Sunday, July 31, 2011

Harimau Malaya or Malaysia?

Happy weekend peeps!

ini entry dari pandangan mata dan hati seorang perempuan yang bukan kaki bola tapi tengok bola. Ramai yang kecewa dengan kekalahan Malaysia over Singapura pada pra piala dunia khamis lepas, lagi-lagi dengan 'kiasu' singaporean player yang penuh drama. Malaysia memang kecewa tapi drama atas padang itu lagi penuh menjengkelkan. Malam itu FB status saya ialah : Singaporean Player = Drama! Drama! Drama, itu berikutan aksi penjaga gol singapore yang tiba-tiba saja terbaring-baring kesakitan macamlah patah tangan-kaki-tengkuk dan leher. Shit!

Pagi berikutnya saya terbaca satu posting status a friend from my friend-lists yang lebih kurang begini maknanya "Kekalahan Team Harimau Malaya vs Singapore last night hanya untuk orang di malaya (semenanjung) sahaja kerana malaya tidak termasuk sabah-sarawak" (telah diubah suai walaupun maksud masih sama..tapi versi saya adalah sedikit 'baik' berbanding versi orang itu)
dan seperti biasa akan adalah pelbagai comment dari rakan-rakan yang memeriahkan 'majlis' di status itu and everything was a crap talked!

Ayat pertama yang terlintas di kepala saya ketika itu ialah : brainless, ayat kedua ialah :Pathetic, ayat ketiga ialah :Lunatic!

persoalan utama ketika itu ialah pengunaan harimau MALAYA bukan Malaysia, oohhh...itu jadi isu...kemudian isu kedua ialah ketiadaan pemain kelahiran borneo either sabah or sarawakian dalam team Harimau Malaya..ooo sungguh damn!!..Kalau begitu anda juga tidak boleh berbangga dengan Lee Chong Wei dan Nicol Ann David kerana kedua-dua mereka juga bukan berasal dari borneo atau lebih tepat mereka lahir di tanah malaya kalau itu yang dimaksudkan dengan semenanjung (penang).

Perkara yang saya paling dan terlalu suka dalam sukan ialah kau bagus kau diatas, kau hebat kau dihadapan. Tidak timbul soal agama, bangsa dan tempat kelahiran. Kalaulah ini semua diambil kira dalam sukan pasti sukan kita tidak akan kemana. dek kerana kewajiban meletakkan wakil dari setiap negeri yang ada 14 buah tanpa berbekalkan bakat sebenar dan semangat kesukanan. percayalah. sukan bolasepak kita hari ini tidak akan ada nama Safee Sali, Amirul Hadi, Safiq Rahim dan si kembar ala selebrity itu.Maka, jadilah kita jaguh kampung yang hanya gah di padang sendiri dan hanya akan diganyang di padang seteru.Pffftttt.

Yang pasti untuk memilih di kalangan yang terbaik diantara 28.3juta rakyat malaysia bukanlah kerja mudah, bayangkan kalau ada 2 team lebih kurang dalam 24 orang dan perlu untuk memilih 24/28,300,000.00..ingat mudah-mudah ke? bayangkan di antara 28,300,000.00 itu hanya beberapa nama sahaja yang mampu naik bertanding untuk negara, sebab itu sukan adalah neutral,tiada sukan kerana agama, tiada sukan kerana bangsa, tiada sukan kerana negeri kelahiran.

Isu paling lapuk ialah isu penggunaan malaya, macamni lah saya bagi contoh nama Red Devil (Manchester United) setan merah pegang tongkat tu, kalau maksud nama Red Devil itu diambil kira adakah itu bererti semua peminat ManU seluruh dunia adalah peminat, penyembah dan pemuja syaitan? fikirkan lah wahai kawan-kawan....
samalah juga dengan Harimau Malaya, nama itu (Harimau Malaya) sebenarnya adalah simbolik kepada kekuatan pasukan bolasepak negara, tidak merujuk kepada mana-mana negeri, mana-mana tempat dan mana-mana kawasan di dalam peta malaysia. Kalau nak sangat nama Malaya itu ditukar untuk disesuaikan khas untuk sabah dan sarawak, saya rasa nama paling sesuai ialah makenbad (akan disebut making bad) Malaysia, MA-KEN-BAD..harimau-kenyalang-badak..semua dalam satu! 
masa Harimau Malaya menang piala aff suzuki cup 2010, 29 disember lepas mahu pula kau bercuti sama meraikan kemenangan Harimau Malaya, kalau tidak setuju dengan nama itu baik minta kerajaan negeri batalkan cuti meraikan kemenangan itu di borneo, jangan raikan langsung. sungguh lunatic!

akulah malayan tiger...bilalah ada orang nak claim aku tukar nama jadi MALAYSIA TIGER ???
Kalau mahu sukan kita maju, janganlah sibuk nak memperbesar-besarkan isu remeh-temeh, lagi baik sokong athlete tempatan dan beri galakan untuk mereka menjadi yang terbaik tidak kiralah mereka asal dari mana, sekiranya ada dari kelahiran borneo itu adalah bonus terbesar untuk negeri sabah dan sarawak. Kita sama-sama pandai berfikir jadi janganlah biar tahap fikiran itu masih ditakuk 1969 (malaya + borneo) yang sudah berlalu 4 dekad lepas.

Sekali lagi, ini adalah pandangan dari perempuan yang bukan pemain bola dan tidak tahu bermain bola tetapi ada hati mahu melihat sukan kita maju kehadapan kerana saya tidak mahu terus-terusan menumpang nama lagenda bolasepak Mokhtar Dahari, Hasan Sani dan James Wong yang saya tidak pernah tengok sekalipun permainan secara langsung mereka, berilah peluang kepada orang muda (yang dalam lingkungan umur saya-lahir sekitar 70' & 80'an) menunjukkan kebolehan sebenar.




 p/s : untuk pengetahuan, Zinedine Zidane, legend bolasepak perancis, lahir di Algeria dan beragama islam, kerana sukan itu neutral maka dia dijulang bukan sahaja di Perancis mahupun Algeria tetapi di juga diseluruh dunia. Harap Maklum.

Happy blessed sunday all!

16 comments:

Ibu Ammar said...

alahai. pasal harimau malaya bukan harimau malaysia pun ada nak sentap ahhh.

bola sepak ni satu2nya sukan yang boleh menyatukan semua. ada ke sukan lain boleh kumpul sampai 90ribu malaysian kat satu tempat?.. sumpah tak ada. kesianlah siapa yg bangkitkan isu malaya not malaysia.

.dida mumin♥ said...

@Azeanthy Paiman yes sis! somebody take it too much..which is nonsense, i wonder what is the IQ level of the person who talked that crap..

.dida mumin♥ said...

@Alexandriana Alia that's why saya kata sukan itu neutral tiada sebab utk menidakkan the facts..kalau setakat nama tapi performance macam hampeh lagi memalukan...

Tunung D. said...

Great entry sis! And yes, you have a very good point here.
It's unfair to us to said such thing just because no Sabahan player in our national team. I thinks those people really are brainless & nincompoop - bodoh sombong.

me too have read 1 status update, exactly like the one u mentioned above and my 1st impression is " haiya, ni pun nak jadi isu ke??"

beaty said...

huh..sa tidak terfikir pula pasal ni dida..ada pula yang looking forward betul kan sama ni bola ni sampaai pikir perkara yang karut2

.dida mumin♥ said...

@Haryati Molly @ Tunung thanx molly, i came up with this entry after i saw this friend status started talked about religion & races in sports..that was completely ridiculos..

.dida mumin♥ said...

@beaty tu la ba beth, what kind of people yg thinking that way..sports is nothing to do with religion, race and place of birth at all..

.drakula. said...

aku rasa dia budak bawah umur yg kekurangan akal untuk di gunakan sebaik mungkin maka dgn itu ...biarkan...

.dida mumin♥ said...

@RepublicAku haha...actually budak tu tua sikit dr aku tp mungkin masih separa matang kot..hehehe

Aki said...

Saya mula2 memang tida kisah penggunaan nama Harimau Malaya ni sis Dida,biarpun orang kita di Sabah sibuk2 timbulkan isu yang tidak patut2 pasal ni.. tapi,bila dengar orang semenanjung becakap pasal Harimau Malaya ni,tambahan lagi,diorang juga yang memulakan isu bola jadi politik,terus sa tawar hati.. tia pa la,sa penggemar sukan,kecewa pun,mau buat apa,bagus sa main di padang,lagi syok kan?? daripada sibuk2 mau buka isu2 yang tidak berkaitan.. Hehehe..

.dida mumin♥ said...

@Aki kalau org semenanjung yang start maksudnya org itu pun sama brainless mcm org kita yg becakap tu...mcm juga case yossi benayoun, yg boo dia tu org yang mind dia sudah d setkan utk anti-yahudi..itu pun sama bodoh mcm yg mengajar..sbb itu kita yg faham dan tahu ni jangan ikut mcm tu, prinsip sukan ialah neutral..

Aki said...

itulah.. bagus lagi main bola dalam leptop,ada pedah lagi.. ^_^.v.. Happy ja ni,teda racist2.. :-p

kay masingan said...

adehh benda2 mcm ini pun jadi isu o...entahlah apa jadi sekarang ni. Itukah yang dikatakan sebagai semangat kesukanan?

.dida mumin♥ said...

@Aki ya yg leptop nda pandai be racist2..haha

.dida mumin♥ said...

@kay masingan penuh bersemangat ba tu kay, sampai perkara yang tidak sepatutnya pun mo kasi besar-besar..

Anonymous said...

msa sy kat semenanjung dulu, bila sy blik sabah adalah sorg org semenanjung ni tanya.."ko pulang kat malaysia bila?"..nak gelak pun ada..aik Sabah bukan Malaysia ker..hm..i sbnrnya stju dgn entry ni..yer..perkara remeh pun nak bising tapi tls la sesetengah atau ada org from borneo..ni mcm nak tuduh soma org kat borneo ni LUNATIC ke apa ker...ibarat, seorang budak makan pisang x sama dengan 2 org budak makan pisang..