Sunday, May 15, 2011

Catch Me If You Can

Hi all,

"Catch Me If You Can" lakonan Tom Hanks dan Leonardo di Caprio adalah antara filem peribadi kesukaan saya, filem yang diarahkan oleh Steven Spielberg ini saya sudah tonton beberapa kali dan setiap kali itu juga saya akan sentiasa teruja dengan kisah benar Frank.


Saya pasti ramai yang mengetahui bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan kepada cerita sebenar seorang pakar dalam memalsukan cek, menyamar dan melarikan diri iaitu Frank Abagnale Jr. seawal usia 16 tahun.

Frank William Abagnale Jr.

Selepas melalui beberapa siri hukuman setelah ditangkap oleh Pihak Berkuasa, dia kemudian menjadi CEO kepada sebuah Syarikat Perundingan Penipuan Kewangan iaitu Abagnale & Associates.Dimaklumkan bahawa sehingga kini Frank Abagnale Jr. masih lagi berkerja sebagai seorang perunding dan pensyarah di Pejabat Akademi Biro Siasatan Persekutuan.
Sumber :Wikipedia

p/s :Agak-agak ada tak orang sehebat dia di Malaysia ni?

1 comment:

.dida mumin♥ said...

@Azeanthy~ MUST watch! its totally worth...the easiest way is watch it online!