Monday, May 16, 2011

Bila anak mula bertanya soalan 18SX

Dear readers,


Sempena bulan Meraikan Hari Ibu ini, ingin saya kongsikan satu cerita anak-anak saya yang semakin membesar, anak sulung saya ialah Dhani baru berusia 3 tahun 5 bulan dan adiknya Rafael berusia setahun 2 bulan. Oleh kerana kedua-duanya lelaki saya tidak nafikan bahawa mereka adalah anak-anak yang sangat-sangat aktif dan lasak, kalau setakat barang-barang rumah bersepah itu perkara yang terlalu biasa dipandangan mata saya.

Kalau based on parenting books, menyepah barang pun adalah salah satu daripada cara kanak-kanak untuk explore thing, bukan setakat itu semakin besar mereka maka semakin pula mereka pandai demand untuk banyak perkara, as for dhani kadang-kadang his meals pun dia yang tentukan, malam ni mau makan betul-betul hao liao *pengaruh iklan* ini adalah gelaran untuk semua jenis mee,maggi,bihun,spaghetti dsb. So, saya perlu untuk memastikan betul-betul hao liao yang mana satu kehendak sebenar dia ataupun dia mahu Nasi Goreng Cina yang samada saya gorengkan ataupun gerai gorengkan atau McD Cheese Burger atau Burger Pasar Malam, kadang-kadang dhani boleh jadi tersangatlah cerewet dan kadang-kadang boleh dipujuk.

Saya mengaku ada keadaan yang saya tidak kisah tetapi ada masa juga bila dhani buat perangai saya akan pening kepala melayan kehendaknya, nasib baik setakat ni dhani sajalah yang melebih-lebih sebab rafael masih kecil dan belumpun pandai bercakap. Bercerita mengenai pandai bercakap ini saya selalu perasan dhani semakin banyak  bertanya...kenapa? di mana? macamana? bila? siapa?...dan semua pertanyaan itu dia mahukan jawaban yang boleh memuaskan hatinya, kalau tidak maka selagi itulah dia akan bertanya...

Kejadian ini berlaku minggu lepas, beberapa hari ini cuaca tersangatlah panas dan kebetulan hujung minggu lepas kami berempat tidak kemana-mana..malas sebab panas..kerana kepanasan dhani minta dibukakan singletnya selepas melihat babo (the father) hanya memakai short pant selepas itu saya kemudian buka baju rafael assuming yang dia pun kepanasan macam his brother. Tiba-tiba dhani datang dekat saya dan,

Scene 1

Dhani : Mummy bukalah baju tu..
Mummy : Mummy pakai singlet la
Dhani : tadi dhani pun pakai singlet juga, bukalah baju
Mummy : Mana boleh...mummy kan perempuan, dhani lelaki bolehlah buka baju
Dhani : kenapa?
Mummy : tidak boleh laa nanti mummy malu..
Dhani : kenapa malu?
Mummy : Malu lah ..(mula berfikir jawaban yang sesuai)..Dhani kemudian diam tapi selepas itu...
Dhani : (asking his father) Babo, suruhlah mummy buka baju ..
Babo : Mummy tak nak lah sebab mummy malu..
Dhani : Kenapa mummy malu?
Babo : (pause)..emmm...sebab mummy ada nenen...
Dhani : Kenapa mummy ada nenen?
Babo : sebab mummy perempuan..
Dhani : haaa..kenapa mummy perempuan?
Babo : ???????????????

Scene 2

*Mummy sedang mandikan Dhani & Rafael*

Dhanie : Mummy tengok adik malu nampak onek (Kone* a.k.a men's private part ) *sambil tunjuk adik punya*
Mummy : Dhani punya pun nampak jugalah..
Dhanie : Ketawa besar sambil tutup dgn kedua belah tangan..
Dhanie : Mummy..mummy..mana onek mummy?
Mummy : ???..*pause*
Mummy : Mummy mana ada onek..
Dhanie : Cuba Tengok?!!!
Mummy : ????? *no answer*

Scene 3

Ingatkan isu sudah setel..tiba-tiba...

Dhani : Babo, kenapa mummy takde onek? ..
Babo : Mummy perempuan lah, perempuan mana ada onek
Dhani : perempuan???  *diam & looked confuse*

Masa ni saya tengah pakaikan baju pada Rafael ....lagi tiba-tiba..

Dhani : Babo, babo...
Babo : ya?
Dhani : Cuba tengok onek mummy, ada ke takde?

Mummy & Babo berpandangan dan senyum-senyum...dalam hati saya cakap " sabar ja la si dhani ni...". Kalaulah saya mampu untuk terangkan lebih detail lagi..adakah dia akan faham??

p/s : tidak mustahil satu hari nanti dhani akan bertanya dari mana datangnya dia..


4 comments:

Eyrique Ettiqazz. said...

just bg tau yg simple dulu berdasarkan iq dia sekarang..jgn terlampau advance..

suka nama rafael.apa maksud dia..

.dida mumin♥ said...

@Eyrique ~ mo explain tu yg susah sikit..sebelum tu dia tnya kenapa tsunami ada air? lps tgk ngeo. sebenarnya Rafael tu stand for ASHRAF then saya tambah AEL jee...

ummiP3 said...

Mid anak aku pernah tanya mcm mana ummi leh mengandung..ha...kalu ko?

.dida mumin♥ said...

@p3~haa..itu soalan mmg terbaek laa!!! nnt aku cr jwbn sblm anak aku tnya aku pula....hahaha