Saturday, May 28, 2011

Penyusuan Bayi Part.II

Dear Peeps!


Sebagai ibu baru, mendapatkan sebanyak mungkin info mengenai kehamilan, kelahiran dan penjagaan anak adalah perkara normal, saya pun begitu dan akibat daripada pembacaan yang pelbagai mengenai proses penyusuan bayi saya akhirnya obses kepada penyusuan bayi secara ekslusif, iaitu proses menyusukan bayi tanpa susu formula, saya tidak nafikan akan kepentingan penyusuan bayi secara ekslusif dari segi perubatan dan kesihatan tetapi saya sebenarnya tidak pernah menjangkakan bahawa proses itu sedikit sukar sebagai pengalaman pertama bagi ibu. Kesan daripada itu menyebabkan saya memaksa diri untuk menyusukan Dhani dalam tempoh 5 hari tanpa air susu dalam keadaan amat tertekan.

Dalam tempoh 5 hari tanpa air susu itu saya secara berterusan diarahkan oleh para Jururawat untuk terus memberi dhani menghisap puting susu tanpa air susu kerana saya diberitahu bahawa hisapan bayi akan membantu merangsang penghasilan air susu. Selepas di masukkan ke NICU berat dhani turun sebanyak 2kg. Keadaan semakin rumit kerana saya pula ditempatkan di bilik berasingan dengan Dhani, dengan luka jahitan yang masih segar, berjalan lebih kurang dalam 40 meter ke bilik NICU pasti menyebabkan rasa ngilu yang teramat sangat pada luka apalagi bila luka jahitan membengkak kerana terlalu banyak bergerak. Malah postur ketika duduk juga agak senget sedikit disebabkan luka jahitan, menambahkan lagi tekanan yang saya rasai.

Inisiatif kakak ipar memasakkan sup ayam + betik muda kepada saya, akhirnya berhasil pada penghujung hari ke 5 bila saya mula merasa penuh dan air susu mula mengalir keluar, dalam keterujaan saya menyusukan dhani,tetapi nampaknya melalui 5 hari tanpa air susu dan juga teknik penyusuan yang tidak betul telah menyebabkan puting saya luka dan setiap hisapan terasa seperti dicukur dengan pisau cukur..sehingga saya menitiskan airmata....terlalu sakit!!

Kalau diikut saat itu juga saya mahu berputus asa daripada meneruskan penyusuan tetapi setiapkali memandang dhani saya "paksa" diri untuk bertahan, tunjuk-ajar jururawat, pemerhatian dan nasihat daripada ibu-ibu berpengalaman serta sokongan kuat En. Hushband dan keluarga banyak membantu saya melalui cabaran penyusuan bayi. Akhirnya saya berjaya melalui cabaran penyusuan sehingga Dhani berumur 1 tahun 7 bulan, itupun saya "berhentikan" kerana mengandungkan Rafael.

Perkara penting yang saya pelajari sepanjang tempoh itu ialah, Jangan rasa bersalah sekiranya terpaksa memberi bayi anda susu formula kerana  rasa bersalah itu akan menyebabkan kita tertekan dan tekanan itu akan melambatkan lagi proses penghasilan air susu selain daripada penyembuhan luka jahitan dan juga emosi yang terganggu. Penghasilan air susu juga bergantung kepada secepat mana badan kita bertindak balas pada proses kelahiran yang dilalui.

Jadi kepada para ibu, atau bakal ibu, walaupun ianya kelihatan mencabar tapi janganlah terus berputus asa dan menganggap bahawa penyusuan bayi ini menyusahkan kerana walaupun ia nampak seperti susah proses ini sebenarnya tidaklah sesusah seperti yang dibayangkan, cuma apa yang penting ialah persediaan dari segi fizikal ataupun mental dalam menghadapi hari "besar" itu. Sekian.


p/s :  share the first captured of newborn Dhani, three years ago and the latest pic of him now...

Dhani - the day he was Born..<3 <3 <3

Dhani - Now <3 <3 <3

1 comment:

Aki said...

hehehe.. cumil ba anak kakak.. ^_^.v..