Friday, May 27, 2011

Cabaran Penyusuan Bayi

Dearest all,


Kelahiran anak kecil dalam kehidupan sepasang suami-isteri merupakan perkara paling ditunggu-tunggu, selain daripada pengalaman paling berharga gelaran "ayah" dan "ibu" membawa tanggungjawab paling besar kepada amanah Allah yang dikurniakan kepada kita. Keterujaan menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga menyebabkan ibu-bapa kurang memberikan perhatian pada proses penyusuan  bayi.


Umum mengetahui bahawa penyusuan bayi merupakan salah satu perkara penting dalam "parenting-Hood", sebagai ibu baru terutamanya info penyusuan boleh didapati dari pelbagai medium samada melalui media massa, media cetak, media elektronik dan juga secara langsung daripada orang-orang berpengalaman, kebanyakaan daripadanya menyatakan secara jelas akan kepentingan kolostrum kepada bayi baru lahir untuk pembinaan antibodi yang kuat, walaubagaimanpun tidak semua informasi yang kita baca dan diberitahu itu menyatakan akan cabaran penyusuan bayi sebenarnya.

Tetapi sebagai ibu yang pernah berhadapan dengan cabaran penyusuan ini, saya tidak nafikan proses menyusukan bayi bukanlah perkara mudah, pengalaman menyakitkan mengenai puting susu yang luka ataupun air susu yang lambat keluar menyukarkan lagi ibu dalam menghadapi situasi baru, malah ada juga ibu yang tertekan dengan cabaran penyusuan bayi ini kemudiannya  berputus asa dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menyusukan si kecil sedangkan proses penyusuan adalah merupakan salah satu cara terdekat bagi mengeratkan lagi hubungan ibu-bayi secara semulajadi.

 Berdasarkan kepada pengalaman sendiri sewaktu kelahiran anak pertama (Dhani), saya terpaksa menunggu selama 5 hari sebelum badan saya berjaya menghasilkan susu ibu, ini menyebabkan Dhani terpaksa dimasukkan ke wad kanak-kanak ,NICU kerana mengalami Neonatal Jaundis yang tinggi, secara saintifiknya, proses penyusuan bayi secara total selepas kelahiran membantu si kecil untuk menyah-kan kandungan bilirubin dalam darah melalui air kencing dan najis, apa yang dibimbangkan ialah sekiranya kandungan bilirubin semakin tinggi ianya akan menyebabkan hyperbilirubinemia yang boleh menyebabkan kecederaan saraf yang serius seperti kerosakan otak dan kehilangan deria pendengaran kepada bayi.

** Cabaran Penyusuan Bayi berdasarkan kepada pengalaman saya **


p/s  : tidak larat menulis panjang-panjang...

5 comments:

Azeanthy Paiman said...

seperti biasa,sya suka post sis..heheh..

breastfeeding dpt mengembalikan bntuk bdn asal ssorg ibu...sgt baik kn sis.hee.

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

owh..bahaya gak ek baby yg tak terus diberi susu..tu yg kesian kat baby2 yg kurg mndapat kasih syg ibu...

armouris said...

lagi info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

beaty said...

dulu kakak saya kan selalu puting luka ni. anak buah sa gigit bah ...heheh mimang sakit kan

ada juga kakak sa yang susah mau kluar susu..aii teringat ni mcm mana la nanti kalau sa jadi ibu suda ni ...hehe

DiDa Licious said...

@Azeanthy~ sis, dlm buku mmg stated mcm tu but trust me it wouldn't work to certain mum tau!...hahaha

@ Cik Duyung~ Mom's breast milk is the best!

@ armouris ~ Thanx to d info...

@ Beaty~ azab ba tu klu puting luka..nnt jd ibu ko tau jg tu..dun wory...^-^V