Saturday, May 14, 2011

Lelaki Psiko Simbah Asid...menakutkan!

Dear all,

Petang tadi dalam berita Astro dinyatakan bahawa mangsa simbahan asid kini adalah seramai 20 orang, dari minggu lepas sebenarnya saya sudah mendengar cerita ini daripada kawan-kawan tapi tidak sangka pula yang kejadian itu berlaku di sekitar kawasan tempat saya tinggal..*sigh*.. dipercayai kejadian ini dilakukan oleh dua orang lelaki berketurunan india yang menaiki motorsikal dan cara mereka menyimbah asid ini samada dengan mencurahkan cecair itu melalui tingkap kereta yang terbuka ataupun dengan melemparkan botol plastik yang telah diisi cecair itu kepada mangsa..Setakat ini polis masih belum dapat memberkas lelaki-lelaki yang melakukan perbuatan ini. Dikatakan bahawa kejadian itu berlaku di sekitar Sentul, Brickfield, Dang Wangi dan Rawang.




Memang menakutkan..minta-minta lah polis dapat menangkap lelaki-lelaki psiko ini secepat mungkin, kalaulah boleh mau saja simbah balik asid tu kat muka diorang, biar diorang rasa best tak best kena simbah asid. Entah apa motif sebenar lelaki-lelaki itu buat begitu, kalau nak kata gila takkan kedua-duanya sama-sama gila, dah tu tolong -menolong buat kerja bodoh pula tu, kalau kata suka-suka takkan berseronok dengan menyakiti dan menganiayai orang lain?

Selagi lelaki-lelaki ini masih bebas bermakna selama itulah wujudnya perasaan takut dan ngeri, sekarang ni mahu keluar rumah sendirian pun rasa tidak berani.

No comments: