Saya masih lagi dalam mood "LOST"..saya benar-benar hilang mood & perasaan untuk menulis..atau mungkin disebabkan saya tidak berusaha untuk berfikir dan mencari bahan...
Sumber : menulis dari hati |
Mungkin ramai berkata menulis tidaklah sesukar mana kerana kita boleh saja bercerita tentang apa-apa sahaja mengikut cara penyampaian dengan menggunakan susunan bahasa sendiri...itu benar dan saya tidak nafikan..kerana saya juga yakin yang semua orang menulis mengikut gerak hati..tapi jika tulisan itu ada gaya dengan susunan ayat yang menarik saya pasti pembaca juga boleh merasai adanya"jiwa" pada tulisan yang dibaca...tengok saja sajak-sajak indah yang puitis..zahirnya ianya hanyalah susunan huruf-huruf yang digabungkan menjadi perkataan kemudian disusun menjadi ayat yang sungguh puitis sehingga kita mampu merasakan hati dan jiwa seakan berirama bila membaca ataupun mendengar keindahan baris-baris ayat yang dikarang itu...betul kan?
Sebab itu saya katakan menulis itu tidaklah semudah yang dibayangkan tetapi pastinya tidaklah sesusah seperti yang dikatakan...bila ianya digabungkan dengan "perasaan" dan "keindahan"..pastinya kita mampu menghasilkan sesuatu yang menarik dan "membuai rasa".. akhir kata, menulislah dengan hati!
2 comments:
perkara pertama yang paling penting fikir lu tajuk apa yang patut..saya selalu tulis entry tanpa tajuk..
kalau mcm d sikul dulu kalau suda kena bagi taju trus pandai kasi kembang idea kan..heheh
@ beaty ~ saya banyak draft yg tiada tajuk & separuh jalan...kdg2 bila mo sambung tu yg tiada idea sdh...klu time sikul dulu mcm sanag ja ba mengarang2 kn...
Post a Comment