Cerai?...........Bercerai?
Opppsss...saya tahu apa yang anda fikirkan...ohhh!! bukan yang itu....ini tiada kena mengena dengan hidup mati saya, puas hati?
Ok, jujur, saya selalu membayangkan keadaan hidup dan diri sekiranya bercerai....dengan dua anak kecil, saya pasti terkontang-kanting sebelum dapat menerima hakikat dan membina semula semangat diri, hidup pula perlukan huge adjustment kerana segalanya kini perlu ditanggung sendiri, kemudian bagi yang merantau seperti saya, mungkin berpindah balik ke kampung kelahiran merupakan antara perkara yang perlu dipertimbangkan dan yang paling penting ialah ..apakah kesannya kepada anak-anak saya yang sedang membesar...sungguh rumitkan?
Saya tidak tahu kenapa tetapi isu 'cerai' adalah topik yang selalu membuatkan saya berfikir. dan befikir dan kemudian membayangkan keadaan..bagaimanakah keadaannya bila saya bangun pagi dan kemudian sedar yang saya sedang memegang status 'Gen 2' hari ini...hari pertama bertitle 'Gen 2', apakah it is like, this is the end of my life?...=(
Atau kemudian bila melihat muka di cermin, maka akan kelihatan mata yang bengkak dan sembab kerana menangisi perpisahan yang terjadi? dan kemudian akan menangis lagi selepas itu..? peritnyaa....oohhhh
Ataupun, apakah saya mampu untuk tersenyum dan bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan untuk saya, kemudian face the day with brace and brave?..mampukah?
Bagaimana pula dengan anak-anak saya? bagaimana untuk saya berhadapan dengan mereka berseorangan? dan bagaimana untuk saya terangkan kepada mereka sekiranya mereka bertanya dimana babo mereka? dan kenapa mami dan babo tidak tinggal bersama? ..pening dan rumit sekali!
Sebenarnya, saya bukannya apa, saja mahu berfikir dan mahu membayangkan, bukannya saya suka kalau perkara tu ditakdirkan terjadi kepada saya cuma bila saya melihat/mendengar kisah kawan-kawan yang bercerai-berai, saya pasti bersedih kerana saya tidak mampu berbuat apa-apa selain dari mendoakan hanya yang terbaik untuk mereka dan keluarga mereka (anak-anak).
Tiba-tiba call suami yang dok kat kampung,
"hello, jangan call saya minggu ni boleh?..
suami : erkkkkk......???
"ok...bye!"
p/s : Gen 2 = Janda
2 comments:
uiks jangan pikir yang bukan2 takut aku baca topik ko nie...
@ummiP3 hahahaha....P3, saja je ni...hahaha
Post a Comment