga mereka (anak-anak).

Tiba-tiba call suami yang dok kat kampung,
 "hello, jangan call saya minggu ni boleh?..
suami : erkkkkk......???
"ok...bye!"
 

p/s : Gen 2 =  Janda

Sunday, July 3, 2011

Am i Still Being Read?

Happy Sunday peeps!

Here come the same moaner story once again. so pity me. Lately, i am  thinking that, i am not giving much here, ...sorry! and again my writing were sucks or somehow jerk!..well, i apologize, but actually i don't really care, i just let it out, freed my thoughts. Some said i am a bit outspoken, which is i don't really think i am, but honestly, my heart said i want and loved to be more out-spoken, it is the matter of how i see 'something', how i think and how am i going to talked about that' something'. But surely i don't want to be something that sucks!! *sigh*

Am i still being read?

oo...some may think this is like begging others to read or to be exact, wishing others to keep following my updates. No! it was not and i will never do such thing because i don't really know if i am really being read or people realized my 'existence' here, all i know is i am here and always been here..well, even i loved to be read but i know i cant forced others...so let it be...i just follow the flow! again, i may sounds absurd by this but suddenly this word pops out into my mind:-
"Feeling is something but it will be nothing without thinking!  "

with no further explanation!...

p/s : please, do not ignore my grammatical error..
 

Friday, July 1, 2011

of 1st July

it's 1st of july
it's friday....
Happy Birthday
to "bapanya"

p/s : buli pakai juga la rythm pantun 4 kerat 'pendek' saya in english...bravo!bravo!
(sebab tu i like sendrrrriiii)