Monday, May 23, 2011

News update : Tak perlu gusar harga petrol

BUTTERWORTH: Rakyat tidak perlu gusar dengan kemungkinan kenaikan harga petroleum termasuk petrol RON95 kerana kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengekalkan pada harga semasa atau menaikkan harga bahan bakar itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kajian ke atas bahan api itu dilakukan selaras pelan Rasionalisasi Subsidi bahawa setiap enam bulan sekali, satu kajian semula perlu dibuat ke atas subsidi minyak.
"Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk inflasi dan beban rakyat kerana rakyat adalah keutamaan Barisan Nasional (BN) sebelum memutuskan sebarang keputusan mengenai semakan semula.
"Apa yang saya boleh katakan, minyak tidak akan turun tetapi harga petrol naik atau kekal, akan ditentukan selepas keputusan pelarasan yang akan dibuat akhir bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Batu Kawan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim.
Ismail Sabri berkata, walaupun harga petrol RON97 meningkat kepada RM2.90 seliter, ia tidak bermakna harga petrol tidak naik lagi dan jaminan harga minyak akan kekal selama-lamanya.

"Tahun lalu tanggungan subsidi hanya RM8 bilion, tetapi disebabkan minyak mentah dunia meningkat hingga mencecah AS$100 setong, tanggungan kerajaan mencecah RM18 bilion.
"Jika difikirkan, mengapa perlu kita menyuntik wang yang banyak bagi mengekalkan harga minyak di negara ini, sedangkan wang itu boleh digunakan untuk projek yang memberi kebaikan kepada rakyat termasuk membasmi kemiskinan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri meminta semua pimpinan UMNO terutama di Pulau Pinang perlu bekerja keras dan sentiasa mendahului pembangkang dalam mendekati rakyat.

"Kita perlu keluar dari zon selesa dan menjadi sebahagian rakyat supaya masalah mereka dapat diketahui dan dibantu sepenuhnya.

"Apabila timbulnya masalah dalam kalangan orang Melayu, UMNO perlu menjadi juara rakyat supaya rakyat mengetahui bahawa hanya UMNO yang mampu membantu mereka," katanya.

Sumber : Berita Harian

p/s : Kenaikan harga barang ekoran daripada ura-ura kenaikan harga RON95 biarlah sejajar dengan pendapatan isi rumah rakyat, ini tidak sudah beberapa kali harga Petrol RON97 dinaikkan tetapi pendapatan isi rumah pula masih di kadar yang sama. Isu ini nyata dengan jelas menaikkan kebimbangan rakyat kerana takut untuk berhadapan dengan krisis kenaikan pelbagai harga barang di pasaran.

4 comments:

Aki said...

harga barang n minyak : naik 6 bulan skali dengan kadar kenaikan kepada isi rumah Rm20 sebulan.. Setahun,RM240..

Kenaikan Gaji : di bawah Rm100 1 tahun..

Hm,tarik ja la tu subsidi,tulung ja la urang miskin.. Macam mana la pemerintahan negara kalau tukar ni kerajaan ah.. tingu ni pembangkang pula jadi kerajaan..

.dida mumin♥ said...

@exyanne~ tu la...ckp rakyat perlu keluar dari zon selesa tp adakah selama ni rakyat hidup dgn selesa? hari2 hempas-pulas cari makan woo...mari ba kasi jara derang ni..tingu pula mcmna klu org lain pula memerintah? manatau kan?...

Aki said...

Ya ba,kalau pemerintahan durang buruk,5 tahun tukar la.. berapa lama sudah kasi can sama kerajaan skrg.. Cakap rakyat menagih candu la.. Slalu mo kasi banding2 harga barang kita murah dari negara lain.. Tapi pendapatan per kapita durang bahagi perbelanjaan durang,masi berbaloi lagi oh.. Hm,ntah la Kak,saya pun susah mo cakap.. nama ja kerja government,tapi keja sa mengutuk government ja.. haha..

.dida mumin♥ said...

@exyanne~ bikin panas kn, mungkin derang ingat yg rakyat x buli berfikir...hahaha...jgn ba kita mengutuk lebih2..bahaya jg tu tau! haha