Wednesday, May 4, 2011

Ada Apa Pada Nama...

Dearest all,

beberapa hari ni saya terbaca beberapa posting berkenaan nama sebenar "seseorng" yang memang dikenali di kalangan bloggers....ada yang mengatakan nama sebenarnya unik, ada yang kata macam nama perempuan, ada juga yang kata dia tukar nama samaran sebab dia segan dengan nama tu dan macam-macam andaian lagi....mungkin bagi sesetengah orang nama adalah salah satu gambaran pertama diri kita, ini bukanlah satu masalah bagi mereka-mereka yang mempunyai nama yang "cantik" dan sedap didengar...tapi bagaimana pula bila seseorang itu namanya ialah yang "biasa-biasa je"...

Okeh, nama saya Hamidah...satu ketika dulu saya juga pernah tidak menggemari nama ini...yalah..nama macam zaman dolu-dolu...tengok sajalah cerita P.Ramlee, mesti ada nama ni, kalau heroin kembang lubang hidung la jugak ini extra cast jee...kadang-kadang pula wataknya adalah makcik midah yang suka makan sirih (orang sabah panggil "suntil)  sebesar syiling 50sen!...tidak cool langsung!!.....lepas tu ada pula pelakon nama Hamidah Wahab...hei..lagilah ..tak tau nak cakap apa time tu..(lainlah kalau hamidah wahab tu mcm Aishwarya Rai..heheheh)

Naik tingkatan satu, saya bersekolah di pekan yang agak jauh dari rumah...bertemu dengan lebih ramai orang bermakna saya juga mendengar pelbagai nama yang sedap-sedap belaka....bertambah-tambah lagi la saya tidak mengemari nama saya..sampai satu tahap saya pernah tulis nama lain yang ketika itu saya rasa amatlah "cantik" atas buku latihan..sampaikan cikgu kelas saya hairan kenapa ada nama budak baru tapi jumlah pelajar masih sama...tau tak saya tulis nama apa?? ...*blush**segan nak cakap...

Satu hari, balik dari hostel saya tanya my late mom kenapa saya diberi nama ini...my late mom senyum dan tanya kenapa? saya bagitahu yang saya amat tidak sukakan nama ini..malah saya merayu supaya nama saya ditukar di Jabatan Pendaftaran Negara..kemudian bercerita lah mom saya..dia memberitau bahawa sebelum ini saya ada nama lain tapi memandangkan saya sentiasa sakit nama saya akhirnya ditukar atas nasihat "orang tua" di kampung....lagilah kuat hati saya mahu ditukar nama sebabnya saya rasa nama lama saya lebih cool didengar berbanding nama sekarang...

Walaupun saya amat sukakan nama panggilan saya "dida" dirumah tetapi saya membesar dengan rasa segan pada nama sebenar saya "hamidah", saya sentiasa kagum bila tengok kawan-kawan ada nama yang best-best...sehinggalah saya menyambung pengajian di IPTA Sarawak, waktu tu saya berada di semester dua, dalam kelas UIS ( Ugama Islam) ustaznya ialah Ust.Syukri...saya lupa pucuk pangkalnya tapi apa yang paling saya ingat ialah bila ustaz ini menceritakan mengenai kejahilan orang tua yang memberikan nama "Mohd. Khinzir" kepada anaknya...tetapi rakan sekampung ustaz itu meninggal kerana demam panas ketika berusia 9 tahun..dan ustaz saya berkata "mungkin ada baiknya Allah ambil nyawanya awal-awal daripada dia hidup dengan penuh rasa malu pada dirinya sendiri satu hari nanti"..

Tahu tak, itu benar-benar menyedarkan saya bahawa walaupun nama saya biasa-biasa saja dan tidak cool didengar oleh saya tetapi nama ini mempunyai maksud yang indah.."yang terpuji"..malah saya seharusnya perlu berbangga kerana nama saya disebut-sebut beberapa kali dalam solat bagi orang islam...



Dan sehingga sekarang saya langsung tidak segan dengan nama ini, saya sedar saya telah diberikan nama terbaik oleh orang tua saya dan saya wajib berbangga kerana itu....mungkin betullah kata orang.."ada apa pada nama?"...kerana nama bukanlah cerminan pada peribadi seseorang apa yang penting ialah sejauh mana bersihnya hati yang ada pada si tuan punya nama itu sendiri. Peace!!

p/s : Mungkin ramai yang tidak tahu nama ibu kepada Osama Ben Laden ialah Hamida al-Attas tau!...jangan main-main....(",)v

No comments: