Sementara tahap gaji tidak berubah dalam 2010, industri hartanah pula merayakan apa ia yang dianggapnya sebagai tahun pertumbuhan pesat.
Menurut Pusat Maklumat Hartanah Negara (Napic), harga purata
hartanah kediaman di Malaysia naik kira-kira 12 peratus dalam 2010 kepada RM220,000 berbanding dengan tahun sebelumnya.
Rumah di Lembah Klang sahaja berharga RM100,000 lebih tinggi daripada tahun 2009. Syarikat perunding antarabangsa Robert Walters mendapati selain kadar gaji tidak berubah, kadar bayaran bonus pada 2010 juga lebih rendah daripada 2009.
Dalam 2009, golongan profesional dengan pengalaman kerja kurang daripada lima tahun, boleh menjana pendapatan di bawah purata RM5,000 sebulan, bergantung kepada industri terbabit.
Dan berikutan itu wujud generasi rakyat Malaysia - walaupun menerima lebih pendidikan, latihan dan peluang daripada senior mereka - tetapi mereka membawa pulang gaji yang tidak mencukupi untuk memboleh mereka membeli hartanah.
Manakala kenaikan harga hartanah dalam 2010 menyaksikan satu lonjakan yang besar, tetapi data Napic mencatatkan kenaikan harganya sejak 2000, dengan purata harga rumah ialah kira-kira 40 peratus lebih rendah di seluruh negara.
Pembelian spekulatif penggerak kenaikan harga
Menurut pegawai Persatuan Pembeli Rumah Negara (NHBA), Tan Chong Leng, kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif.
"Bila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yang
meningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi," kata Tan.
RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.
Ia diperkenalkan semula sebanyak lima peratus pada pertengahan 2009, tetapi hanya untuk penjualan dalam tempoh lima tahun pembelian, selepas menerima bantahan daripada industri hartanah.
Tan, yang bertanggungjawab ke atas unit Cina NHBA, berkata kerajaan sepatutnya mengkaji mengenakan RPGT secara progresif, dengan kadarnya bertambah dengan jumlah hartanah yang dibelikan.
Bank Negara juga turut mengehadkan pembeli hartanah ketiga, kepada 70 peratus pinjaman untuk nisbah nilai untuk menyekat spekulasi - tetapi menurut persatuan pengguna kadar itu harus diturunkan lagi.
sumber : KLIK SINI
p/s : Wah! jangan hairanlah kalau sekiranya bawah jambatan akan dipenuhi dengan orang-orang yang tidak berumah / Homeless, siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sekiranya perkara itu terjadi? Rakyat yang tidak mampukah? atau "orang atas" yang tidak sensitif dengan isu dan kebajikan rakyat?. Kerajaan mengatakan kadar inflasi negara hanyalah pada kadar 3 - 5 % tetapi kenapa kenaikan harga pada barangan makanan meningkat 10% tahun lepas?. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin pula semakin papa-kedana, inikah yang dimahukan oleh pemimpin-pemimpin negar terjadi kepada rakyat mereka?
2 comments:
@Azeanthy~ya ba sis...d tv ja tu yg ckp ok...tp hakikatnya mmg x ok, even real estate investment pun susah mo naik skrg..
pada kebiasaannya spekulasi yang bakal menjatuhkan atau menaikkan ekonomi negara.
betul juga, kerajaan seharusnya menghadkan pembelian rumah kedua atau ketiga yang mana bank hanya boleh memberikan pinjaman sebanyak 50%.
Jika kurang permintaan rumah, maka rumah yang melambak2 mahal tu, secara berterusannya akan menurun menjadi murah dan mampu milik.
KPKT (diterajui oleh Menteri bangsa itu biasanya bersekongkol dengan REHDA yang juga bangsa itu)
so... dimana pengawasan yang sepatutnya dimainkan oleh KPKT
Post a Comment