Happy Friday peeps!
Walaupun sudah lama ada blog tapi saya sebenarnya baru saja aktif berblogging lebih kurang 6 bulan lepas, itupun tidak secara konsisten. Peringkat permulaan blog ini memang nampak berserabut, widget yang pelbagai dan template yang warna-warni dari segi pengisian pula blog ini memang tiada 'niche', entry kurang dan isi yang kurang menarik ditambah lagi dengan post berbentuk personal menyebabkan blog ini seakan tidak pernah wujud.
'Re-branding' blog ini adalah sekitar 16 june lepas, saya telah menukar url lama blog kepada nama sekarang iaitu didamumin.blogspot.com, walaupun masih belum bertemu dengan 'niche' yang sesuai tapi saya bertekad mahu mengurangkan entry yang lebih personal perlahan-lahan walaupun setakat ini tidak secara total tapi sooner or later, saya akan pastikan entry personal berkurang.
Dengan tujuan mempromosikan blog, saya mula aktif men'share'kan blog ini di FB, walaupun rakan-rakan FB tahu saya tidak aktif FB-ing tapi sekurang-kurangnya mereka tahu saya aktif sedikit dalam blog-ing. Feed back yang saya terima memang agak 'lumayan' terutamanya dikalangan rakan-rakan sendiri, kemudian tanpa disangka-sangka 2 hari lepas saya menerima satu message daripada kawan yang bukan dalam friend-lists FB, bertanya, apa maksud 'Dida-LiciouS' ? bang! boom! boom!............perlu ke penjelasan untuk nama blog? penting ke orang nak tahu maksud nama? apa kesannya nama itu pada blog? terkedu saya sebentar.
Memang saya akui, selama saya menggunakan Dida-LiciouS sebagai brand-name saya tidak pernah pun terfikir ada orang akan mempersoalkan nama itu.
Sebenarnya, mula-mula blogging saya guna 'Life's colorful' sebagai blog-tag tapi saya rasa nama itu tidak cukup fun dan saya juga perasan ada beberapa blog lain menggunakan tag yang sama, selepas itu saya tukar kepada Monster-Mummy, tapi tidak sampai sehari saya tukar balik sebab nama tu kurang sesuai bagi saya. Dalam tempoh mencari brand-name itu tiba-tiba saya mendapat ilham Dida-LiciouS ketika mendengar lagu 'Big girl don't cry- Fergalicious', dari situ lah saya memilih untuk mengambil singkatan LiciouS untuk ditambah selepas nama panggilan saya sejak kecil iaitu 'Dida'. Simple, fun dan mudah diingat..kan?
tetapi maksud sebenar Licious ialah nama singkatan kepada DELICIOUS yang dimodify dan kemudian menjadi ikutan.
p/s : in hoping that i can make this blog more (de) DiDa-LiciouS in future...Aminn.(tinggi sangat cita-cita tuu...he he)
5 comments:
yeah..catik bah tu nama...glamer bah!! senang diingat kan dida..
since tukar p WP..sa fkir2 ni..lebih baik guna nama sendiri kan..
@beaty beth...glamer kan? hahaha
@Azeanthy Paiman happy to know u here too sis...;)
Thats right dear,
I think once I saw two blogs used the "Life is colorful" tag on their blog too ..better use a unique name..:)
btw..Wishing you a very happy Ramadhan
blog ini kool seperti ownernya...
Post a Comment