Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

The other side of BERSIH 2.0




Credits to: http://cursingmalay.blogspot.com





pics credit to : AlJazeera

Tuesday, May 24, 2011

News Update : Kenaikan harga wujudkan generasi tanpa rumah

LAPORAN KHAS

Sementara tahap gaji tidak berubah dalam 2010, industri hartanah pula merayakan apa ia yang dianggapnya sebagai tahun pertumbuhan pesat.

azlanMenurut Pusat Maklumat Hartanah Negara (Napic), harga purata
hartanah kediaman di Malaysia naik kira-kira 12 peratus dalam 2010 kepada RM220,000 berbanding dengan tahun sebelumnya.

Rumah di Lembah Klang sahaja berharga RM100,000 lebih tinggi daripada tahun 2009. Syarikat perunding antarabangsa Robert Walters mendapati selain kadar gaji tidak berubah, kadar bayaran bonus pada 2010 juga lebih rendah daripada 2009.

Dalam 2009, golongan profesional dengan pengalaman kerja kurang daripada lima tahun, boleh menjana pendapatan di bawah purata RM5,000 sebulan, bergantung kepada industri terbabit.

Dan berikutan itu wujud generasi rakyat Malaysia - walaupun menerima lebih pendidikan, latihan dan peluang daripada senior mereka - tetapi mereka membawa pulang gaji yang tidak mencukupi untuk memboleh mereka membeli hartanah.

Manakala kenaikan harga hartanah dalam 2010 menyaksikan satu lonjakan yang besar, tetapi data Napic mencatatkan kenaikan harganya sejak 2000, dengan purata harga rumah ialah kira-kira 40 peratus lebih rendah di seluruh negara.

Pembelian spekulatif penggerak kenaikan harga

Menurut pegawai Persatuan Pembeli Rumah Negara (NHBA), Tan Chong Leng, kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif.

azlan"Bila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yang
meningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi," kata Tan.

RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.

Ia diperkenalkan semula sebanyak lima peratus pada pertengahan 2009, tetapi hanya untuk penjualan dalam tempoh lima tahun pembelian, selepas menerima bantahan daripada industri hartanah.

Tan, yang bertanggungjawab ke atas unit Cina NHBA, berkata kerajaan sepatutnya mengkaji mengenakan RPGT secara progresif, dengan kadarnya bertambah dengan jumlah hartanah yang dibelikan.

Bank Negara juga turut mengehadkan pembeli hartanah ketiga, kepada 70 peratus pinjaman untuk nisbah nilai untuk menyekat spekulasi - tetapi menurut persatuan pengguna kadar itu harus diturunkan lagi.

sumber : KLIK SINI

p/s : Wah! jangan hairanlah kalau sekiranya bawah jambatan akan dipenuhi dengan orang-orang yang tidak berumah / Homeless, siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sekiranya perkara itu terjadi? Rakyat yang tidak mampukah? atau "orang atas" yang tidak sensitif dengan isu dan kebajikan rakyat?. Kerajaan mengatakan kadar inflasi negara hanyalah pada kadar 3 - 5 % tetapi kenapa kenaikan harga pada barangan makanan meningkat 10% tahun lepas?. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin pula semakin papa-kedana, inikah yang dimahukan oleh pemimpin-pemimpin negar terjadi kepada rakyat mereka?

Monday, May 23, 2011

News update : Tak perlu gusar harga petrol

BUTTERWORTH: Rakyat tidak perlu gusar dengan kemungkinan kenaikan harga petroleum termasuk petrol RON95 kerana kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengekalkan pada harga semasa atau menaikkan harga bahan bakar itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kajian ke atas bahan api itu dilakukan selaras pelan Rasionalisasi Subsidi bahawa setiap enam bulan sekali, satu kajian semula perlu dibuat ke atas subsidi minyak.
"Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk inflasi dan beban rakyat kerana rakyat adalah keutamaan Barisan Nasional (BN) sebelum memutuskan sebarang keputusan mengenai semakan semula.
"Apa yang saya boleh katakan, minyak tidak akan turun tetapi harga petrol naik atau kekal, akan ditentukan selepas keputusan pelarasan yang akan dibuat akhir bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Batu Kawan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim.
Ismail Sabri berkata, walaupun harga petrol RON97 meningkat kepada RM2.90 seliter, ia tidak bermakna harga petrol tidak naik lagi dan jaminan harga minyak akan kekal selama-lamanya.

"Tahun lalu tanggungan subsidi hanya RM8 bilion, tetapi disebabkan minyak mentah dunia meningkat hingga mencecah AS$100 setong, tanggungan kerajaan mencecah RM18 bilion.
"Jika difikirkan, mengapa perlu kita menyuntik wang yang banyak bagi mengekalkan harga minyak di negara ini, sedangkan wang itu boleh digunakan untuk projek yang memberi kebaikan kepada rakyat termasuk membasmi kemiskinan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri meminta semua pimpinan UMNO terutama di Pulau Pinang perlu bekerja keras dan sentiasa mendahului pembangkang dalam mendekati rakyat.

"Kita perlu keluar dari zon selesa dan menjadi sebahagian rakyat supaya masalah mereka dapat diketahui dan dibantu sepenuhnya.

"Apabila timbulnya masalah dalam kalangan orang Melayu, UMNO perlu menjadi juara rakyat supaya rakyat mengetahui bahawa hanya UMNO yang mampu membantu mereka," katanya.

Sumber : Berita Harian

p/s : Kenaikan harga barang ekoran daripada ura-ura kenaikan harga RON95 biarlah sejajar dengan pendapatan isi rumah rakyat, ini tidak sudah beberapa kali harga Petrol RON97 dinaikkan tetapi pendapatan isi rumah pula masih di kadar yang sama. Isu ini nyata dengan jelas menaikkan kebimbangan rakyat kerana takut untuk berhadapan dengan krisis kenaikan pelbagai harga barang di pasaran.

News Update: PM diminta tak anggap rakyat penagih 'candu'

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan.



TV Selangor melaporkan Anwar berkata, dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak serta kos hidup semakin tinggi, langkah kerajaan menaikan lagi harga barangan bakal menyusahkan lagi rakyat.

"Candu apa? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu? Yang diberi kepada tauke tak apa? Subsidi rakyat RM4 bilion. Subsidi IPP RM19 bilion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani?

"Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbilion ringgit, boleh! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," kata Anwar dengan nada marah.

Beliau berucap di hadapan kira- kira seribu hadirin pada majlis ceramah perdana di Dewan Serbaguna Cheras Baru hari ini.

Najib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford, United Kingdom pada 17 Mei lalu berkata subsidi ibarat “candu” yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet.
Justeru, harga petrol RON95 dan diesel turut dijangka dinaikkan dalam masa terdekat berikutan pengumuman beberapa menteri, termasuk timbalan perdana menteri yang meminta rakyat 'bersedia' dengan kenaikan harga.

Anwar berkata Umno cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia.

Menurut Anwar lagi, rakyat Singapura sendiri berfikir untuk perubahan walaupun telah maju kerana tahu mereka boleh menjadi lebih baik.

"Gaji mereka lebih tinggi? Rasuah jauh lebih kurang dari di Malaysia. Pembangunan tinggi...

"Tapi babak demokrasi berat sikit. Tapi itupun, parti pembangkang dibenarkan bercakap di TV. Walaupun maju dan stabil, rakyat masih nak berubah sebab mereka berfikir Singapura boleh menjadi lebih baik," kata Anwar.

SUMBER : Malaysiakini

p/s : Kalau kenyataan "candu" ini benar, rasanya itu adalah gelaran paling melampau untuk rakyat!! kenaikan harga barang juga perlu diberi perhatian kerana majoriti rakyat bukanlah "orang berkemampuan" yang terpaksa memikul beban. Mana slogan "Rakyat Didahulukan" yang dilaung-laungkan selama ini???

Friday, April 8, 2011

News Update: Video seks: PM harus lulus ujian RCI juga

Malaysiakini
Hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dijadual mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T.
Alasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi perdana menteri Malaysia dan justeru, harus “lulus” penelitian suruhanjaya diraja bersabit video itu.

Nazri juga memberi kenyataan bahawa isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak memutuskan individu dalam video itu yang mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) berlainan dengan Anwar.

Perakuan seorang isteri lebih 50 tahun dan presiden sebuah parti politik diketepikan begitu sahaja oleh Nazri!
Namun biarlah rakyat, khususnya kaum wanita menjawab Nazri atas perkara itu.

Yang lebih penting ialah cubaan Nazri meletakkan “syarat” Anwar mesti lulus ujian suruhanjaya diraja (RCI) sebelum boleh diangkat menjadi perdana menteri.

Secara tiba-tiba Nazri dan juak-juak dalam Umno mengiktiraf kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri. Atau, adakah ia semata-mata untuk menghalalkan penubuhan RCI?

Jika RCI menjadi ukuran untuk memastikan hanya mereka yang “bersih” menjadi pemimpin - kenapa tidak ditubuhkan suruhanjaya diraja untk menyiasat Datuk Seri Najib Razak yang beberapa pegawai kanannya terbabit dengan pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Najib - dahulu dan sekarang dibelit dengan tuduhan beliau ada kaitan dengan skandal Altantuya. Belum lambat untuk menubuhkan suruhanjaya itu bagi memastikan tuduhan dan dakwaan berkenaan Altantuya tidak lekat selama-lamanya.

Umum tahu pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 melibatkan penasihat Najib - Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis yang menerima arahan daripada pegawai kanan di pejabat Najib.

Umum juga tahu Altantuya dan Razak dibelit dengan isu pembayaran komisyen hampir RM500 juta untuk pembelian kapal selam yang diluluskan oleh Najib ketika beliau Menteri Pertahanan.

Dan umum juga tahu pada tahun lalu, pihak berkuasa Peranchis sendiri memulakan siasatan bersabit pembayaran komisyen kapal selam itu kerana ia membabitkan syarikat perkapalan negara itu.

Apakah ini semua tidak melibatkan kepentingan nasional yang sepatutnya membawa kepada sebuah suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat isu komisyen kapal selam, Altantuya dan hubung kait dengan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu? 

Sepatutnya sebelum melangkah masuk pejabat perdana menteri, Najib menawarkan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi memperakui beliau sebenarnya bersih-sebersihnya.

Namun tidak. Dua anggota polis yang tidak pun mengenali Altantuya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengebom Altantuya manakala Razak Baginda pula dibebaskan. 

Dua minggu lalu, Najib dengan gah menawarkan DNAnya dalam cubaan menyindir Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Sayang, perdana menteri hanya membuat tawaran itu setelah perbicaraan Altantuya berakhir dan Najib selesa menduduki taktha pemimpin utama negara. 

Sepatutnya Nazri menjawab soalan mudah ini – kenapa standard yang dikenakan terhadap Anwar, itupun bersabit video lucah, dikecualikan terhadap Najib dalam kes yang membabitkan pembunuhan seorang warga asing dan duit rakyat berjuta-juta ringgit.

Kenyataan Nazri yang mahu RCI ditubuhkan adalah berbaur politik dan dipinjam daripada agenda Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shayzl Eskay dan Datuk Shuib Lazim ketika mereka menayangkan video lucah itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mei lalu.

Sekali gus pengumuman Nazri mengesahkan usul penubuhan RCI adalah satu lagi taktik terdesak Umno untuk memanjangkan fitnah video seks ke atas Anwar. 

Ia bukan mengenai mencari kebenaran kerana jika itulah yang dicari, maka polis sudah tentu menangkap Datuk T dan mendedahkan sama ada pelaku dalam rakaman 21 minit itu adalah Ketua Pembangkang atau sebaliknya.

Namun ini tidak berlaku. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hanya mengesahkan video itu adalah tulen dan siasatan 95 peratus siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara.

Hanya Ismail dapat menjawab keperluan untuk beliau memberi kenyataan sebegitu, malah kenapa beliau perlu memberi sebarang kenyataan jika siasatan belum dimuktamadkan. 

Mungkin kerana yakin orang ramai akan mencurigai hasil siasatan polis, maka wujud tekanan baru ke atas Umno untuk menubuhkan RCI.

Namun apabila Jemaah Menteri bermesyuarat hari ini untuk menimbangkan cadangan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks itu, mereka harus bertafakur seketika untuk memperingati mendiang Altantuya Shariibuu yang tidak mendapat pembelaan sedemikian.

Sumber:Malaysiakini

News Update: Siasat pembunuhan Altantuya dulu, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan perdana menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitannya dalam sebuah video seks.

Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa."Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam hari ini.

Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tidak jelas ketika Anwar merujuk kes Port Dickson, ia adalah kaitan dengan sebuah kes khalwat pada sekitar tahun 1990-an yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Umno yang kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Kes Kastam pula merujuk kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), semalam.

Kematian Sarbani adalah yang kedua membabitkan SPRM. Kes pertama melibatkan pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada 2009.

Anwar bagaimanapun sempat menambah bahawa kes pembunuhan Altantuya sepatutnya diberi keutamaan.

"RCI mengenai Altantuya akan menentukan cerita sebenarnya,” katanya merujuk kepada siasatan hambar yang dijalankan berhubung kematian model warga Mongolia itu.

Sumber: Malaysiakini


Thursday, April 7, 2011

News update : Samy Vellu dibayar gaji, elaun RM27,227.20 sebulan

Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu dibayar gaji dan elaun adalah RM27,227.20 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Selain itu, bekas presiden MIC itu juga menikmati segala kemudahan dan elaun lain yang diberikan selaras dengan taraf duta.

“Seramai enam orang kakitangan (juga) telah diperuntukkan untuk bertugas di pejabat Duta Khas. Bermula 1 Jun 2011, Pejabat Duta Khas adalah di tingkat 25, Plaza Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur,” katanya dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri menjawap soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu rasional kerajaan menubuhkan jawatan tersebut dan lingkungan kerjanya.

“Rasional menubuhkan jawatan Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur di India dan Asia Selatan.
Tidak bertindih

“Oleh kerana negara-negara Asia Selatan, terutamanya India sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat, keperluan infrastruktur yang berkualiti adalah amat penting untuk menyokong pembangunan ekonomi tersebut,” katanya.

Menurut Nazri lagi jawatan yang disandang oleh Samy Vellu itu juga tidak bertindih dengan tugasan rasmi pegawai kerajaan yang lain.

“Lingkungan kerja Duta Khas adalah mengenalpasti projek-projek infrastruktur di Asia Selatan yang sesuai dengan kelayakan dan kebolehan syarikat-syarikat Malaysia.

“Seterusnya, Duta Khas akan mengerakkan peranan mewujudkan peluang yang baik bagi syarikat tersebut untuk mengambil bahagian dalam projek-projek tersebut mengikut undang-undang dan peraturan tempatan,” katanya.

Sesetengah pihak menganggap jawatan Duta itu diwujudkan khas bagi menghargai sumbangan Samy Vellu, yang sudi melepaskan jawatan presiden MIC tahun.

MIC kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya di Sungai Siput

sumber : Malaysiakini

News Update: Kematian memeranjatkan RCI TBH

Berita kematian seorang pegawai Jabatan Kastam selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane pagi ini, memeranjatkan sesi prosiding suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Sejurus sebelum suruhanjaya itu berhenti berehat pada waktu makan tengah hari, pengerusi ketua RCI, Hakim Datuk James Foong, secara tiba-tiba bertanya kepada peguam yang hadir sama ada mereka ada telefon Blackberry.

Para peguam nampak kebingungan, sehinggalah Foong memberitahu mereka bahawa telefonnya sentiasa bergetar dengan berita mengenai kematian seorang pegawai kastam.

Berita mengenai kejadian tersebut tersebar sekitar jam 11 pagi di kalangan para wartawan yang menggunakan telefon Blackberry yang membuat liputan siasatan suruhanjaya terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di koridor perkhidmatan tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14.

Suruhanjaya diraja itu ditubuhkan untuk menyiasat sama ada berlaku sebarang pelanggaran procedur atau salahguna kuasa oleh pihak SPRM berhubung kematian Teoh.

Siasatan pagi ini mendengar keterangan ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, yang turut dipanggil sebagai saksi oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh.

Tan berada di pejabat SPRM selama lebih 16 jam untuk kenyataannya dirakamkan pada hari berkenaan.

sumber Malaysiakini